Pages

















Friday, December 30, 2011

Tiada Pahala Bagi Tentera Upahan

Abu Ayyub melaporkan,Nabi Muhammad Saw bersabda:


“Berbagai wilayah akan ditakhluki bagi kalian dan akan dikerahkan pasukan yg besar,diputuskan adanya pengiriman pasukan kpda kalian. Lalu seseorang di antara kalian merasa enggan untuk dikirim dalam pasukan. Maka dia ingin membebaskan diri dari kaumnya,kemudian dia mendatangi beberapa kabilah,menawarkan dirinya dengan berkata “Siapa yg mahu mewakili aku dalam pengiriman pasukan ini” Itu adalah org upahan hingga akhir tetesan darahnya”


Ada seseorang bertanya “Wahai Rasulullah,apa pendapat engkau tentang seorang yg berperang kerana mencari upah dan agar disebut-sebut?Apa yg dia dapat?”
Baginda mjawab “Dia tdak mdapatkan apa-apa” Baginda mengucapkan tiga kali,lalu bsabda lagi “Dia tidak mdapatkan apa2. Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali yg tuls kerana-Nya dan mencari keredaan-Nya”


(Diriwayatkan oleh An-Nasai dan Abu Daud)


Kalau kita phatikan hadis ini,mungkin ada yg terlintas mcm mana pula askar upahan yg diberi perintah utk b’perang,adakah mereka b’perang kerana Allah,atau b’perang niat nak p’tahankan pemimpin,atau berperang kerana negara dalam bahaya, boleh jadi ada diantara askar2 yg meletakkan niat lain dahulu,tapi lupa berniat kerana Allah. Moga mereka berada dalam Rahmat dan jagaan Allah.
Read more...

Monday, December 26, 2011

Dajjal,Nabi Isa,Yakjuj dan Makjuj

An-Nuwwas bin Sam’an menceritakan,Rasulullah memperkatakan mengenai Dajjal,kadang kala beliau merendahkan nada suara dan kadang kala baginda meninggikannya,hingga kami merasa seperti berada bersama sekumpulan lebah. Pada petang hari itu,kami menemuinya dan kami dapat melihat kesan kesedihan pada muka Rasulullah SAW.

“Bagaimana keadaan kalian?” tanya Rasulullah.
Kami menjawab, “Wahai Rasulullah,pagi tadi tuan membicarakan mengenai Dajjal. Sesekali tuan merendahkan suara dan sesekali tuan meninggikannya,sehingga kami seakan-akan berada di tengah kerumunan lebah.”

Rasulullah Saw berkata kpda mereka “Bukan dajal yg saya bimbangkan terhadap kalian. Sekiranya dia muncul dan saya berada di tengah kalian,tentu saya akan membela kalian dengan hujah-hjah saya. Tapi jika dia tidak muncul,sedangkan saya tidk lagi berada dalam kalangan kalian,setiap orang akan membela diri’y dengan hujah sendiri,sedang Allah merupakan penggantiku bagi membalas setiap org muslim. Dajal adalah seorang pemuda yg rambut’y keriting dan mata’y sepet. Pada saya ia kelihatan seperti Abdul Uzza bin Qathan. Siapa yg bertenu dengannya,hendaklah dia membaca permulaan surah al-Kahfi.
Dia akan membuat kerosakan,wahai hamba-hamba Allah,teguhkanlah hati kalian”

Kami bertanya, “Wahai Rsulullah,berapa lama ia akan tinggal di bumi?”
Rasulullah m;jawab “Empat puluh hari. Sehari seperti setahun,sehari seperti sebulan,sehari seperti seminggu dan seluruh hari’y seperti hari-hari kalian”

Kami bertanya “Wahai Rasulullah,sekiranya sehari seperti setahun itu,apakah cukup bagi kami mendirikan solat seperti solat kami dalam sehari?”
Rasulullah mjawab “Tidak,tetapi hitung sebagaimana mestinya menurut hitungan hari itu”

Kami bertanya”berapa kepantasan dajal berjalan di bumi?”
Rasulullah m’jwb “Seperti hujan yg ditiup angin kencang. Ia datang kpda kaum dan menyeru mereka,sehingga mereka beriman kepadanya. Ia menyuruh langit menurunkan hujan,lalu hujan turun. Ia menyuruh bumi menumbuhkan tanaman,lalu tanaman pun tumbuh. Binatang ternak mereka pulang pada waktu petang,lebih panjang dan lebih gemuk dari keadaan sebelumnya serta lebih besar kantung susunya. Kemudian ia mendatangi suatu kaum dan menyerunya,namun mereka menolak seruannya. Ia meninggalkan mereka dan pada keesokan harinya mereka kekeringan dan smua harta yg mereka miliki lenyap entah ke mana.
Dajal melewati suatu tempat yg kosong. Dia berkata “Kelur harta simpananmu!”Maka kekayaan tempat itu mengikuti dajal seperti sekumpulan lebah yg mengikuti pemimpinnya. Kemudian Dajjal memanggil seorang  pemuda,menetaknya dengan pedang hingga tubuhnya terbelah menjadi dua bahagian. Kedua-dua bahagian yg terbelah ini terpisah sejauh lemparan anak panah. Dajal kemudian memanggil tubuh yg terbelah itu itu sehingga ia kembali semula dengan wajah yg berseri sambil tersenyum. Ketika itu,Allah mengutus Isa putera mariam,yg turun bhampiran menra putih di sebelah timur damaskus,dengan memakai dua pakaian yg berwarna seperti celupan kunyit. Dia meletakkan telapak tangannya di atas sayap malaikat. Sekiranya dia menundukkan kepala,hujan turun. Jika dia mengangkat kepalanya,gugur butir-butir  mutiara. Orang kafir tidak dibolehkan membau,melainkan dia langsung mati sebaik sahaja pandangannya tertuju kepadanya.

Nabi Isa mencari dajal hingga menemukannya berhampiran pintu Lud dan membunuhnya
. Kemudian,nabi Isa menemui suatu kaum yg dipelihara Allah dari Dajjal itu. Lalu dia mengusap muka mereka dan memberitahu kedudukan mereka di syurga. Selagi keadaannya seperti itu,Allah memberikan wahyu kpda Nabi Isa,

“Sesungguhnya Aku sudah mengeluarkan hamba-hamba-Ku yg tidak dpt ditundukkan oleh sesiapa pun yg memerangi mereka. Kerana itu,selamatkan hamba-hamba-Ku dengancara menaiki bukit.”
Kemudian Allah mengutus yakjuj dan makjuj berserta pasukannya yg datang dari tempat yg tinggi. Bahagian depan pasukan berada ditelaga Tibriyah lalu meminum seluruh airnya. Ketika bahagian akhir pasukan melalui tempat ini,mereka berkata “Sebelumnya di tempat ini ada airnya”

Nabi Isa berserta rakan-rakannya terkepung,hingga kepala salah seorang di antara mereka lebih berharga daripada seratus dinar milik kamu pada hari ini. Nabi Allah Isa dan rakan-rakannya berdoa kepada Allah,sehingga Allah mengirim cacing yg biasa menjangkiti hidung binatang ke tengkuk mereka,sehingga secara serentak mereka mati seperti matinya satu jiwa.

Kemudia Nabi Isa dan rakan-rakannya turun kebumi. (darat). Mereka mendapati semua tempat di bumi dipenuhi bangkai yg busuk. Nabi Isa dan rakan-rakannya berdoa kpda Allah,lalu Allah mengirim burung-burung sebesar bonggol unta lalu membawa bangkai itu. Kemudian Allah mengirimkan hujan,sehingga setiap rumah disirami air hujan,dan bumu dibersihkan hingga seperti cermin.

Kemudian dikatakn kepada bumi “Tumbuhkan tanaman-tanamanmu “
Maka pada hari itu sekolompok manusia memakan buah delima dan mereka bernaung dibwah kulitnya.  Air susunya diberkati sehingga seekor unta cukup bagi sekumpulan org ramai,seekor lembu cukup bagi penduduk sebuah kabilah,seekor kambing cukup bagi sekumpulan orang. Dalam keadaan seperti itu,Allah mengirim angin yg baik,lalu mengambil mereka di bawah hembusannya dan mencabut roh setiap Mukmin dan Muslim,sedangkan orang kafir melakukan hubungan seksual seperti keldai bersanggama. Kepada mereka ini kiamat ditimpakan.

(Diriwayatkan Muslim-At-Tirmizi,dan Abu Daud)
Read more...

Wednesday, December 21, 2011

Wasiat Nabi Nuh kepada Anaknya

Abdullah Bin Amr berkata,kami ada berhampiran Nabi,lalu baginda bersabda


"Sesungguhnya Nabi Allah Allah,Nuh berkata kepada anaknya sebelum ajal, ' Sesungguhnya aku menyampaikan wasiat kepadamu,aku menyuruhmu dua hal dan melarang dua hal. aku menyuruhmu mengucapkan lailahaillallah dan subhanallah wabihamdhi,kerana ucapan ini merupakan solatnya segala sesuatu dan kerananya makhluk diberi rezeki. Aku melarangmu dari syirik dan takabbur'


Aku berkata "Wahai Rasulullah,kami sudah tahu syirik. Lalu apakah takabbur itu?Apakah kerana salah seorang diantara kami mempunyai sandal yang bagus dan dua tali yang bagus pula?
Beliau menjawab "Tidak"
"Apakah kerana salah seorang diantara kami mempunyai haiwan yang ditungganginya?"
Baginda menjawab "Tidak"


Ada yang bertanya "Wahai Rasulullah,lalu apakah takabbur itu?
Baginda menjawab "Iaitu tidak mahu mengetahui kebenaran dan meremehkan manusia"


Dalam sebuah riwayat lain darinya,Baginda berkata


"Sesungguhnya ketika Nuh hampir kepada kematian,beliau memanggil anaknya dan berkata 'Aku mahu menyampaikan nasihat kepada kalian berdua. Aku perintahkan dua hal dan melarang dari dua hal.Aku melarang kamu daripada syirik dan takabbur,dan aku menyuruh kalian mengucapkan lailahaillallah,kerana langit yang tujuh langit dan bumi serta apa sahaja yang ada di antara keduanya,sekiranya diletakkan dibidang timbangan,dan lailahaillallah diletakkan dibidang timbangan satunya lagi,maka lailahaillallah lebih berat. Sekiranya langit dan bumi merupakan lingkaran gelang,lalu lailahaillallah diletakkan padanya,maka ia dapat meremukkannya berkeping-keping atau meremukkannya tidak sampai berkeping-keping'


Diriwayatkan Ahmad dan at-Tobrani
Read more...

Saturday, December 10, 2011

Wasiat Rasulullah kepada Abu Hurairah

Abu Hurairah berkata,Rasulullah bersabda kepadanya:


“Wahai Abu Hurairah,saya wasiatkan kepada kamu empat perkara,janganlah sekali-kali engkau meninggalkannya selagi engkau masih hidup. Hendaklah engkau mandi pada hari jumaat,jangan engkau lalai dan lupa. Saya wasiatkan kepada kamu puasa tiga hari setiap bulannya,kerana itu adalah puasa sepanjang tahun. Saya wasiatkan kepada kamu solat witir sebelum tidur. Saya wasiatkan kepada kamu dua rakaat fajar. Janganlah engkau meninggalkannya meskipun engkau mendirikan solat sepanjang malam,kerana dalam dua rakaat fajar itu ada hal-hal yg diiginkan”


Dari apa yag Rasulullah katakana kepada umatnya,kita juga digalakkan supaya mandi sunat jumaat,berpuasa 3 hari dalam sebulan,kerana ianya seperti kita berpuasa selama setahun,bersolat witir sebelum tidur dan tidak meninggalkan solat sunat fajar meskipun sudah melakukan qiamullail.
Read more...

Thursday, December 8, 2011

Nasihat Rasulullah kepada Pemimpin


Abu Umamah menceritakan,Rasulullah ada bersabda”

“Saya wasiatkan kepada khalifah selepas saya agar bertakwa kepada Allah dan saya wasiatkan kepadanya tentang jemaah muslim,agar dia menghormati orang yang dewasa di antara mereka,menyayangi anak kecil diantara mereka,memuliakan orang yg berilmu diantara mereka,tidak memukul mereka sehingga menghinakan mereka,agar tidak menutup pintu di hadapan mereka,sehingga yg kuat diantara mereka memakan orang yang lemah”


Huzaifah menyatakan,Rasulullah bersabda:

“Sesiapa pun seorang lelaki yg diangkat menjadi pemimpin atas sepuluh orang,sedangkan diantara yg sepuluh itu ada orang yg lebih baik dari orang yg diangkat menjadi pemimpin itu,maka dia telah menipu Allah,Rasul-Nya dan jemaah orang muslim”


Abu Qilabah melaporkan,Rasulullah ade berkata”

“Kebajikan itu tidak akan usang,dosa tidak akan dilalaikn dan orang yg berhutang tidak akan mati. Berbuat sesukamu,sebagaimana engkau berhutang,maka engkau akan ditagih”


Dari apa yg boleh kita ambil pengajaran dari sabda Rasulullah ini,pertama,seorang pemimpin perlu sentiasa bertakwa kepada Allah,pemimpin orang islam perlu menjaga maslahat masyarakat Islam. Selain itu,seorang pemimpin yg baik akan menghormati orang dewasa,menyayangi anak kecil,dan memuliakan para ilmuan,dan tidak memukul dan menghina rakyatnya. Perkara lain yg cuba disampaikan Rasulullah ialah,pemimpin tidak boleh menghalang rakyatnya daripada berjumpa dengannya bagi mengadu masalah mereka,serta tidak membiarkan rakyat yg berkuasa menindas rakyat yg lemah dan miskin,serta orang yg berkelayakan boleh menjadi pemimpin sebuah masyarakat. Akhir sekajli yg boleh kita pelajari,segala dosa yg dilakukan akan tetap mendapat balasannya,jika tidak dibumu,akan dibalas di akhirat.

Moga kata2 Rasulullah ini,kita ingat supaya jika dilantik menjadi pemimpin suatu hari nanti,tidak kiralah sebagai ketua keluarga ke,ketua jabatan kebersihan ke,ketua sebuah masyarakat yg kecil ke,kita amalkan apa yg dikata Rasulullah.
Read more...

Tuesday, December 6, 2011

Cerita Dari Rasulullah keadaan di Neraka

Abu Darda menceritakan,Rasulullah SAW bersabda:
“Para penghuni neraka dibiarkan kelaparan,hingga ape yg mereka merasa terseksa. Lalu mereka memohon pertolongan,mereka diberi makanan berupa pohon berduri yg tidak dapat menggemukkan dan tidak pula menghilangkan rasa lapar. Mereka memohon pertolongan lagi. Mereka diberi makanan yg tidak dapat keluar dan tidak pula masuk,menyumbat di kerongkongan.


Mereka memberitahu,semasa didunia mereka dapat menghilangkan penyumbatan dikerongkong dengan minuman. Kerana itu mereka diberi minuman dengan besi yg mendidih. Jika besi yg mendidih ini didekatkan ke wajah mereka,ia membuatnya terpanggang,dan jika masuk kedalam perut,maka ia memutuskan usus-ususnya.


Mereka berkata “Panggilkan para penjaga neraka” maka para penjaga itu berkata “Dan apakah belum dating kepada kalian rasul-rasul kalian dengan membawa keterangan-keterangan? Mereka menjawab, ‘Benar sudah datang’ penjaga-penjaga Jahannam berkata “Berdoalah kalian,tetapi doa orang yg kafir itu hanyalah sia-sia belaka”
Mereka berkata “Panggilkan Malaikat Malik” mereka berseru ‘Wahai Malik,biarlah tuhanmu membunuh kami sahaja’ Dia menjawab,kalian akan tetap tinggal disini.


Al-Amasy berkata “Aku diberitahu,jarak di antara seruan mereka dengan jawapan Malik ini serama seribu tahun”


Para malaikat penjaga neraka itu berkata “Berdoalah kepada tuhan kalian,kerana tidak ada yg lbih baik selain dari Tuhan kalian”


Para penghuni neraka berkata “Tuhan kami,sesungguhnya kami telah dikuasai oleh kejahatan kami. Dan kami adalah org yg sesat. Wahai Tuhan kami,keluarkan kami daripadanya dan kembalikan kepada kami kedunia,maka jika kami kembali juga kepada kekafirannya,sesungguhnya kami adalah org yg zailim.


Allah berfirman “Tinggallah dengan hina di dalamnya dan jangan kalian berbicara dengan aku.”


Nabi berkata “Pada saat itulah mereka berputus asa dari segala kebaikan,dan pada saat itu pula mereka merasakan kecelakaan,merugi dan bersedih hati”

Diriwayatkan oleh At-Tirmiza dan Al-Baihaqi
Read more...

Friday, December 2, 2011

Wasiat Rasulullah kepada Abdullah Bin Mas'ud

Abdullah bin Masud berkata "Rasulullah menyampaikan pesanan kpda saya,'Masuki waktu pagi ktika engkau berpuasa dengan wajah bseri,jgn memasuki dngn wajah muram. penuhi undangan org yg m'ngundang kamu dari org muslim selagi mereka tidak m'nampilkan nyanyian. jika mreka melakukan'y,maka jngn penuhi undangan mereka. sembahyangkan jenazah siapa sahaja yg m'ninggal dari org yg m'ngadap kiblat,meskipun dia d'salib atau direjam. lebh baek engkau bersua Allah smbl m'bwa dosa sebanyak sekantung tanah,daripada engkau m'berikan kesaksian palsu atau seseorng dari ahli kiblat kita.


direkodkan oleh at-Tobrani
Read more...

Wednesday, November 23, 2011

Neraka Jahannam Mencari Penghuninya




Abu Said menceritakan,dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika Allah sudah menghimpunkan manusia di satu dataran yang tinggi pada hari kiamat,maka neraka didatangkan dalam keadaan bertompok-tompok dan para penjaganya memegangnya. Neraka itu berkata, ‘Demi kemuliaan Tuhanku,aku mengosongkan diri untuk para penghuni atau aku merengkuh manusia dengan satu rengkuhan’”
Mereka bertanya,”Siapa para penghunimu?”
Neraka menjawab “Setiap orang yang takabbur”
Lalu neraka mengeluarkan lidahnya dan menyambar mereka dari tengah manusia dan melemparkan ke dalamnya. Kemudian neraka datang lagi dalam keadaan berlapis-lapis. Para penjaganya menahannya. Neraka berkata “Demi kemuliaan Tuhanku,aku mengosongkan diri untuk para penghuniku atau aku akan merengkuhnya dengan satu rengkuhan”
Mereka bertanya “Siapa para penghunimu?”
Neraka menjawab “Setiap orang kafir”
Lalu ia menyambar mereka dengan lidahnya dari tengah manusia dan melemparkannya ke dalamnya. Kemudian neraka datang lagi. Para pengjaganya menahannya. Neraka berkata “Demi kemuliaan Tuhanku,aku mengosongkan diri bagi para penghuniku”


Mereka bertanya “Siapa para penghunimu?”
Neraka menjawab “Setiap orang yang membanggakan diri”


Maka ia menyambar mereka dengan lidahnya dan melemparkan ke dalamnya.
Neraka tidak datang lagi dan Allah mengadili semua hamba-Nya.


 Dari kisah yang Rasulullah ceritakan ini,ada golongan yang akan terus dimasukkan ke dalam neraka tanpa di adili dan tidak ditimbang amalan mereka semasa di dunia. Ruginya lah kita kalau ada sifat seperti yang Nabi ceritakan,moga kita dihindarkan dan dimasukkan ke dalam golongan yang tidak akan pernah jejak dan bau neraka .


ؤالله اعلام
Read more...

Monday, November 21, 2011

Dahsyatnya Neraka




Umar bin Al-Khattab menceritakan Jibril menemui Nabi Muhammad SAW bukan pada saat biasanya. Nabi berdiri di hadapan Jibril dan berkata “Wahai Jibril,saya lihat engkau berubah rona”
Jibril berkata “Saya tidak datang kepadamu hingga Allah memerintahkan mendatangkan kunci-kunci neraka”


Beliau berkata “Wahai Jibril,sampaikan kepadaku gambaran neraka dan sifat jahanam”


Jibril berkata “Sesungguhnya Allah memerintahkan neraka Jahanam agar dinyalakan selama seribu tahun hingga menjadi putih. Kemudian diperintahkan lagi untuk dinyalakan selama seribu tahun hingga menjadi merah. Kemudian diperintahkan lagi untuk dinyalkan selama seribu tahun hingga menjadi hitam,maka ia menjadi hitam dan kelam. Lidah apinya tidak dapat menerangi dan baranya tidak dapt dipadamkan. Demi yang mengutuskan dengan kebenaran,sekiranya seukuran lubang jarum dibukakan dari Jahanam,tentu mati semua penghuni bumi kerana panasnya. Demi yang mengutusmu dengan kebenaran,sekiranya salah seorang malaikat penjaga neraka menampakkan diri kepada para penghuni bumi,lalu mereka memandangnya,tentu mati semua penghuni bumi kerana rupa wajahnya yang buruk dan bau busuknya.


Demi yang mengutusmu dengan kebenaran,sekiranya satu rantai dari rantai penghuni neraka seperti yang disebutkan Allah di dalam kitab-Nya diletakkan di atas sebuah gunung,tentu gunung itu menjadi berkeping-keping dan ia tidak akan berhenti hingga kedasar bumi”


Rasulullah berkata “Cukup wahai Jibril. Jangan sampai saya terkejut hingga mati”


Rasulullah memandang Jibril yang ternyata sedang menangis. Baginda berkata “Engkau menangis wahai Jibril,sedangkan engkau mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah?”
Jibril berkata “ Bagaimana mungkin saya tidak menangis? Sayaa lebih patut untuk menangis,kerana siapa tahu saya akan diuji seperti halnya iblis,yang dahulunya termasuk daripada malaikat. “


Maka Rasulullah turut menangis bersama Jibril. Mereka berdua terus menangis hingga ada seruan “Wahai Jibril dan Muhammad,sesungguhnya Allah melindungi kalian berdua untuk tidak derhaka kepada-Nya”


Bila kita baca kisah ini antara Rasulullah dan Jibril,cuba kita renungkan sama ada selalu ke kita ingat akan seksa neraka-Nya,kadangkala kita sampai terlupa akan pemusnah nikmat dunia ni sehingga terleka dengan dunia. Moga kita sentiasa ingat akan azab Allah supaya kita kuat untuk beribadah dan ikhlas kerana Allah.
Read more...

Sunday, November 20, 2011

Wasiat Rasulullah kepada Abu Hurairah



Rasulullah ada berpesan kepada Abu Hurairah supaya beliau mengamalkan 4 perkara selagi masih hidup. 4 amalan yang digalakkan Rasulullah adalah supaya mandi pada hari jumaat,berpuasa tiga hari dalam sebulan kerana ia umpama berpuasa sepanjang tahu. Selain itu baginda Rasulullah ade berpesan supaya solat witir sebelum tidur dan jangan meninggalkan solat fajar kerana ianya membawa kebaikan dalam hidup seharian kita.
Pesanan nabi ini bukan hanya ditekankan kepada Abu Hurairah,tetapi ia juga digalakkan keatas umat Islam yang lain,moga-moga setiap anggota tubuh badan kita diberi kekuatan untuk mengamalkan amalan ini,dan hati kita diberi ketabahan supaya sentiasa kuat,kerana setiap sesuatu pekerjaan,bermula dari terdetiknya dalam hati kita.
Read more...

Saturday, November 19, 2011

Nikmat Syurga



Ali menceritakan,dia pernah mendengar Rasulullah berkata:


“Demi yang diriku di Tangan-Nya(kekuasaan Allah),mereka yang keluar dari kubur mereka,laulu datang sambil menunggang unta putih yang memiliki sayap,yang di atasnya ada pelana emas. Sandal mereka adalah cahaya yang berkilau. Setiap langkah kakinya sejauh mata memandang. Mereka tiba di depan pintu syurga. Di sana ada rantai dari yakut merah di atas lempeng-lempeng emas, di depan pintu syurga juga ada sebatang pohon yang dari akarnya memancar dua mata air. Sekiranya mereka minum dari salah satu dari mata air itu,wajah mereka tampak bersinar terang. Sekiranya mereka wuduk dari mata air yang satunya lagi,maka kegembiraan mereka tidak pernah punah. Mereka memukul lantai dengan lempeng emas,sehingga saya dapat mendengar dengungan rantai itu wahai Ali.
Setiap bidadari mendengar suaminya datang. Maka mereka terburu-buru mempersiapkan diri dan mengirim utusan untuk membukakan pintu baginya. Sekiranya Allah tidak memperkenalkan dirinya,tentu dia akan sujud kepadanya,kerana cahaya dan keindahan dirinya”
Utusan itu berkata “Aku adalah wakilmu yang bertugas membantu urusanmu”


Dia mengikut di belakangnya hingga tiba di tempat isterinya. Bidadari yang menjadi isterinya keluar dari tenda dan memeluknya,seraya berkata “Engkau adalah kekasihku dan aku mencintaimu.Aku adalah isteri yang redha dan tidak pernah marah,aku menyenangkan dan tidak pernah bermasam muka. Aku adalah isteri yang kekal dan tidak pernah pergi menjauh” lalu dia memasuki sebuah rumah yang jarak lantainya dan atapnya sejauh seratus ribu hasta,yang dibangunkan di atas batu-batu permata dan jalannya dari yakut merah,hijau dan kuning. Tidak ada satu jalan yg menyesatkan pemiliknya.
Dia menghampiri sofa besar yang di atasnya ada tempat tidur,di atas tempat tidur ada 70 tilam,di atas setiap tilam ada 70 isteri,setiap isteri mengenakan tujuh puluh perhiasan,lengannya tembus pandang.
Di bawah mereka mengalir sungai yang mengalir,sungai-sungai yang airnya tidak berubah-ubah,tidak keruh,ada sungai dari madu yang tidak keluar dari perut lebah,ada sungai dari arak yang menyegarkan bagi orang yang meminumnya. Jika mereka menginginkan makanan,mereka didatangi seekor burung putih yang mengepakkan sayapnya,lalu mereka makan dari sisinya,apa pun jenis makanan yang mereka kehendaki.Kemudian burung itu terbang lagi.


Rasulullah juga ada menyatakan “ di dalamnya ada buah-buahan yang bergelantungan. Sekiranya mereka mengkehendaki,dahannya melengkung mendekati mereka lalu mereka makan dari buah itu menurut kehendak mereka sambil berdiri,atau pun telentang.”


MasyaAllah,besarnya nikmat Allah kat syurga,di dunia kita menahan diri,di akhirat kita amat dikasihi dan disayangi sehingga segala-galanya Allah berikan.
Read more...

Saturday, November 12, 2011

Anjuran mengingati Kematian dan Kubur

Abu Said Al-Khudri menceritakan,Rasulullah pernah datang ke masjid dan melihat beberapa orang sedang melakukan sesuatu pekerjaan. Lalu Rasulullah berkata: “sekiranya kamu banyak mengingati perosak kelazatan,sudah tentu kamu tidak sibuk melakukan perkara seperti ini. Oleh itu,banyakan mengingati perosak kelazatan,iaitu kematian. Kubur sentiasa berkata “aku adalah rumah terasing,aku adalah rumah sendirian,aku adalah rumah tanah,aku adalah rumah ulat-ulat” Sekiranya seorang hamba yang beriman dikuburkan,kubur berkata kepadanya, “selamat datang. Engkau adalah orang yang bejalan di atas belakangku yang palin aku suka. Hari ini,engkau diserahkan kepadaku untuk diuruskan. Engkau akan melihat apa yang aku lakukan kepadamu. Rasulullah berkata lagi: “lalu kubur itu menjadi lapang seluas mata memandang,lalu dibukakan pintu ke syurga”. Sekiranya seorang hamba yg jahat atau kafir dikuburkan,lalu kubur berkata: “Aku tidak mengalu-alukan kamu. Engkau adalah hamba yang berjalan di atas belakangku yang palin aku tidak benci. Pada hari ini aku diberikan tugas bagi menguruskan kamu,engkau akan lihat apa aku lakukan kepada kamu”. Kemudian sisi kubur pun menghimpitnya sehingga tulang-tulangnya hancur. Setelah itu Rasulullah berkata lagi: “ Didatangkan kepadanya 70 ekor ular. Sekiranya seekor ular itu menyemburkan racunnya ke bumi,tiada tumbuhan yg dapat tumbuh di atasnya. Lalu ular itu mematuknya sehingga dia dibawa untuk dihisab” Rasulullah berkata: “ kubur itu boleh menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga,atau menjadi sebuah lubang dari lubang-lubang neraka” ( Direkodkan oleh at-Tarmizi) Dari kata-kata nabi ini,mengingati mati adalah terapi yg bagus dalam melawan nafsu dan elak dari melakukan maksiat. Moga-moga kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa dan sentiasa mengingati akan kematian supaya kita berkerja keras melakukan amal ibadah.
Read more...

Friday, November 11, 2011

Apabila Mati Lebih Baik atau Hidup Lebih Baik

Abu Hurairah menceritakan,Rasulullah SAW berkata: “ Apabila pemimpin kamu adalah mereka yang paling baik daripada kalangan kamu,orang kaya yang ada pada ketika itu bersikap dermawan,dan apabila urusan kamu dibincangkan sesame kalian,ketika itu hidup adalah lebih baik daripada mati. Tetapi sekiranya pemimpin kamu adalah golongan paling jahat,orang kaya pula terlalu kedekut,dan urusan masyarakat Islam ditentukan oleh orang perempuan,ketika itu kematian adalah lebih baik daripada hidup” Melalui kata2 nabi ini,ia menunjukkan pemimpin mestilah dipilih dari kalangan yang baik,dan orang kaya haruslah membantu orang yang miskin,dan urusan masyarakat Islam tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pemimpin wanita,kerana jika tidak,jika perkara yang sebaliknya berlaku,kematian adalah lebih baik daripada hidup kerana jika kita hidup,dan tidak berbuat apa-apa,tidak menasihat,atau berdakwah untuk memperbaiki keadaan tersebut,malanglah bagi kita kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk saling mengingati dan mengajak kepada kebaikan.
Read more...

Wednesday, November 9, 2011

Pemerintah Tidak boleh Menghalang Rakyat Berjumpa dengannya

Abu al-dahdah menceritakan dia pernah mendengar Rasulullah SAW berkata: “Wahai manusia,siapa yang mewakili saya menangani urusan kamu(menjadi pemimpin),laulu dia menutup pintunya daripada orang Islam yang memerlukan bantuannya,Allah pasti menghalangnya daripda memasuki syurga. Siapa yg menginginkan dunia,Allah mengharamkan baginya bidadari” Dari kata-kata Rasulullah ini,Baginda m’beri peringatan kpda pmimpin Islam supaya sentiasa mendengar dan menolong rakyatnya yg dlm kesusahan,dan sentiasa menganggap pemimpin itu sama seperti rakyat biasa tanpa menyombong diri dengan tidak membenarkan rakyat berjumpanya. Pemimpin yg mangabaikan masalah dan tidak mendengar aduan rakyatnya juga nabi berpesan pemimpin itu tidak dibenarkan masuk ke syurga.Moga-moga pemimpin kita sedar akan pesan nabi ini,dan moga2 jika ada diantara kita yg m’jadi p’mimpin suatu hari nanti,kita ingat akan pesan nabi.
Read more...

Galakan Patuh kepada Pemimpin dari Rasulullah

Abu hurairah menceritakan bahawa Rasulullah pernah berkata: “ Selepas peninggalan saya,akan muncul pemimpin-pemimpin. Antara pemimpin ini,terdapat mereka yang baik dan juga yang jahat. Taati dan pemimpin-pemimpin ini selagi mereka mengarahkan perkara yang baik. Solat dibelakang mereka. Sekiranya pemimpin ini melakukan kebaikan,ganjaran bagi kamu semua dan pemimipin tersebut,tetapi sekiranya pemimpin melakukan keburukan,kalian tetap mendapat pahala tetapi pemimpin tersebut mendapat dosa” Dari kata-kta Rasulullah ini,baginda memberi peringatan supaya kita taat akan pemimpin yang baik,dan pemimpin seharusnya menjadi imam dalam solat untuk rakyatnya. Rakyat juga bertanggungjawab memilih pemimpin yang baik kerana jika pemimpin itu melakukan kebaikan,rakyat juga mendapat ganjaran pahala.Rasulullah juga menenangkan umatnya dengan mengatakan sekiranya pemimpin melakukan kejahatan dan zalim terhadap rakyatnya,mereka tidak mendapat dosa,tetapi tetap mendapat balasan pahala tetapi pemimpin tersebut mendapat dosa.Kata-kata Rasulullah ini juga ingin menegaskan kepada pemimpin yang zalim,bahawa mereka akan mendapat balasan atas perbuatan mereka.
Read more...

Hormatilah Pemimpin

Setiap umat manusia mestilah sentiasa hormat akan pemimpin,tetapi hendaklah menghormatinya selagi mana tidak terpesong dari ajaran Islam. Menghormati pemimpin merupakan pesanan Nabi Muhammad kepada umatnya seperti kisah ini yang mana Abu Zar ketika menunaikan haji,dia ternampak Uthman bin Affan mengerjakan solat empat rakaat.Abu Zar tidak bersetuju dengan perbuatan Uthman bin Affan dan mengkritiknya : “Saya pernah bersoalt bersama Rasulullah,dan beliau hanya bersolat dua rakaat.Begitu juga pengalaman saya bersolat bersama Abu Bakar dan Umar” Tetapi selepas itu ,Abu Zar bangun dan mengerjakan solat empat rakaat. Lantas salah seorang yang menyaksikan peristiwa itu bertanya kepadanya: “Saudara mengkritik perbuatan Amirul Mukminin,tetapi mengapa saudara melakukan perbuatan yang sama?” Abu Zar menyatakan bahawa perbezaan pendapat sudah semakin serius. Dia menceritakan kepada kami pidato yang pernah didengarnya daripada Rasulullah yang berkata: “Seorang pemimpin akan muncul selepas saya. Jangan sesekali kamu menghinanya. Siapa menghinanya,bererti dia melepaskan ikatan-ikatan Islam daripadanya,dan taubatnya tidak diterima” Menurut Abu Zar,selepas itu,Rasulullah berpesan kepada mereka: “Jangan kamu kalah dengan kami dalam tiga perkara,iaitu mengajak melakukan kebaikan,menyekat kejahatan,dan mengajar orang ramai mengamalkan sunnah” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad) Melalui kisah ini,ia menunjukkan kita dilarang menghina pemimpin Islam atau merendah-rendahkannya,dan juga pemi mpin dan rakyat harus bekerjasama melakukan kebaikan.
Read more...

Cintanya Rasulullah Kepada Umatnya.

Semua diantara kita tahu bahawa Rasulullah amat mencintai akan umat-umatnya.Ada sebuah kisah yang menunjukkan Baginda amat menyayangi kita umatnya meskipun pada masa itu masih ada yang belum memeluk Islam.Suatu hari ketika nabi baru dilantik menjadi utusan Allah,ramai bangsa arab yang mempersoalkan kerasulan Baginda.Seperti zaman sebelumnya,pasti yang akan ada meminta bukti seperti Mukjizat. Mereka meminta kepada Rasulullah supaya minta kepada Allah mengeluarkan emas supaya mereka tidak perlu lagi berdagang,meminta doakan supaya menghidupkan orang yang sudah mati,dan mengalirkan sebatang sungai supaya mereka mudah untuk bercucuk tanam. Lalu Rasulullah pun menjawab dengan nada yang tenang dan senang hati dengan mengatakan Allah akan tunaikan semua permintaan itu jika Baginda Rasulullah meminta akan sedemikian.Tetapi Allah terlebih dahulu memberi peringatan bahawa Allah akan timpakan ke atas mereka bala bencana yang tidak pernah wujud sepeti kaum sebelum mereka sekiranya masih ada diantara mereka yang tidak mempercayai kata-kata baginda. Disebabkan cinta dan kasih sayang Rasulullah kepada umatnya,Baginda tidak meminta kepada Allah untuk menunaikan apa yang diminta oleh orang arab ketika itu,kerana Rasulullah tahu pasti akan ada yang masih tidak mempercayai kata-katanya,dan pasti akan ada yang tidak mahu menerima islam,dan ini akan menyebabkan umat Baginda akan ditimba bala bencana dari Allah kerana masih menolak Islam.Bagi mengelakkan mereka ditimpa bala bencana,baginda tidak memohon kepada Allah supaya tunaikan apa yang diminta orang arab. MasyaAllah,besarnya kasih Rasulullah kepada umatnya meskipun masih ramai yang tidak menerima Islam.Besarnya cinta rasulullah yang tidak menginginkan umatnya ditimpa bala dan azab dari Allah. Moga-moga kita juga sentiasa cuba mencintai Rasulullah dan penciptanya lebih dari yang lain.
Read more...

Sunday, October 23, 2011

Menziarah orang sakit

Dari Ali r.a, dia berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang menziarahi saudaranya sesama Muslim yang sedang sakit, bererti (seolah-olah) ia berjalan di kebun syurga sampai ia duduk Jika ia telah duduk maka ia akan diliputi dengan rahmat, apabila ia (menziarahinya) pada waktu pagi hari maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang hari. Jika ia (menziarahinya) pada waktu petang hari maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga pagi hari.” MasyaAllah..begitu pemurah kan pencipta kita?amalan kecil dibalas dengan sesuatu yang amat besar..cuba bayangkan,jiran sebelah kita sakit,lalu kita ziarah,cuma beberapa langkah sahaja kita menziarah,Allah membalas dengan sesuatu yang lebih jauh untuk kita pegi,umpama kita nak ke syurga,bukan ke jauh nak ke syurga kalaw dari bumi ni. Bagi yang ade kesempatan m'ziarah org sakit,luangkanlah masa sedikit menjenguk saudara kita yang sakit,sambil2 kte b'muhasabah yang kita masih diberi kesihatan oleh Pencipta kita.. :)
Read more...

Ya Allah,jauhkanlah Kami dari tergolong Seperti Gologan Ini

Dua Golongan di Akhir Zaman Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Hadis Riwayat Ibnu Ady) Keterangannya : Nabi s.a.w. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah s.w.t. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah s.w.t yang bererti kekalahan di pihak syaitan. Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari kiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya. Moga-moga kita terhindar dari gokongan seperti ini,,Amiin2..
Read more...

Jom Beristighfar...

Ucapkanlah KALIMAH ISTIGHFAR (ASTAGHFIRULLAH) minima 70-100 sehari semalam berdasar Al-Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : "Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga" (Hadis Riwayat Abu Dawud). "Tidaklah (dianggap) melanjutkan (perbuatan keji) orang yang memohon ampun, meskipun dalam sehari ia ulangi sebanyak 70 kali" (Hadis Riwayat Abu Ya’la Al-Maushuli, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Bazzaar dalam Musnadnya, Ibnu Katsiir mengatakan, ia hadis hasan). "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim). Istighfar ertinya memohon ampun kepada Allah s.w.t. Islam mengajarkan kepada umatnya agar memperbanyak istighfar. Rasulallah s.a.w. sendiri sehari minima 70 kali mengucapkan Istighfar (Hadis Riwayat Bukhari). Rasulallah s.a.w. yang sudah dijamin suci dari dosa (maksum) masih melakukan hal itu, apalagi kita, mestinya lebih banyak lagi beristighfar, kerana jelas tidak dijamin suci. Bahkan mungkin lebih banyak kita melakukan dosa setiap hari. Banyak ruang waktu yang boleh kita m'amalkan amalan ini,seperti selepas mendirikan solat,sebelum tidur,dan juga waktu2 yang kita lapang seperti kita sedang menunggu makanan yang dipesan direstoran,sambil2 itu kita boleh beristighfar dari mata kita memandang-mandang benda yang boleh tambah dosa kita seperti melihat orang yang berbeza gender,dari ketawa-ketawa sampai lupa dunia,tidak salah untuk kita bersuka-suka,tapi ana rasa semua faham macam mana nak kawal cara hidup kita supaya kita tak lupa pada Yang Esa
Read more...

Saturday, October 15, 2011

Pentingnya Dalam Memberi Amanah

Dari Abu Hurairah r.a : Pada suatu ketika Nabi saw sedang berbicara dengan orang ramai (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab Dusun menanyakan kepada beliau, ‘Bilakah datangnya saat (kiamat)?’ Nabi saw tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan pembicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Nabi saw yang demikian itu, sementara orang mengatakan Nabi saw mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau tidak menyukainya dan setengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya. Setelah Nabi saw selesai berbicara, beliau bertanya, “Di mana orang yang bertanya perkara saat (kiamat) tadi?” Orang itu menyahut, “Saya! Ya Rasulullah!” Rasulullah saw bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat).” Tanya orang itu, “Bagaimanakah caranya disia-siakannya amanah?” Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat/kehancuran) Pengajaran yang boleh kita dapat dari hadis ini,janganlah kita beri kan tugas atau tanggungjawab kepada seseorang yg tidak cekap,dan tidak jujur kerana ia akan m'nyebabkan perkara buruk pasti t;jadi.Umpama kita melantik pemimpin negara yang tidak b'pengetahuan agama,tidak jujur,ia pasti akan binasakan rakyat dia.Selain itu,ketika hendak bertanya atau b'cakap,b'tanyalah pada waktu yang sesuai untuk mengelakkan dari orang lain berasa terganggu.
Read more...

Wednesday, October 12, 2011

Berhati-hati Terhadap Kisah Israeliyyat

Isreaeliyyat bermaksud cerita-cerita atau peristiwa yang diambil daripada bani yaaqub/Israel, juga bersumber daripada Yahudi & Kristian dan yang jelasnya ia merangkumi cerita-cerita atau peristiwa yang tidak dapat dipastikan sumbernya serta tidak diyakini kebenarannya.Unsur-unsur Israiliyyat ini menyerap masuk ke dalam kitab tafsir kerana sikap ambil mudah pentafsir.Mereka terus menukilkan tafsir tanpa mengira kesahihan cerita tersebut. Para Ulama berpendapat umat islam seharusnya mengkaji dan menyelidik kisah-kisah yg mereka dengar tetapi tidak terdapat dalam Al-Quran.Ulama mengatakan tidak semua kisah israeliyyat ini benar. Antara kisah atau hadis yang terdapat dalam kisah israeliyyat: 1-Ganjaran Payung Emas –Pasti ramai antara kita yg pernah dngar jika si isteri m’benarkan suami dia kahwin lagi si isteri akan dapat paying emas di syurga.Hadis yg m’ngatakan tentang balasan paying emas ini para ulama bersepakat dan b’pendapat ia merupakan hadis yg dhaif dan tiada nas yg sohih m’ngatakan balasan paying emas.Para ulama juga m’ngatakan ia sebenar’y adalah antara kisah israeliyyat yg d’buat-buat oleh org yahudi yg sengaja m’buat cerita hanya kerana ingin m’nyenangkan hati isteri mereka. 2-Kisah yang mana seorang hamba ketika saat kematian dia,dia tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah kerana ibunya tidak memaafkan dia kerana sakit hati terhadap anaknya.lalu Nabi Muhammad memerintahkan supaya dibakar hamba tersebut dari tersiksa disaat kematiannya.Ulama-ulama hadis mengatakan bahawa kisah ini sangat dhaif,dan tidak terdapat dalam nas al-quran mahu pun hadis yang sohih. Oleh itu,apa yg ingin dikatakan,setiap kisah yg kita dengar sepatutnya kita kaji kerana t’dapat kisah israeliyyat yg sangat dhaif,tidak benar t’sebar dikalangan umat islam.Cuma ape yg t’sirat dari kisah itu boleh lah d’ambil iktibar seperti contoh yg kedua,ape yg ingin disampaikan jangan lah kita menyakiti atau menderhakai org tua kita. والله اعلام
Read more...

Saturday, October 8, 2011

Empat Wasiat Sayyidina Ali Kepada Orang Mukmin. Sahabat yang dirahmati Allah, Sayyidina Ali k.w. berkata : "Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah : 1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Allah s.w.t.. 2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu. 3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu. 4.Hendaklah orang yang alim berkata : 'Aku tidak tahu, apabila dia memang tidak tahu" Sayyidina Ali k.w. adalah sahabat Rasulullah s.a.w, yang cukup tinggi ilmunya. Setiap kata-katanya dan wasiatnya mengandungi pengajaran yang cukup baik dan berkesan. Wasiat tersebut perlu dijadikan panduan dan amalan.
Read more...

Thursday, October 6, 2011

Pengakuan seorang lelaki terhadap wanita

Pengakuan Lelaki Terhadap Wanita Kami sulit menahan pandangan mata kami ketika melihat kalian, apalagi jika kalian diamanahkan Allah kecantikan dan postur yand ideal, kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian, kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang. Kami sulit menahan pendengaran kami ketika berbicara dengan kalian, apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah suara yang merdu dengan irama yang mendayu kerana itu tegaskanlah suara kalian tatkala berbicara di berhadapan dengan kami dan berbicaralah seperlunya sahaja. Kami juga sulit menahan bayangan-bayangan hati kalian, ketika kalian dapat menjadi tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami, waktu luang kami kadangkala akan sering terisi oleh bayangan-bayangan kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami menjadi curahan hati bagi kalia Kami tahu kami insan lemah bila harus berhadapan dengan kalian, kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh hanya dengan senyum kalian, hati kami akan bergetar ketika mendengar dan melihat kalian menangis. Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian, maka jagalah amanah itu jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya. Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu akan kelemahan hati kami ini, hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA, kalian akan menjadi halal bagi kami. "LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku. Untuk setiap pandangan yang tak terjaga, untuk iman yang tak dipelihara, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab, Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik, kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami, Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti menemani kami siang dan malam agar iman kami dapat dijaga...
Read more...

Perkara yg sentiasa kte ambil mudah

Aurat Antara Sesama Lelaki Dan Wanita Hadith : Dari Abu said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Lelaki tidak boleh berselimut sesama lelaki dalam satu selimut tanpa pakaian dan perempuan tidak boleh berselimut sesama perermpuan dalam satu selimut tanpa pakaian.” (Bukhari) 1.Aurat Lelaki dengan lelaki, antara pusat dan lutut 2.Aurat perempuan dengan perempuan, antara pusat dan lutut *Jika menimbulkan fitnah wajib ditutup seluruh tubuh badan
Read more...

Kekeliruan Hukum Batalkah Wuduk Jika Suami Isteri Bersentuhan.

Ada 2 pendapat yg mengatakan tentang hukum ini: 1-Tidak batal/sah wuduk jika bersentuhan antara suami isteri.Pendapat ini diambil dari sebuah hadis yang sohih yang menceritakan kisah Aishah isteri Nabi Muhammad yang menyentuh Nabi ketika Nabi bersolat. Dalam hadis ini mengatakan Nabi tidak membatalkan solat baginda tetapi meneruskan seperti biasa.Justeru melalui kisah ini ada ulama mengatakan tidak batal wuduk suami isteri jika bersentuhan. Kalau batal wuduk bermakna susah si isteri dan suami untuk dapat pahala berada dalam keadaan berwuduk ketika tidur kerana pasti suami isteri akan bersentuhan ketika tidur. Tak kan sampai tidak mahu wuduk terbatal kita meletak sempadan antara suami isteri ketika tidur bukan? 2-Batal wuduk jika suami bersentuhan,hukum ini dikeluarkan oleh Imam Syafie kerana beliau berpendapat yang mana ketika Aishah menyentuh kaki Nabi,ketika itu Nabi memakai sarung di kakinya,tetapi ini hanya pendapat dan anggapan Imam Syafie kerana dalam hadis yang menceritakan kisah ini tidak menyatakan yang Nabi Muhammad memakai sarung di kakinya. DiMalaysia,hukum yang mengatakan batal wuduk jika suami isteri bersentuhan telah dimansuhkan dengan mengeluarkan hukum mengatakan ianya tidak batal.
Read more...

Pendapat Tentang Amalan sapu Muka

Ada banyak hadis yang mengatakan tentang supaya kita menyapu selepas solat kerana mungkin berpendapat ia amalan Nabi Muhammad.Semua pasti tahu setiap amalan Nabi adalah sunnah nya dan jika kita m’amalkan sunnah Baginda kita m’dapat pahala.Tetapi ramai para ulama mengatakan bahawa hadis-hadis yg mengatakan amalan ini adalah hadis yg t’sangat dhaif dan sebenarnya tiada hadis yang mengatakan sapu muka selepas solat,hadis dhaif ini tidak perlu dihujah,ape yang kita tahu kita tidak boleh m’amalkan hadis dhaif,akan tetapi islam m’beri kita kmudahan yg mana kita boleh ambil ape yg baik dari hadis dhaif,tetapi tidak semua hadis yang dhaif boleh kite amalkan.Cuma ada sebuah hadis dari Imam Bukhari yang mengatakan sahabat-sahabat nabi melihat Nabi Muhammad sapu muka selepas solat kerana ada pasir di muka baginda,yang mana mangatakan ia bukan amalan nabi tetapi Nabi sapu muka hanya ingin m’hilangkan kekotoran dimuka Baginda.Justeru,tiada hadis yang sohih mengatakan amalan Nabi sapu muka selepas solat merupakan amalan Baginda.
Read more...

Sunday, October 2, 2011

Enam Persoalan Hidup Dari Imam al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya kepada murid-muridnya; Pertama. "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya. Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah"MATI". Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga."Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah"NAFSU". Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?" Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan tersebut hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "MENINGGALKAN SOLAT". Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini? Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA". Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.
Read more...

Wednesday, September 28, 2011

Kenapa Umat Islam Menolak Hukum Hudud?

Hari ini akhbar arus perdana sibuk membicarakan hukum hudud. Ada yang mengatakan hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam negara perlu lihat persekitarannya terlebih dahulu. Ada yang berkata, "Pendirian saya tetap sama yang hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini (Malaysia) kerana masyarakat majmuk berbilang kaum dan banyak pihak yang masih kurang jelas dengan perkara ini." Sebagai seorang muslim, seseorang itu perlu berhati-hati dalam ucapan dan kata-katanya kerana jika tersilap kata boleh menyebabkan rosak akidah dan keimanannya kepada Allah SWT dan rukun Iman yang enam. Salah satu daripada rukun iman adalah percaya kepada Kitab (Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran). Percaya dan beriman kepada kitab (al-Quran) bukanlah setakat dakwaan bahawa al-Quran itu kitab yang mulia dan diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril, tetapi apabila kita beriman dan percaya kepada al-Quran adalah kita yakin sebenar-benarnya tanpa keraguan apa yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran nul karim. Di dalam al-Quran jelas terdapat hukum-hukum Allah SWT iaitu hukum hudud, qisas dan diyat dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia samaada muamalah, munakahat, politik, ekonomi, akidah, ibadah, sains , sejarah dan sebagainya. Penafian terhadap sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran sudah cukup untuk mengeluarkan seseorang daripada keimanan. Firman Allah Subhanahu Wa Taala: إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ أُولَئِكَ هُمُ. نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا “Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan bermaksud membeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan Rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kufur terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.” (Surah al-Nisa’ ayat 150-151) Allah Subhanahu Wa Taala juga berfirman: أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ “Adakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Maka tidak ada balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Allah tidak alpa daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 85). Walaupun ayat ini menceritakan tentang orang Yahudi yang tidak beriman sepenuhnya terhadap kitab Taurat, tetapi ayat ini juga ditujukan kepada mereka yang mengambil sebahagian daripada al-Quran dan menafikan sebahagian daripada isi kandungan al-Quran. Ibnu Abbas menyatakan: . وَمَنْ أَقَرَّ بَهَ وَلَمْ يَحْكُمْ، فَهُوَ ظَالِمٌ فَاسِقٌ . مَنْ جَحَدَ مَا أَنْزَلَ اللهُ فَقَدْ كَفَرَ “Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (keberadaan hukum) namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim, fasik”. Firman Allah subhanahu wa taala: يَعْمَلُونَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآَخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا “Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan (mendustakan) adanya pertemuan akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain daripada apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah al-A’raf ayat 147) Betapa besarnya ancaman tersebut, maka siapakah lagi yang masih berani untuk menafikan hukum hudud dan hukum hakam yang terdapat di dalam al-Quran.? Persoalan besar yang dihadapi umat Islam hari ini adalah "KRISIS AKIDAH". Akidah umat Islam terlalu rapuh dan mudah dirosakkan oleh isu-isu semasa yang tidak sepatutnya berlaku. Seseorang boleh tercabut akidahnya kerana hendak mengambil hati orang-orang bukan Islam, untuk memuaskah hati manusia dan mencari keredaan manusia walaupun terpaksa menolak keredaan Allah SWT. Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim) Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu reda terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Hadis riwayat Tabrani) Huraian Hadis 1. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia. 2. Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk dan percakapan manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan dan percakapan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Contohnya apabila mereka menolak hukum hudud dan mengatakan ketingalan zaman akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat. 3. Allah memberi sebab menentukan keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenankan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredaan manusia. (orang kafir akan seronok kerana jaminan kita menolak hukum Allah SWT dan akan bersama-sama mereka mempertahankan peraturan ciptaan manusia) 4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredhai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan manusia dan pandangan Allah. 5. Keredaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin, yang menangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. Makhluk Allah itu termasuk manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT. 6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia , pengaruh, kuasa dan pangkat kedudukan maka terdapat dikalangan mereka yang suka mencari peluang mendapatkan kuasa, pengaruh, pangkat, harta sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Sedang Allah dan rasul-Nya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredaan-Nya. Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62; "Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, pada hal Allah dan rasul-Nya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaannya, jika betul mereka orang yang beriman" 7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku dihadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan keredaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain. Pengajaran hadis : 1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah SAW, sekalipun tidak disukai oleh orang lain. 2. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keradaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. 3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan. Kesimpulannya seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Read more...

Friday, September 16, 2011

Hadis Tanda Akhir Zaman - Umat Islam Mengikuti Langkah-langkah Yahudi dan Nasrani

Sahabat yang dirahmati Allah, Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang tuan maksudkan?” Nabi S.A.W. menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Hadis Riwayat Muslim) Keterangannya : Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "cara hidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah S.A.W. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “cara hidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
Read more...

Saturday, August 13, 2011

Lapan Perkara Bahagia atau Derita di dalam Kubur




Lapan Perkara Bahagia atau Derita di dalam Kubur
Sahabat yang dirahmati Allah,
Terdapat lapan perkara yang menentukan bahagia atau derita didalam kubur:

Abu-Laits berkata: “Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi (melaksanakan) empat perkara dan meninggalkan empat perkara iaitu:

1.Menjaga sembahyang lima waktu

2. Banyak bersedekah

3. Banyak membaca al-Quran

4.Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah)

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

1.Berbohong

2.Khianat

3. Adu-domba

4. Menjaga kencing, sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda: “Bersihkanlah kamu daripada air kencing, sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada air kencing. (Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas membuang air kecil.)"

Perkongsian blogger
Read more...

Sunday, July 31, 2011

Puasa




Pengertian puasa
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Dalil Wajib puasa :
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadan bersandarkan dalil seperti berikut:

Dalili daripada al-Quran:

Firman Allah SWT maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa".
(Surah al-Baqarah ayat 183)

Dalil daripada Hadis Nabi :

Sabda Nabi SAW maksudnya : Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya ; "Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam)

Lafaz Niat :
Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:
Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."
(Di niatkan dalam hati bahawa esok hari kita akan berpuasa pada bulan Ramadan tahun ini
- waktunya pada malam hari )




Lafaz niat puasa Ramadan sepenuhnya (sebulan):
Maksudnya: "Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala."
(D i niatkan dalam hati bahawa kita akan berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala - dibuat pada malam pertama Ramadan)


Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:
1. Islam . ( tidak diwajibkan kepada orang kafir)



2. Baligh. ( tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa)


3. Berakal . ( tidak diwajibkan puasa bagi orang gila).



4. Berkemampuan. (tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.)

Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:
1. Islam. (Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal.)


2. Berakal. (Orang Gila tidak sah puasanya)


3. Suci daripada nifas dan haid.


4. Masuk waktu puasa


5. Berniat pada setiap malam. (Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadan.)


6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Rukun Puasa ada tiga :
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Hikmah Puasa
Puasa mempunyai pelbagai hikmah antaranya:
1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya).
3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain
4. Meningkatkan kesihatan diri.
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan hari raya dan ketika berjumpa dengan Tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat mazmumah (keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.

Kelebihan Ramadhan :
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;
1. Bulan diturunkan Al-Quran :
Firman Allah SWT maksudnya : "Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia"
(Surah al-Baqarah ayat 185)


2. Bulan penuh berkat :
Bulan Ramadan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Apabila bulan Ramadan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan."(Hadis Riwayat Muslim)

3. Bulan Penghapusan dosa :
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa berpuasa Ramadan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar :
Firman Allah SAW. maksudnya : "Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengutus segala urusan.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar" (Surah al-Qadr ayat 1-5)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam ruang ini, marilah kita memerhatikan beberapa adab-adab berpuasa , semoga kita menjalani ibadah puasa dengan betul sebagaimana generasi awal dahulu berpuasa. Semuga kita melihat dan memahami ibadah puasa ini sebagai satu institusi pendidikan dan latihan.

1.Makan sahur.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Makan sahurlah kalian kerana sesungguhnya makan sahur itu berkah"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Diriwayatkan dari Zaid bin Tsabit bahawa kami bersahur bersama Rasulullah kemudian kami bangkit untuk menunaikan solat subuh lalu beliau bertanya, "Berapa saat jarak antara kedua (waktu sahur dan waktu subuh)?" Nabi SAW bersabda maksudnya, "Selama orang membaca 50 ayat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Amru bin Maimun bahawa para sahabat Muhammad SAW adalah orang yang menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur."
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

2.Menyegerakan berbuka :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Selalulah manusia dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Diriwayatkan dari Salman bin Amir, bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud, "Apabila salah seorang di antara kamu berpuasa hendaklah berbuka dengan kurma, bila tidak ada kurma hendaklah dengan air, sesungguhnya air itu bersih."
(Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi)

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, bahawa Nabi SAW apabila selesai berbuka baginda berdoa. "Telah pergi rasa haus dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap ada insya Allah."
(Hadis Riwayat ad-Daaruqthni dan Abu Daud)

3.Berdoa ketika berpuasa dan waktu berbuka :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, pada waktu berbuka, tersedia doa yang makbul."

Dalam hadis yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud, "Ada tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, Imam (ketua) yang adil dan orang yang teraniaya."

4.Menjauhi perkara yang bertentangan dengan puasa :
Puasa adalah ibadah yang utama untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, untuk mendidik jiwa dan melatihnya berbuat kebaikan.

Sesungguhnya puasa bukan setakat menahan diri dari makan dan minum sahaja, tetapi juga menahan diri dari apa jua yang dilarang oleh Allah SWT., disamping mengikhlaskan niat kerana Allah SWT semata-mata.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidaklah puasa itu dari makan dan minum, tetapi puasa itu adalah dari perbuatan yang sia-sia dan dari perbuatan keji."

Sabda baginda SAW lagi yang bermaksud, "Berapa ramai yang berpuasa tetapi yang diterimanya hanyalah rasa lapar dan dahaga sahaja; dan berapa banyak orang yang bangun bersolat, tetapi yang diterimanya tiada lebih dari letih dan penat sahaja."

5.Menggosok gigi (bersugi)
Disunatkan menurut riwayat bahawa Rasulullah SAW biasa bersugi ketika berpuasa.(Jika boleh jangan menggunakan ubat gigi, gunakan berus kosong saja atau gunakan kayu sugi)

6.Lebih bersifat dermawan. (Banyak bersedekah dan menolong orang lain) dan membaca al-Quran.


Kedua perkara ini adalah disunatkan pada setiap ketika, dan lebih utama dalam bulan Ramadan, dimana ganjaran pahalanya digandakan oleh Allah SWT.

Diriwayatkan Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW orang yang paling dermawan dan baginda lebih dermawan lagi dalam bulan Ramadan. Jibril menemui Nabi SAW setiap malam pada bulan Ramadan untuk mentadaruskan al-Quran kepada baginda dan benar-benar Rasulullah lebih dermawan dan cepat melakukan kebajikan (lebih cepat daripada angin yang dikirim)
(Hadis Riwayat Bukhari)

7.Menghidupkan malam dengan solat tarawih secara berjemaah.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Barangsiapa yang solat malam di bulan Ramadan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah maka diampuni dosanya yang telah lalu."
(Hadis Riwayat Jama'ah)

8.Giat beribadat pada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadan.
Syaidatina Aisyah r.h meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bila telah masuk puluhan terakhir dari bulan Ramadan, diramaikan waktu malam, dibangunkan keluarganya dan diikat eratkan kain sarungnya.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Baginda amat giat (beribadat) pada puluhan terakhir, melebihi kegiatannya pada saat-saat lainnya." (Hadis Riwayat Muslim)

Diriwayatkan dari Aisyah r.h bahawa saya berkata kepada Rasulullah SAW, " Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui Lailatul qadar, apa yang harus saya baca pada malam itu?' Baginda bersabda, "Bacalah, 'Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad)

9.Menjauhi perkara keji dan pertengkaran.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW . bersabda yang bermaksud :
"Setiap amal anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan memberikan pahala dengannya. Dan sesungguhnya puasa itu adalah benteng pertahanan, pada hari ketika kamu berpuasa janganlah berbuat keji, jangan berteriak-teriak (pertengkaran), apabila seorang memakinya sedang ia berpuasa maka hendaklah ia katakan : 'Sesungguhnya saya sedang berpuasa.'Demi jiwa Muhammad yang ada di tangan-Nya sungguh bau busuk mulut orang yang sedang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah pada hari kiamat daripada kasturi. Dan bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, apabila ia berbuka ia bergembira dengan bukanya dan apabila ia berjumpa dengan Rabbnya ia gembira kerana puasanya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perkongsian dari Blogger
Read more...

Friday, July 29, 2011

Tulang Rusuk yang Dicari-cari





Tulang Rusuk ku yang Ku Cari-Cari….
Wanita,peneman hidup yang ku cari-cari dalam hidupku..budi pekertinya baik,sayang akan anak-anak kecil. Sifatnya penyayang,mengambil berat,zahirnya pula baik dengan menutup aurat,bukan pakaian yang mendedah aurat yang ku mahu dia pakai,tetapi,pakaian yang sejuk mataku memandang,tidak kisahlah kalau dia tidak berpurdah,cukup memadai dia menutup aurat,dan menjaga akhlak seperti mana muslimah lain tunjukkan. Dengar kata-kata suami,patuh dan setia pada suami,serta menjaga rumah tangga yang dibina bersama-sama tanpa rasa keluh dan kesah. Wahai tulang rusuk ku yang ku cari-cari,sekiranya dirimu baik seperti yang kuharapkan,aku berjanji akan menjagamu sebaik mungkin,ku tahu,tiada seorang pun dari kaum hawa yang ingin dimadukan,ku berjanji tidak akan menyakiti hatimu dengan bimbingan dan izin Allah..serta tidak akan ku sia-siakan hidupmu,ketahuilah,bukan kesempurnaan yang ku cari-cari,tetapi memadai dengan apa yang telah Allah berikan kepadamu…
Read more...

Friday, July 15, 2011

Rintihan Hambamu Ya Allah...

Manusia sering melakukan kesalahan,alpa dan lalai dari mengingati Allah.Walaupun sering diberi nikmat,diberi peluang dalam ape yang di ingini,masih lagi berbuat dosa.Kadang-kala kita lupa,pada siapa harus kita cintai,pada siapa harus kita sanjungi,pada siapa kita harus sayangi,dan pada siapa harus kita bersujud.Ya Allah,hambamu mohon kemaafan dari mu Ya Allah..maafkanlah setiap hambamu yang lupa mengingati-Mu..Engkau bimbinglah hambamu Ya Allah..Engkau lah Tuhan Maha Pengampun,Ya Rabbi,izinkanlah hambamu kembali pada-Mu..berilah ketenanggan terhadap hambamu..berikanlah kepada hamba-Mu kesempatan untuk mencintai-Mu dalam jangka masa yang lama,janganlah Engkau cabut nyawa hambamu di usia muda kerana hambamu belum cukup amalan baik,belum cukup untuk mencintaim Ya Allah..maafkanlah hambamu Ya Allah..yang masih berdusta,masih melakukan dosa2 kecil dan besar.Bimbinglah hambamu Ya Allah..Engkau peliharalah mataku dari melihat perkara terkutuk,peliharalah mataku dari melihat aurat yang bukan sejenis dengan hambamu.Ya Allah..Engkau peliharalah lidah ku dari berkata dengan perkara yang tidak berfaedah..peliharalah lidah ku dari berdusta Ya Allah..Engkau peliharalah semua anggota badanku dari berbuat jahat Ya Allah..

Hambamu mohon kepada Mu YA Allah…berilah nur dan hidayah terhadap hambamu..dan lindungilah hambamu..
Read more...

Sunday, July 10, 2011

Talut dan Jalut



Kisah ini terjadi sesudah zaman Nabi Musa di mana orang Bani Israil telah meminta kepada nabi mereka yaitu Nabi Samuel untuk mengangkat seorang raja untuk memerangi Jalut yang telah mengusir mereka dari kampungnya."Angkatlah seorang raja untuk kami, niscaya kami berperang di jalan Allah." kata mereka.
"Jangan-jangan jika diwajibkan atasmu berperang, kamu tidak akan berperang juga," jawab Nabi Samuel.
"Mengapa kami tidak akan berperang di jalan Allah, sedangkan kami telah diusir dari kampung halaman kami dan dipisahkan dari anak-anak kami," jawab mereka.
Namun, ketika perang itu diwajibkan atas mereka, mereka berpaling, kecuali sebagian kecil dari mereka. Terbuktilah anggapan Nabi Samuel tersebut.
Kemudian, Nabi Samuel menyatakan bahwa Allah telah mengangkat Talut, seorang petani dan peternak miskin dari desa, menjadi raja mereka, dan keputusan itu telah dibangkang sepenuhnya oleh mereka.
"Bagaimana Talut memperoleh kerajaan atas kami, sedangkan kami lebih berhak atas kerajaan itu daripadanya, dan dia tidak diberi kekayaan yang banyak?" jawab mereka.
"Allah telah memilihnya menjadi raja kamu dan memberikan kelebihan ilmu dan kekuatan. Allah memberikan kerajaan-Nya kepada siapa yang Dia kehendaki dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui," jawab Nabi Samuel.
Lalu didatangkan kepada mereka bukti yaitu Tabut, peti kayu berlapiskan emas yang didalamnya berisi ketenangan dan peninggalan keluarga Nabi Musa dan Harun (At Thobari).
Ketika Talut membawa bala tenteranya sejumlah 80 Ribu orang (riwayat lain 300 Ribu orang) untuk melawan tentara Jalut termasuk didalamnya Nabi Daud. Talut berkata, "Allah akan menguji kamu dengan sebuah sungai. Maka barang siapa meminum airnya, dia bukanlah pengikutku. Dan barang siapa tidak meminumnya, maka dia adalah pengikutku kecuali mengambil secukupnya dengan tangan"
Tibalah mereka pada sebuah sungai antara Urdus (Jordan) dan palestin nafsu mereka mengalahkan segalanya. Banyak dari tentara Talut melanggar perintah tersebut dengan meminum air sepuas-puasnya pada sungai tersebut. Dan tentara Talut menyusut menjadi 319 orang (riwayat lain, 313) yang tetap taat terhadap perintah Talut dengan minum secukupnya.
Setelah itu, mereka meneruskan perjalanan, Talut dan orang-orang yang beriman bersamanya menyeberangi sungai itu, mereka yang tidak taat berkata, "Kami tidak kuat lagi pada hari ini melawan Jalut dan bala tenteranya".
Namun, bagi mereka yang meyakini bahwa mereka akan menemui Allah pula berkata, "Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar."
Maka, semakin berkuranglah tentera Talut yang terus berjuang. Mereka berhasil melewati ujian-ujian Allah. Mereka sangat kuat dan bersemangat. Mereka tidak seperti orang-orang yang luntur iman mereka, yang telah keluar sebelum sempat berhadapan dengan bala tentera Jalut.
Dan ketika mereka maju melawan Jalut dan tenteranya, mereka berdoa, "Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"
Meskipun dengan jumlah tentara yang sedikit, Talut tetap maju melawan Jalut. Kedua pasukan pun bertemu dan terjadilah perang tanding satu lawan satu. Daud juga mendapat giliran. Ia berani melawan Jalut, pemimpin pasukan lawan. Melihat sosok kecil Daud, Jalut meremehkannya dengan menggertak, " Enyahlah kau, aku tidak suka membunuh anak kecil." Tidak mau kalah, Daud menyahut, " Aku suka membunuhmu." Serangan Daud ternyata merepotkan Jalut. Daud mampu mengalahkan, bahkan membunuh Jalut. Dengan demikian, pasukan Talut memetik kemenangan. Keberhasilan Daud ini menjadi buah bibir di kalangan Bani Israil.
Dan akhirnya beberapa tahun kemudian, Allah memberikan kekuasaan pada Daud menggantikan Talut dan mengangkat Daud menjadi Nabi

Perkongsian blogger
Read more...

Sunday, June 26, 2011

Ilmu Allah Harus Dipelajar

ILMU ALLAH

Pepatah arab menyatakan "tuntutlah ilmu dari kecil hinnga ke liang lahad".Allah S.W.T suka akan hambanya yang mencari dan tambah ilmu di dadanya.
Dengan ilmu lah ia dapat menentukan sama ada kita menjadi seorang yang berjasa kepada negara atau agama.Sememangnya lumrah dalam diri kita kadang-kala
berasa malas atau bosan untuk belajar,terutama kita umat islam di akhir zaman yang menghadapi pelbagai cabaran.Ada juga yang berasa seronok dan bangga mempelajari
ilmu Allah,dan ada juga yang malu atau tidak suka mempelajarinya.Sebagai umat islam,seharusnya sama-sama kita mengkaji dan mempelajari pelbagai jenis ilmu Allah,bukan
sekadar mempelajari sesuatu yang kita tidak tahu,tetapi kita seharusnya tambahkan ilmu dalam sesuatu bidang yang kita tahu,dan amalkannya.
Contohnya jika seseorang itu sudah tahu,tidak perlulah dia berbangga diri äku dah mahir bende ini..tak perlu belajar lagi",sepatutnya kita tidak boleh berfikir sedemikian.
Kita harus mencontohi Imam Syafie' yang sentiasa menuntut ilmu walaupun beliau sudah mahir dalam pelbagai ilmi.Beliau tidak berasa malu mempelajarinya,bahkan terus belajar.
Kita juga harus mencontohi tokoh-tokoh islam terdahulu yang cuba meneruskan mendalami sesuatu ilmu,bukan sekadar ingin tahu selepaas itu tinggalkannya,tetapi mereka berterusan
pelajarinya.Bukan rasa malu,tapi sifat ingin belajar lagi yang perlu ada.Zaman sekarang ini ramai diantara kita yang belajar asalkan tahu sedikit,contohnya mempelajari bacaan al-quran,
ada yg sekadar ingin tahu membacanya,selepas itu tidak mahu terus belajar lagi kerana baginya dia sudah mahir,walhal kita masih banyak kurang tahu tentang bacaan al-quran,
tokoh-tokoh islam terdahulu memberi contoh yang baik dimana mereka masih lagi mempelajari al-quran dan berhijrah untuk belajar walau di usia yang tua.
Jadi sama-samalah kita renungkan adakah kita sudah banyak ilmu didada kita,adakah ilmu kita sudah cukup,kerana ilmu Allah terlalu luas dan terlalu mendalam.
Read more...

Thursday, June 16, 2011

50 Tanda-Tanda orang munafik

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Dibawah ini disenaraikan 50 tanda2 orang munafik seperti yang ditulis oleh Drs Hanafi Mohamad.

1. Malas beribadah kepada Allah SWT
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan Solat fardhu
4. Mengerjakan solat dengan cepat (Biar cepat selesai solat)
5. Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara tersembunyi
8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Mengamalkan riya'
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15 Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengengkari taqdir Allah SWT
20. Mempersendakan kesucian ugama
21. Enggan berjihad dijalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasulullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguhkan pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Mengambil harta benda orang lain tanpa hak
27. Duduk dan bercampur dengan orang2 yang memperolok ayat2 Allah SWT (Suka, akur, tak kesah)
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman dari murka Allah apabila berbuat dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran yang tidak disukai
32. Menghalang orang lain dari mengamalkan ajaran Islam
33. Suka kepada kesesatan dan menyesatkan orang
34. Bermuka dua
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong sesama manusia
37. Suka berbantah dan bertengkar sesama muslim
38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah SWT dalam perbuatan, tingkahlaku dan tindakan
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah SWT
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan hubungan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum Muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman itu bodoh
48. Mengubah dan menyalah guna ayat2 Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan elakkanlah supaya kita tidak terlibat dengan perkara-perkara yang dinyatakan diatas. Mohonlah berlindung dengan Allah SWT disamping itu, mohonlah juga agar Dia mengurniakan taufik dan hidayah kepada kita semua, InsyaAllah.

(Di petik daripada Mustofa Yaacob)

Posted by abubasyer at 4:12 PM 0 comments Links to this post
Labels: Sifat-sifat munafik (50 sifat)
Orang Mukmin Sentiasa Berdoa Kepada Allah Supaya Di jauhi Empat Perkara
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Orang mukmin akan menyempurnakan kewajipan yang Allah SWT perintahkan tanpa berlengah dan rasa malas. Masa yang ada digunakan sebaik mungkin supaya tidak sia-sia begitu sahaja.Begitu tinggi nilai masa dari pandangan seorang beriman kerana masa yang berlalu tidak akan berulang dan tidak boleh diganti.Masa itu bukan emas, tetapi masa itu lebih berharga dari emas iaitu kehidupan. Kehidupan didunia ini adalah jalan dan wasilah menuju ke alam akhirat. Kebahagian di akhirat adalah bergantung kepada amalan-amalan soleh kita ketika di dunia ini.

Sewajarnya setiap mukmin memulakan harinya dengan doa yang telah diajar oleh Rasulullah SAW. kepada para sahabat supaya dibaca pada waktu pagi dan petang dan diulang sebanyak 3 kali :

"Ya Allah! Aku berlindung dengan nama-Mu dari rasa sedih dan duka.
Aku berlindung dengan nama-Mu dari rasa lemah dan malas.
Aku berlindung dengan nama-Mu dari sifat bacul dan bakhil.
Aku berlindung dengan nama-Mu dari beban hutang dan penindasan orang." (Hadis Riwayat Bukhari)

Doa ini baik sekali dibaca ketika sedang berada dalam kesusahan dan kelilingi dengan hutang. Hal demikian yang diajarkan Nabi SAW kepada Abi Umamah yang sedang kesusahan dan di kelilingi dengan hutang. Doa tersebut dibaca oleh Abî Umamah setiap pagi dan petang hari. Setelah membaca doa tersebut, paginya Abî Umamah terbebas dari kesusahan dan hutangnya telah pun dapat diselesaikan.

Di dalam doa ini terdapat permohonan untuk kita berlindung kepada Allah SWT untuk 4 perkara iaitu :

1. Rasa sedih dan duka.

2. Rasa lemah dan malas.

3. Sifat bacul dan bakhil

4. Beban hutang dan penindasan orang

Huraiannya :

1. Rasa sedih dan duka.

Setiap manusia akan merasa sedih dan duka apabila ditimpa bala dan musibah, gagal dalam usahanya untuk memiliki sesuatu yang dihajatkan dan kehilangan orang yang dikasihi.

Walaupun kita reda dengan ketentuan Allah SWT terhadap apa yang akan berlaku ke atas diri kita tetapi kita mohon dan merayu kepada Allah SWT semoga hari-hari dalam perjalanan hidup kita sentiasa ceria dan gembira dan terhindar daripada musibah, kemalangan dan perkara-perkara yang mendukacitakan.

Untuk mengelakkan rasa sedih dan duka doa ini juga diajarkan Nabi SAW baik dibaca waktu pagi dan petang : "Ya Allah, tutuplah cacat-celaku, hilangkanlah kekhawatiranku, dan kurangilah kesalahan-kesalahanku. Peliharalah diriku dari segala keburukan, baik dari arah hadapan maupun belakang, dari arah kanan maupun kiri, dari arah atas maupun bawah yang datang secara tiba-tiba."(Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasa'i, Ibu Majah dan Hakim dari Sayidina Umar al-Khatab)

2. Rasa lemah dan malas.

Kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT semoga diberi-Nya kesihatan diri kita sehingga memiliki tubuh badan yang sihat dan rajin bekerja dan berusaha. Jika badan kita lemah (sakit) dan tidak sihat bagaimana kita hendak berusaha mencari rezeki atau berjihad dan berdakwah dijalan Allah SWT?

Dalam hadis Nabi SAW ada menyatakan yang bermaksud : “Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis Riwayat Muslim)

Ini menunjukkan bahawa Islam amat menitikberatkan kesihatan, kekuatan tubuh badan dan membenci sikap malas dan berpeluk tubuh saja tanpa berusaha dan berikhtiar dengan bersungguh-sungguh.

Firman Allah SWT maksudnya : ”Maka apabila telah dilaksanakan solat, bertebaranlah kam di muka bum; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”. (Surah al-Jumu’ah ayat 10)

Nabi SAW bersabda maksudnya : ”Tidak ada yang lebih baik bagi seseorang yang makan sesuatu makanan, selain makanan dari hasil usahanya. Dan sesungguhnya Nabiyullah Daud a.s, selalu makan dan hasil usahanya”. (Hadis Riwayat Bukhari)

3. Sifat bacul dan bakhil.

Sifat bacul adalah sifat penakut dan lemah semangat dan tidak bertanggungjawab untuk menyatakan kebenaran dan mempertahankannya apabila dihina oleh orang-orang jahil dan musuh Allah SWT. Sifat seorang mukmin jauh daripada sifat bacul, cukup jelas mana yang hak perlu dipertahankan dan sentiasa bertanggungjawab.

Sifat bakhil (kedekut) pula adalah sifat mazmumah yang amat dibenci oleh Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud , "Maafkanlah kesalahan orang yang murah hati (dermawan).Sesungguhnya Allah melihat tangannya jika dia terjatuh.Seorang pemurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada manusia dan dekat kepada syurga.Seorang yang bodoh tapi murah hati (dermawan) lebih di sukai Allah daripada seorang alim (tekun beribadah) tapi bakhil" (HadisRawahul at Tabrani)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tidak akan berkumpul dalam hati seorang hamba bersifat bakhil dan keimanan"

Sifat bakhil serta sayangkan harta untuk dibelanjakan ke jalan kebajikan bagi membantu orang yang susah adalah sifat yang tercela. Dengan adanya sifat-sifat tersebut dalam diri sendiri segala urusan akan tergendala malah masyarakat akan lemah dan mundur serta mudah dikalahkan oleh musuh, dengan itu masyarakat akan jadi huruhara . Dengan sebab itu ianya perlu dikikis dan dihapuskan dari dalam diri setiap muslim dengan sedaya upaya yang boleh.

4. Beban hutang dan penindasan orang

Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang melainkan kerana terdesak dan satu keperluan. Kerana hutang yang tidak dijelaskan akan menjadi "kesusahan di malam hari dan penghinaan di siang hari". Hutang juga akan menyebabkan seseorang itu menanggung amanah yang mesti ditunaikan iaitu melunaskan hutang. Jika ketika hidupnya hutang tersebut belum dilunaskan, maka apabila dia meninggal dunia hutang tersebut hendaklah dibayar daripada harta pusaka yang ditinggalkannya sebelum dibahagi-bahagikannya kepada waris-warisnya. Demikianlah beratnya tuntutan Islam dalam kewajipan membayar hutang.

Risiko menanggung hutang itu, selain daripada memikul tanggungjawab membayarnya, ialah bahaya yang lebih besar yang akan menimpa kepada diri si penghutang jika hutang tidak dibayar. Antaranya disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah, sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Nabi SAW mengajar kita supaya sentiasa berdoa semoga dijauhi daripada beban hutang kerana dihari akhirat tidak ada dinar atau dirham untuk mebayar balik hutang-hutang ketika di dunia.

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a Nabi SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah).

Nabi SAW juga meminta kita berlindung daripada Allah SWT daripada penindasan orang yang zalim.

Diriwayatkan dari Sa'd bin Abi Waqqash radhiyallahu 'anhu, ia berkata: Aku mendengar Khaulah binti Hakim al-Salamiyah radhiyallahu 'anha berkata: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قَالَ أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ حَتَّى يَرْتَحِلَ مِنْ مَنْزِلِهِ ذَلِكَ

"Siapa yang singgah di suatu tempat, lalu ia membaca: A'udzu Bikalimaatillaahit Taammaati min Syarri Maa Khalaq (Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakan-Nya) maka tak ada sesuatupun yang membahayakannya sehingga ia beranjak dari tempatnya tersebut."
(Hadis Riwayat Muslim)


رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلَّذِينَ كَفَرُوا وَاغْفِرْ لَنَا رَبَّنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
(Surah al-Mumtahinah ayat 5)


رَبَّنَا لاَ تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas"
(Surah Yunus : 85)

رَبِّ فَلَا تَجْعَلْنِي فِي الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan daku tinggal dalam kalangan kaum yang zalim itu"
(Surah al-Mu'minun : 94)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita berdoa setiap pagi dan petang dan diulang-ulangkan sebanyak tiga kali supaya dijauhi oleh Allah SWT daripada penyakit sedih, duka, lemah, malas,bacul, bakhil, beban hutang dan penindasan orang. Semua penyakit-penyakit ini akan menganggu kehidupan kita untuk beramal soleh dan beramal ibadah untuk mendapat keredaan Allah SWT.

Seorang mukimun yang baik adalah mukmin yang kuat darisegi fizikal, mental , emosi dan kerohaniannya. Keempat-empat kekuatan ini akan membantu untuk menjadi pendakwah yang berjaya di dunia dan akhirat.

Perkongsian blog
Read more...