Pages

















Monday, January 31, 2011

doa-doa amalan



1-DOA KETIKA ANGIN TIUB

Ya Allah! Aku minta kepadaMu baiknya angin dan apa yang ada padanya dan kebaikan apa yang diutuskan dengannya, aku berlindung kepadaMu dari kejahatan angin dan kejahatan apa yang dibawa dengannya. Ya Allah! jadikanlah angin ini rahmat bagi kami dan janganlah dijadikan angin ini menyeksakan.

2-DOA KETIKA MENDENGAR PETIR



Ya Allah! Janganlah Engkau membunuh kami dengan kemurkaanMu dan janganlah Engkau merosakkan kami dengan seksaanMu dan sihatkanlah kami seperti sebelum ini.

3-DOA MEMOHON AMPUN

Ya Allah! Ampunilah dosaku, kesalahanku, kebodohanku segala sesuatu yang melampaui batas dan segala yang Engkau lebih mengetahui dariku

4-DOA KETIKA KESENANGAN

Puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya menjadi sempurna kebaikan.

5-DOA SELEPAS BERWUDUK


Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu baginya, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah! Jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersuci dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang soleh

0 comments: