Pages

















Wednesday, March 2, 2011

Doa




Doa adalah satu cara untuk memohon permintaan dan hajat kepada Allah.Dengan berdoa ia menunjukkan bahawa kita adalah hambanya yg lemah tanpa bantuan daripada-Nya.Digalakkan berdoalah kepada-Nya setiap masa,setiap selepas selesai solat fardhu.Jangan kita selepas solat terus bangun tanpa berdoa kerana ia menunjukkan kita ni hamba-Nya yg ego,sombong.Mohonlah kepad-Nya walaupun sekecil-kecil perkara kerana Allah syg akan hamba-Nya yg meminta kepada-Nya.Tetapi dalam berdoa ada cara,adab supaya doa kita diterima,dan kita faham dengan apa yg kita mohon.

Adab berdoa:
1-Dalam keadaan berwuduk dan suci tubuh badan serta pakaian.
2-Doa dalam menadah tangan serta khusyuk,jangan memikirkan perkara lain ketika berdoa,mintalah dan pohonlah kepada-Nya.
3-Doa dengan mengadap qiblat.
4-Dimulakan dengan memuji Allah dan selawat ke atas nabi,
5-Di akhiri dengan mengucapkan alhamdulillah serta selawat ke atas nabi.


Doa yg dimakbulkan
1-Doa dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan makbulkan permintaan kita.Jangan kita ketika berdoa rasa biasa dan tidak beri perhatian,
2-Doa dalam keadaan sedar bahawa kita ni hamba-Nya yg hina,hamba-Nya yg lemah yg tidak berdaya melakukan sesuatu tanpa bantuan-Nya.
3-Berdoa dalam waktu mustajab.
4-Doa ibu bapa untuk anak-Nya.
5-Doa org yg dizalimi
6-Ketika berdoa mengalir air mata kerana bersungguh-sungguh memohon kepada Allah.
7-Doa ketika sedang berjihad.

Sebagai muslim,berdoalah dan pohonlah kepada Allah,soal sama ada doa kita ditrima atau tidak,serahkan sahaja kepada Allah keran Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita.Tapi kita hendaklah sentiasa mengingat Allah,bagaimana Allah mahu beri yg terbaik kepada hamba-Nya jika kitta jauh dari Allah..
Read more...