Pages

















Tuesday, February 22, 2011

Nikmat Allah




Assalamualaikum w.b..

Kepada semua pembaca pasti akan merasai nikmat hidup dalam dunia ini,tidak kiralah nikmat makanan walaupun hanya makanan yang tidak mewah.Nikmat Allah pasti akan diterima oleh setiap hambanya tidak kira dia itu seorang muslim atau kafir kerana Allah itu Maha adil,yg berusaha untuk mencapai sesuatu pasti akan mencapai hasratnya cuma kadang-kala Allah tidak memakbulkan apa yg dihajatinya,tetapi kita haruslah ingat walaupun kita tidak dapat apa yg dihajati pada waktu yg diinginkan,Allah tetap akan berikan cuma pada waktu atau keadaan yg berlainan.

Nikmat Allah merupakan anugerah kepada setiap insan yg mane seharusnya kita syukuri kerana hambanya yg mensyukuri nikmat-Nya pasti akan mendapat nikmat yg lebih besar.Nikmat yg susah bagi setiap manusia untuk diperolehi ialah nikmat HIDAYAH.Hidayah ini hanya diberikan kepada hambanya yg tertentu dan ia-nya nikmat yg amat besar.Contohnya Allah memberi hidayah kepada seseorang supaya mengubah sikap dan akhlaknya ke arah yg lebih baik,jika tidak mendapat hidayah dan terus melakukan dosa pasti akan dicampakkan kedalam neraka,jadi bukan ke Hidayah merupakan nikmat yg besar?jadi kita hendaklah bersyukur akan nikmat ini.Tetapi susah bagi seseorang yg sejak lahir lagi merupakan seorang islam ingin rasa bersyukur akan nikmat hidayah ini berbanding mereka yg lahir merupakan seorang yg kafir,lalu diberikan hidayah oleh ALlah kepadanya supaya memeluk islam.Golongan ini kebiasaannya merasa ianya merupakan nikmat yg besar kerana telah menyelamatkan mereka dari menjadi ahli neraka.

Oleh itu kita hendaklah bersama-sama ingat balik akan nikmat Allah,dan ucapkan lah rasa kesyukuran akan pemberiannya.Di ingatkan kepada semua bahawa sesuatu musibah atau ujian yg menimpa diri terdapat nikmat yg telah Allah sediakan baginya kerana setiap kejadian yg Allah tentukan pasti ada baiknya.Ingatlah bahawa nikmat Allah untuk semua,nikmat Allah untuk kebaikan bersama,dan sepatutnya kita tidak lupa akan pemberiannya supaya dapat menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah.

0 comments: