Pages

















Monday, November 19, 2012

Kabar Gembira Disebalik Derita


Assalamualaikum w.b.t,alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana diri ini masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus menggunakan nikmat tangan dan mata dalam berkongsi ilmu yang tidak sehebat dan sebaik para pembaca semua. Kali ini entry yang ana ingin kongsikan mungkin pembaca dah biasa lihat dan kaji tentang entry ini. Ana sekadar ingin berkongsi dan saling mengingati kerana penyakit ilmu kan lupa. Ada masanya kita leka dan alpa dengan sesuatu yang sudah kita tahu tentangnya. Diri ini cuba untuk mengingati disamping mengingatkan diri.


Ana ingin berkongsi sebuah cerita bersama pembaca tentang seorang Insan yang hanya ingin dikenali sebagai  Abdu tentang sedikit cerita hidupnya. Sedikit sebanyak mungkin boleh dijadikan pengajaran dan peringatan buat kita. Cerita yg ringkas,tapi padat InsyaAllah. Bermula dengan keadaan persekitaran disebuah Pengajian Tinggi Tempatan Antarabangsa,dalam bulan Barakah iaitu dibulan Ramadhan. Pada suatu hari Abdu ni ada presentation yang mesti dilaksanakan,dan seperti biasa sebagai seorang student,wajib menggunakan laptop sendiri. Dengan semua data2 presentation dan juga pendrive sebagai “back up”,Abdu mempersiapkan barang-barangnya untuk dibawa bersamanya ke masjid untuk mendirikan solat Zohor. Dia mengatakan seperti biasa,sesiapa yang masuk kerumah Allah InsyaAllah ade setitik kebaikan dalam hatinya kerana rumah Allah hanya didatangi oleh hamba-Nya yang diketuk pintu hatinya untuk kesitu. Dengan hati dan yakin,tidak memikirkan tentang keburukan pada diri orang lain,Abdu meletakkan Laptopnya bersama-sama barang penting yang lain seperti wallet,pendrive,spec mata dan buku2 yang lain tidak jauh dari safnya berdekatan dengan almari Quran.


Mungkin ada diantara kita bila baca je dah cakap “ape r,letak barang kat tempat mcm 2,mmg habislah”. Macam yang ana cakap tadi,bende ni berlaku dalam bulan Ramadhan,yang mana Si Abdu ni sangka semua orang yang ada dalam rumah Allah pasti baik2,katanya sudah biasa bawa laptop dan dibiarkan pada suatu tempat dimasjid itu.


Anda mungkin menjangka laptop budak ni hilangkan??Yupp,betul tu,hilang selepas habis solat Zohor.Langkah dan melangkah,Abdu berkata pada ana,hanya Allah saje yg tawu ape perasaan’y tatkala melihat kearah tempat beg’y diletakkan. Dalam fikiran’y memikirkan bahan presentation,nota2 yg hilang.Cuba mencari-cari disekitar masjid,tapi tidak jumpe kate’y,kate’y lagi ade bertanya pada jemaah lain yang ade berada dikawasan situ,jwpn yg diberi “sorilah,xprasan..”. Ana berfikir sekiranya keadaan mcm 2,ana mungkin akan jwab sebegitu,tidak expect sape pnye tuan beg,hanya mungkin klaw nampak ade yg amik beg,mngkin itu beg dia.


Tanpa membuang masa,Abdu terus kekelasnya untuk elak dari dimarahi lecturer. Tatkala tiba didalam kelas,Abdu berkata dia hanya pasrah pada Allah,kate’y “aku yakin InsyaAllah jmpe balik laptop 2 dlm masa terdekat,aku yakin padaMu Ya Rabb”. Perasaan gelisah masih lagi mncul kerana group’y akan buat pembentangan,dan hanya Abdu je ada copy file itu. “Alhamdulillah”,itulah kata2 yg Abdu katakan pada ana saat lecturer’y menangguh presentation utk group’y,belum sempat Abdu minta tangguh,Allah dah permudahkan urusan Abdu dan ahli kumpulan’y. Sayangnya Allah pada hamba-Nya kan??Dia xkan turunkan ujian terus-terusan tanpa henti. Diri ini Turut gembira buat Abdu sbb dpt masa utk buat balik assignment’y. Abdu berkata “Ujian ni pasti ade kabar gembira buat aku,aku pasti Allah tu Maha Adil”. Merenung dan berfikir apekah kabar gembira disebalik ujian itu,Abdu berkata “Ya Allah,aku bersyukur padaMu kerana tidak memberi ujian yang berat,melihat org lain dlm bulan puasa m’jelang raya,ade yg hilang kluarga kesayangan,hilang rumah kerana terbakar,jari putus,ujian yg mereka hadapi lbih hebat dari ujian yang aku terima Ya Allah,setidak’y anggota badanku sempurna lagi sekarang,kluarga smua masih ade,klaw laptop xhilang,mngkin bnde lain yg lgi pnting akan aku hilang,dan mgkin juga smua ini berlaku kerana dosa2 ku Ya Allah,sayangnya Engkau padaku Ya Rabb,turunkan balasan didunia dan bukan diakhirat.” bagi dirinya segala yg berlaku,sebab Allah berikan yg terbaik dlm kebaikan,dan  juga yg terbaik dlm dugaan.


1 kisah yg bukan dikehendaki oleh Abdu utk menunjuk-nunjuk,tapi sbagai perkongsian utk sama2 kita semua cuba ambil iktibar(jngn letak barang berharga merata-rata antaranya). The most important is,Allah pasti sayang pada hamba-Nya dlm semua keadaan yang dia berikan pada kita.

Sekian wassalam.. :)

0 comments: