Pages

















Saturday, April 30, 2011

sifat-sifat neraka




Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah s.w.t menyedikan tempat kembali yang amat dahsyat sekali di hari akhirat iaitu dengan siksaan api Neraka. Orang Islam yang melakukan dosa-dosa besar dan berat timbangan dosa-dosanya, tetapi masih ada iman dalam hatinya tetap akan dimasukkan kedalam Neraka. Setelah dibakar beberapa lama dan di siksa kerana perbuatan dan amalannya di dunia akhirnya dia akan dimasukkan kedalam Syurga. Di Neraka adalah tempat membakar dosa-dosanya dan balasan Allah kepada hamba-hamba-Nya semasa di dunia dahulu tidak mahu melaksanakan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. dan menganggap ringan sahaja dosa-dosa itu walaupun sentiasa di beri peringatan.

Berapa lama terpaksa tinggal di Neraka yang dahsyat itu? Mungkin ribuan tahun atau jutaan tahun sedangkan sehari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia.

Abu Hurairah meriwayatkan:
"Ketika Rasulullah berkata:Api dunia kamu adalah satu dari 70 bahagian api Neraka;" lalu seseorang bertanya; "Ya Rasulullah,adakah ia tidak akan mencukupi untuk membakar orang kafir? Maka Rasulullah menjawab, "Api Neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa di dunia, dan kesemuanya adalah sangat panas sebagaimana ia (api dunia). (Hadis Riwayat Bukhari)

KESAN NERAKA PADA DUNIA KINI

Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia ini lagi berdasarkan hadis Rasulullah. Diriwayat oleh Abu Hurairah: Rasulullah bersabda: "Api neraka mengadu kepada Allah dengan berkata;"Hai Tuhanku, bahagian-bahagian padaku memakan di antara satu sama lain."Lalu Allah membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada musim sejuk dan pada musim panas. Inilah sebabnya mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk," (Hadis Riwayat Bukhari)

MAKANAN PENDUDUK NERAKA

Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan ini tidak menyuburkan badan mereka. Firman Allah:

"Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar." (Surah Al Ghasiyah ayat 6-7)

MINUMAN AHLI NERAKA
1. Hamim(air yang mendidih)

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Inilah Neraka Jahannam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.Mereka berkeliling di antaranya dan di antara air yang mendidih yang memuncak panasnya."

2. Ghassaq(nanah dan darah)

Firman Allah MAKSUDNYA : "Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa." (Surah Al Haqqah ayat 35-37)

3. Sadid (air danur- nanah , yang keluar dari tubuh ahli Neraka)

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dihadapan mereka ada Neraka Jahannam, dan ia diberi minum dari air danur (nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka."(Surah Ibrahim ayat 16)

4. Air seperti Tembaga cair

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Dan jika mereka meminta minum,nescaya mereka akan diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih yang menghanguskan muka mereka. Itulah minuman yang paling buruk dan tempat rehat yang paling hina."
(Surah Al Kahfi ayat 29).

PAKAIAN AHLI NERAKA

1. Pakaian dari api

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Inilah dua golongan(Mukmin dan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian dari api Neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka." (Surah Al Hajj ayat 19)

2. Pakaian dari minyak tar

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka diliputi oleh jilatan api neraka." (Surah Ibrahim ayat 50).

BAHAN BAKAR API NERAKA

Bahan bakar Neraka adalah terdiri dari manusia dan jin yang kafir dan engkar kepada Allah, batu-batu termasuk patung berhala.Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang diperintahkanNya." (Surah At Tahrim ayat 6).

PENDUDUK NERAKA

Imran bin Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Aku melihat ke dalam Syurga dan mendapati majoriti penduduknya adalah orang miskin, dan aku melihat ke dalam Neraka, aku mendapati majoriti penduduknya adalah wanita," (Hadis Riwayat Bukhari).
Read more...

Tuesday, April 19, 2011

Bidadari di Syurga Menanti Untuk Orang Bertaqwa.



Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah s.w.t secara jelas menceritakan di dalam al-Qur'an bahawa balasan untuk orang-orang yang bertaqwa adalah balasan Syurga seluas langit dan bumi di hari akhirat nanti. Kenikmatan di dalam Syurga yang banyak di gambarkan di dalam al-Qur'an adalah kecantikan dan keindahan para bidadari. Bidadari yang akan menjadi isteri-isteri orang-orang Mukmin di Syurga nanti.

Al-Qur'an menceritakan sifat-sifat bidadari adalah seperti berikut :

1. "Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik." (Qs. Ash-Shaaffaat [37]: 48-49)
2. "Dan pada sisi mereka (ada bidadari-bidadari) yang tidak liar pandangannya dan sebaya umurnya." (Qs. Shaad [38]: 52)
3. "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 56)
4. "Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 58)
5. "Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 70)
6. "(Bidadari-bidadari) yang jeli, putih bersih, dipingit dalam rumah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 72)
7. "Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 74)
8. "Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah." (Qs. Ar-Rahmaan [55]: 76)
9. "mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli." (Qs. Ath-Thuur [52]: 20)
10. "Dan ada bidadari-bidadari bermata jeli, laksana mutiara yang tersimpan baik." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 22-23)
11. "Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung, dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan, penuh cinta lagi sebaya umurnya." (Qs. Al-Waaqi’ah [56]: 35-37)
12. Gambaran bidadari dalam Hadis Ath-Thabarany menuturkan, dari Ummu Salamah Radhiallahuanha, dia berkata, “Saya berkata,”Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli”.”
Baginda menjawab,”Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”
Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku tentang firman Allah, “˜Laksana mutiara yang tersimpan baik.”(Surah Al-Waqi'ah: 23)
Baginda menjawab,”Kebeningannya seperti kebeningan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”
Saya berkata lagi,”Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, “˜Di dalam Syurga-syurga ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.” (Ar-Rahmaan: 70)
Baginda menjawab,”Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jeli.”
Saya berkata lagi,”Jelaskan padaku firman Allah, “seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (Surah Ash-Shaaffaat: 49)
Baginda menjawab,”Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bagian dalam telur dan terlindung kulit bagian luar, atau yang biasa disebut putih telur.”
Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan padaku firman Allah, “˜Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (Surah Al-Waaqi'ah: 37)
Baginda menjawab,”Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, bergairah, mengasihi dan umurnya sebaya.” ................(hingga akhir hadis).

Sahabat yang dimuliakan,
Nabi s.a.w bersabda maksudnya : "Setiap lelaki yang masuk Syurga akan diberi 72 bidadari; tidak peduli pada umur berapa dia mati, ketika dia masuk Syurga dia akan menjadi seorang berumur 30 tahun dan tidak akan tambah tua. Lelaki di Syurga akan diberi keperkasaan yang sama dengan keperkasaan seratus orang lelaki." (Hadis Riwayat Tirmizi)

Firman Allah s.w.t maksudnya : "Sungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada dalam Syurga dan kenikmatan, mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab Neraka. (Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang telah kamu kerjakan", mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli."
(Surah ar-Rahman ayat 70-77)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : "Allah s.w.t. telah menciptakan wajah-wajah bidadari terdiri dari 4 warna; putih, hijau, kuning dan merah. Dan tubuhnya diciptakan dari za'faran, misik dan kafur. Dan rambutnya diciptakan dari cengkeh. Bahagian tubuhnya mulai dari kaki sampai lutut tercipta dari za'faran. Dari lutut sampai buah dada tercipta dari anbar. Dari leher sampai kepala tercipta dari kafur. Andaikata meludah ke dunia, maka ludahnya akan menjelma menjadi misik. Pada setiap dadanya tertulis nama suaminya dan nama dari nama-nama Allah s.w.t.. Pada setiap tangannya mengenakan 10 gelang dari emas, memakai cincin sebanyak 10 pada jari-jarinya, memakai 10 perhiasan gelang kaki dari mutiara dan permata."

"Sekurang-kurangnya penduduk syurga itu memiliki 80,000 pelayan dan dikahwinkan dengan 72 isteri (bidadari). Mereka diberi kekuatan 100 orang ketika makan, minum dan senggama. Dicipta bidadari secara langsung oleh Allah s.w.t. dan bukan melalui proses kelahiran. Kejelitaan digambarkan seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. Yang sentiasa dara lagi sebaya umurnya, cantik, manja, rindu dan amat mencintai suaminya. Yang suci dari sebarang kotoran, haid, nifas, kencing dan air mani. Sopan menundukkan pandangan, tidak pernah disentuh oleh mana-mana jin atau manusia sebelum mereka."

"Sangat putih kulitnya. Bermata jeli, anak mata hitam pekat bagaikan mata bayi yang baru dilahirkan, bahkan lebih jernih dan lebih becahaya. Lebar matanya disertai bulu mata bagaikan sayap burung yang sedang terbang. Mempunyai betis yang tembus, yang sangat indah mata melihat sehingga boleh terlihat sumsum betis dari belakang dagingnya. Mempunyai kelembutan seperti lembutnya selaput telur di dalam telur yang melekat di kulit luar. Dikurniakan Allah s.w.t. cahaya pada wajah seperti bulan purnama. Cahaya serta bau harum semerbak pada tubuh mereka dapat memenuhi dunia antara langit dan bumi. Sedangkan tutup kepala bidadari itu lebih baik dari dunia dan seisinya."
Sahabat yang dikasihi,
Kisah mengenai kecantikan bidadari yang diceritakan Allah s.w.t dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w. adalah sebagai motivasi kepada orang-orang Mukmin supaya merasai dan menganggap hidup di dunia ini adalah sementara saja dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi dan kenikmatan sebenarnya adalah disana bukan di dunia ini.
Jauhilah segala maksiat dan kemungkaran kerana nikmat di dunia ini adalah menipu dan tidak kekal lama. Mereka yang terpesona dengan nikmat di dunia dan sanggup melakukan kemungkaran akan menderita di hari akhirat nanti yang di sediakan azab oleh Allah s.w.t.

Setiap orang Mukmin yang sentiasa berjihad dan berjuang di jalan Allah dengan ikhlas untuk mencari keredhaan-Nya maka 72 orang bidadari sedang menantinya disana, dan mereka tidak sabar-sabar menanti kedatangan suami-suami mereka yang masih berada didunia lagi.

Bidadari-bidadari yang berada di Syurga marah kepada isteri orang Mukmin di dunia yang menyakiti hati bakal suami-suami mereka kerana isteri yang di dunia ini adalah sementara saja sedangkan bidadari-bidadari yang di Syurga adalah isteri-isteri yang kekal abadi untuk orang-orang Mukmin. Isteri yang solehah pula akan menjadi ketua bidadari di Syurga nanti dan kecantikannya akan dapat mengatasi kecantikan bidadari.

Terdapat satu kisah mengenai bidadari menanti untuk menjadi isteri orang yang bertaqwa.

Pada suatu musim haji Abu Sulaiman Ad Darany pergi ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan berziarah ke makam Rasulullah s.a.w di Madinah.Di tengah perjalanan,dia berjumpa dengan seorang pemuda yang bagus dan pakaiannya kemas.Pemuda tersebut memberi salam dan dijawab oleh Abu Sulaiman dan teman-temannya.
"Dari mana anda ?" tanya Abu Sulaiman
"Saya dari Iraq" jawabnya
"Bolehkah saya pergi bersama rombongan tuan ?"
"Boleh."
Maka pemuda itu pun bergabung dengan Abu Sulaiman yang sama-sama ingin menuju ke Makkah.sepanjang perjalan pemuda tersebut sentiasa membaca Al Qur'an dan bila berhenti istirehat pula terus mengerjakan solat.Pada waktu siang dia berpuasa dan waktu malam diisinya dengan solat, zikir dan munajat kepada Allah.
Di kala orang lain sedang rehat atau tidur dia terus beribadah tidak berhenti-henti. Begitulah kebiasan pemuda itu yang dikerjakannya sampai ke Makkah.Dia kelihatan tidak letih atau malas bahkan dari hari ke hari semakin rajin dan giat sehingga orang yang melihatnya merasa kagum.
Setelah beberapa hari berjalan sampailah Abu Sulaiman ke tanah suci Makkah dan masing-masing sebuk dengan urusan mereka.begitu juga dengan pemuda salih itu akan berpisah dengan Abu Sulaiman.namun sebelum berpisah Abu Sulaiman ingin bertanya kepadanya mengenai kerajinnannya.
"Wahai anakku,aku lihat engkau begitu giat melakukan ibadah tidak kenal letih.Apakah yang mendorong engkau berbuat demelian ?" tanya Abu Sulaiman
"Wahai Abu Sulaiman jangan mencaci aku dalam perkara ini.Sesungguhnya aku telah bermimpi di dalam tidurku aku melihat bangunan-bangunan Syurga yang diperbuat dari batu bata emas dan perak aku lihat pula di dalam istana itu bidadari-bidadari yang sangat cantik tidak pernah aku lihat wajah secantik itu sebelumnya.
Salah seseorang di antara mereka tersenyum kepada ku dan berkata :"Wahai pemuda ! Bersungguh-sungguhlah engkau kerana Allah dalam meminangku.Aku berharap agar aku akan menjadi milikmu dan engkau menjadi milikku."

Setelah itu aku pun terjaga.
Demikianlah si pemuda menceritakan mimpinya yang sangat menarik.dan mimpi itu pulalah yang membuatnya begitu bersungguh-sungguh tidak kenal letih dalam beribadat kepada Allah.Kerana barang siapa yang bersungguh-sungguh dia akan dapat.
Setelah mendengar kisah tersebut Abu Sulaiman menjadi tertarik dan memintanya agar mendo'akan untuk dirinya. Kemudian dia pun pergi.

Sahabatku,
Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal. Di tempat yang tiada amal itu adalah balasan Syurga yang sungguh nikmat tidak boleh dibayangkan dengan fikiran dan tidak pernah dilihat dengan mata dan tidak pernah didengar dengan telinga. Para bidadari bermata jeli menanti kalian di sana insya Allah!

Perkongsian dari blogger
Read more...

Thursday, April 14, 2011

Wanita Menangis




Assalamualaikum w.b dan selamat pagi,selamat petang,selamat malam kepada pembaca malaysia,indonesia dan brunai yg membaca pda waktu yg sama dengan'y..terima kasih lah yee kpda sesiapa yg x jemu2 bkak blog saya bagi berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama..
Pada kali ni saya ingin berkongsi tentang kenapa wanita mudah menangis.Bagi pembca perempuan yg sedang baca,jngn marah noo..klau btl dh ciwek,ngaku je ok,hee..Ok,tangisan yg berlaku dikalangan wanita ada beberapa tangisan yg b'kualiti,cntoh'y tangisan yg berlaku ketika bertaubat,semasa bermunajat kepada Allah,ketika mengenang pengorbanan rasul,ketika kita tanda syukur,kita redha pon menunjukkan tangisan air mata itu berkualiti,mksud berkualiti itu bkan'y air mata tu diiktiraf,bkan'y air mata tu mhal tetapi air mata yg mengalir kerana Allah dan kerana ingin mendapat keberkatan Allah.

Pembaca msti perasan klau tengok kaum wanita ni senang sngt menangis,dlm hal2 kecil pon nak menangis,tpi ingat..tangisan wanita ni klau dikelurkan dpt m'ngeluarkan kimia2 negatif dlm badan,dan dpt cuci mata..lain klau kaum laki,cuci mata dengan tengok prempuan,tpi2..xsemua lelaki mcm 2..hee..Antara punca yg m'nyebabkan wanita mudah nangis,pertama'y kerana rasa stress,teruja,fed up..bila dh nangis selepas beberapa jam mesti emosi'y stabil,klau x caye tnye diri sndiri atau org lain..punca wanita menangis kdng kerana ugutan emosi,dye nangis untuk mengugut..contoh,si isteri menangis depan suami sbb nak brng kemas,bju cntik2,mhal..si suami msti xsmpai aty nak tngk isteri'y menangis,tpi klau mntak brang kemas 1,2 xpe..klau nak pkai brng kmas smpai ke siku xke kosong poket suami,hee..wanita yg dh bersuami,di ingatkan kurang kn lah menangis ye klau nak m'ugut..
Selain itu wanita yg jnis sentiasa hiba pon mudah nangis,cntoh'y dye gaduh ngan kwn,bkan slah dye tapi slah org lain pon nak nangis,kire ciwek lah pmpuan ni kn..jngn mrh ok..hee..wanita yg b'jiwa seni juga slah satu punca dimana mreka senang menangis dlm beberapa perkara,haa cpt2 lah sape yg nak jadi org seni tkar cita2 ye,nnti d'panggil ciwek..hee grau saja..selain itu wanita juga sering menagis ble lelaki ckp dengan nada suara yg tinggi,contoh'y si suami ckp2,suara'y kuat,si isteri plak yg tbe2 nangis,pdahal suami 2 xmrh..ni kerana wanita ni lmbut hati'y..bagi suami yg tinggi suara'y,ble ckp dngn isteri ckp lah plahan2..xpon ckp dengan memegang tngan isteri dekat2..xkan lah dkat2 pon nak ckp kuat2 kn,ckp dengan b'bisik kre ok..dpt tmbh kasih syg..kn2..

Tapi yg untung'y,org yg menagis ni dpt faedah,cntoh'y dia dpt cuci mata,dpt hadiah ble d'pujuk..nak kne bagi coklat baru lah nak benti kot.Ingat perempuan menangis dunia pon b'henti sbentar,bak pepatah org putih.."the world stop for a moment,because a women cry",mana tidak'y..ble perempuan menangis,semua kelam kabut,si laki xtawu nak buat ape..cnth'y cikgu perempuan menagis msti 1 kelas stop,xtawu nak buat ape,yg plajar lelaki'y m'nyampah cikgu pmpuan'y mengis,merungut menagis lagi mak cik ni,yg pljar pmpuan plak bkan merungut,tapi ikut nangis..sibuk amik tawu,xke stop kelas 2,x blajar..

Bagi wanita yg nak kurangkan menangis,cbe amalkan b'senyum dalam semua situasi,xkira lah sedih ke atau gembira,slain itu bnyk2 lah b'doa mohon supaya kuatkan hati ni tbah menerima semua dugaan bia x mudah menangis..dan redha akan setiap p'kara,ble kita redha hati kita tenang,nnti xlah mudah m'nangis..

Smpai sini jelah p'kongsian saya,hrap semua yg m'baca dpt sedikit sebanyak peroleh ilmu,wassalam..
Read more...

Wednesday, April 13, 2011

Perwatakan Diri




Assalamualaikum w.b..

Perwatakan merupakan sesuatu yg menjadi simbol,atau gaya diri sendiri yg berlaku secara semula jadi.Ada manusia yg perwatakan'y lembut,kasar,ganas,dan jenis yg selamba serta sempoi.Dalam islam,perwatakan dipanggil akhlak yg mana setiap org muslim harus berakhlak mulia seperti yg telah ditunjuk nabi Muhammad.Bagi yg perwatakan'y adalah seorang yg bijak,pandai,haruslah berbakti kepada masyarakat atau kepada insan yg memerlukan.Bagi yg perwatakan'y kurang memuaskan,jangan terasa rendah diri mahupun menghina diri sendiri,tetapi dia seharusnya berusaha untuk memperbaiki diri serta mencontohi akhlak yg baik..Kita boleh mengetahui perwatakan seseorang itu berdasarkan luarannya.COntohnya,berdasarkan kajian yg telah dilakukan,mereka berpendapat orang yg kening'y tebal,dia berwatakkan seorang yg penyayang serta pndai menunujukkan rasa syg tersebut.Bagi yg kening'y nipis dye seorang yg penyayang tetapi tidak pndai meluahkan atau menunjukkan rasa syg tersebut.Kajian menunjukkan juga org yg b'mata bulat seperti nabi muhammad dia seorang yg penyayang dan pndai menunjukkan perasaan tersebut berbanding org yg bermata sepet.Selain itu,kajian yg lain juga menunjukkan lelaki yg b'dahi luas ni adalah seorang yg penyayang,pandai dan sentiasa berfikir berbanding lelaki yg tidak b'dahi luas.Jadi wanita bujang di luar sana,kalau nak kawin carilah laki yg berdahi luas ye..eh,tapi kesian pulak lelaki yg tak berdahi luas,tak kahwin lah mereka nanti..hehe,gurau..ingat,ni sekadar kajian yg telah dilakukan..jngn terlalu percaya ok..tak semua org yg b'dahi luas ni pndai jgak..

Oleh itu,untuk memperbaiki perwatakan diri,kita harus sentiasa berusaha,contohnya pilihlah rakan yg baik akhlak'y,pandai,bagi yg ingin m'cari pasangan,carilah yg baik akhlak'y..jngan cari berdasarkan fizikal,harta..jangan..dan cuba m'jauhi dari melakukan sesuatu luar dari syariat Allah.Cuba memohon kepada Allah supaya kita dpt menjadikan diri kepada arah yg lbh baik..InsyaAllah..


Ya Allah Ya Tuhanku..Hambamu memohon kepadaMu Ya Allah..janganlah jadikan aku hambamu yg sering melupakanMu,jadikanlah kami sebagai hambaMu yg sentiasa bertaqwa kepadaMu..Ya Allah Ya Tuhanku..aku memohon kepadaMu,berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepada ku supaya aku dpt memperbaiki akhlak ku untuk m'jadi hambaMu yg baik..bimbinglah aku Ya Allah..aku memohon kepada Mu Ya Allah..aminn..
Read more...

Wednesday, April 6, 2011

Rabiatul Adawiyyah





Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.

“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”

Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

“Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan.”

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita.

Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah. Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Perkongsian blogger
Read more...

Monday, April 4, 2011

Dosa






Dosa...setiap muslim pasti tahu akan erti dosa.Dosa pasti akan kita lakukan jika kita lupa pada Allah,kita alpa dengan nikmat dunia,kita gagal melawan hawa nafsu,kita kurang dekatkan diri pada-Nya.Mungkin kita sedar akan dosa-dosa yg telah kita lakukan,tetapi kita tetap mengulangi melakukan perkara yg menambahkan lagi dosa kita.Kerana dosa,kita jauh dari rahmat Allah,kerana dosa,kita hilang panduan hidup,kerana dosa,kita juga akan dicampakkan kedalam neraka.

Tetapi jangan kita lupa bahawa,Allah itu Maha Pemurah,Penyayang,Pemaaf.Janganlah kita berputus asa memohon keampunan dari-Nya.Kita harus yakin dosa kita akan diampunkan.Jangan kita terasa malu,terasa dosa kita tidak akan diampunkan.Kita seharusnya segera beristighfar kepada Allah sekira-Nya kita telah melakukan dosa.Segeralah beristighfar tanda kita takut akan azab Allah,kita takut hilang rahmat Allah,kita takut hilang hidayah Allah,segeralah beristighfar jika telah melakukan kesalahan,kerana istighfar itu sebagai tanda memohon kemaafan daripada Allah.

Untuk mengelakkan daripada melakukan dosa memang susah,memang payah dan pasti secara kita secara tidak sengaja akan melakukan dosa.Dizaman moden kini,kaum hawa dan adam pasti tidak terlepas dari mendapat dosa,contohnya melihat orang yang mendedahkan aurat yang mana sudah seperti trend dikalangan orang muda muslim.Selain itu,ketika melayari laman web juga,kadang-kala secara tiba-tiba keluar page yang tidak elok,keluar gambar yang tidak elok,dan kerana perkara ini jugalah yg membuat kita gagal melawan nafsu,lupa akan dosa.Oleh itu, kita harus sentiasa mendekatkan diri kepada Allah,segera beristighfar,dan cuba melawan nafsu kita.Janganlah kita ketika sedang melakukan dosa,masih terus melakukan dosa tetapi haruslah segera berhenti.Jika kita mengulangi'y semula cepat-cepatlah kita beristighfar.InsyaAllah dosa kita akan dihapuskan..

Ya Allah Ya tuhanku,ampunkanlah dosa2 ku yg lepas,dan ampunkanlah dosa2 ku yang akan datang,sesungguh-nya Engkaulah tuhan yang Maha Pengampun.Aku sedar aku ini hambamu yang hina,hambamu yg sering melakukan dosa,hambamu yang lupa padaMu,hambaMu yg tidak layak menerima rahmatMu,tetapi Aku tahu,Engkaulah tuhan Maha Pengasih,Engkaulah Tuhan yang Maha Penyayang,Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun,Ampunkanlah dosa-dosa Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosaku..ku merayu padaMu Ya Allah...ku memohon kepadaMu..Ampunkalah dosa2ku..Amiinn...
Read more...