Pages

















Tuesday, February 1, 2011

Etika Ketika Berpakaian dalam Islam


Etika berpakaian dalam islam

Firman Allah swt bermaksud;



“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu….”(Surah al-Maa;idah:2)



“Dan sesungguhnya, antara mereka (ahli kitab itu) ada (Ketua-ketua agamanya) yang memutarkan lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian daripada Kitab Taurat padahal ia bukanlah daripada Kitab itu. Dan mereka pula berkata: “(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah daripada sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)”. (Surah ali-Imran:78)



Berdasarkan ayat Allah swt dalam surah ali-Imaran telah menjelaskan kepada kita bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi hawa nafsunya sekalipun mengadaikan agama dan maruah bangsanya. Ajaran Islam membentuk umatnya mengekang hawa nafsu sehingga ia terpimpin ke arah kebaikan, kesopanan dan kemuliaan.



Kita berbalik kepada intipati kandungan “Etika Berpakaian Menurut Islam”. Islam cukup indah dan cantik sekali sehinggakan adab-adab dalam berpakaian pun diterangkan kepada umatnya, bermula dari hukum harus sehinggalah hukum haram. Maha Adilnya Allah swt kepada hamba-hambaNya.

Pembaca sekalian,



Melihat generasi muda hari ini yang masih lagi kurang faham/keliru berkenaan etika berpakaian yang dibenarkan dalam Islam dan dilarang dalam Islam. Amat malang sekali, mahasiswa yang diwar-warkan merupakan perintis perjuangan kepimpinan Negara masa akan datang menjadi rosak dan hancur akhlaknya disebabkan mereka sanggup memaksa diri untuk berpakaian yang tidak senonoh yang secara tidak langsung pemakaian yang dipakai merupakan tajaan dan agenda daripada Barat. Barat-Yahudi, bertepuk tangan dengan anak-anak melayu pada hari ini disebabkan mereka berjaya memikat hati anak muda untuk memakai pakaian yang melambangkan imej Barat-Yahudi. Saya mengambil contoh jenama yang merupakan jenama yang memuja atau tanda sokongan umat Islam terhadap Israel ialah LEVI’S. Prof Yusuff Al-Qardhawi pernah berkata “Barangsiapa yang membeli barangan tajaan Yahudi-Israel mahupun Barat maka dia telah membeli sebutir peluru untuk digunakan oleh rejim yahudi/barat membunuh umat Islam di Palestin,Iraq, Sudan, Afghnistan dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan membeli barangan itu adalah dari segi makanan dan pakaian. Sanggupkah Kita Membunuh Saudara Kita??? Fikirkan bersama….



Sabda Nabi saw bermaksud;



“Dua golongan manusia yang termasuk ahli neraka dan aku belum pernah melihat sebelumnya iaitu: Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang mereka pukulkan kepada orang-orang dan wanita yang memakai pakaian tapi bertelanjang yang berjalan lengggak-lenggok serta bergoyang-goyang kepalanya seperti kepala unta yang besar. Mereka ini tidak akan masuk syurga serta tidak akan mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum syurga itu dapat tercium dari jarak perjalanan yang jauh”



Hadith di atas memberi ancaman kepada dua golongan tadi. Oleh yang demikian, yang dimaksud berpakaian tapi bertelanjang itu adalah memakai pakaian tidak menutup aurat. ‘Auzubillah Min Zaliq.



Islam telah pun menggariskan beberapa etika berpakaian bagi lelaki dan perempuan. Etika ini memenuhi batas-batas penutupan aurat sebagai seorang muslim , Namun demikian Islam ini cukup mudah sehinggakan golongan Adam mahupun Hawa diberikan kelonggaran dari segi pemakaian, Pakailah apa sekalipun yang penting pakaian itu menutup aurat dan menggambarkan yang kita adalah seorang muslim. Di antara etikanya ialah;



Lelaki



- Pakaian yang digunakan menutup aurat dari sempadan pusat sehingga lutut.

- Pakailah pakaian yang terbaik dan indah mata memandang.

- Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.

Nabi saw bersabda;

“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”

- Memakai jeans yang ketat adalah makruh bagi lelaki.

- Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.

Nabi saw bersabda;

“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”



Perempuan



- Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)

- Pakailah pakaian yang indah dan tidak mencolok mata.

- Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian.

- Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram)

- Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.

Nabi saw bersabda;

“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”

- Dilarang menyerupai pakaian lelaki. Hukumnya Haram.

Nabi saw bersabda;

“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”



- Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian.

Nabi saw bersabda;

“Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina”

Oleh itu setiap muslim dan muslimah haruslah sedar akan adab dan etika berpakaian.Kaum hawa hendaklah tahu akan etika berpakaian kerana kaum hawalah yang di ikat dengan perintah Allah yang lebih berat berbanding kaum hawa supaya menutup aurat dan menjaga adab ketika berhias..

0 comments: