Pages

















Wednesday, September 28, 2011

Kenapa Umat Islam Menolak Hukum Hudud?

Hari ini akhbar arus perdana sibuk membicarakan hukum hudud. Ada yang mengatakan hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan dalam negara perlu lihat persekitarannya terlebih dahulu. Ada yang berkata, "Pendirian saya tetap sama yang hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini (Malaysia) kerana masyarakat majmuk berbilang kaum dan banyak pihak yang masih kurang jelas dengan perkara ini." Sebagai seorang muslim, seseorang itu perlu berhati-hati dalam ucapan dan kata-katanya kerana jika tersilap kata boleh menyebabkan rosak akidah dan keimanannya kepada Allah SWT dan rukun Iman yang enam. Salah satu daripada rukun iman adalah percaya kepada Kitab (Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran). Percaya dan beriman kepada kitab (al-Quran) bukanlah setakat dakwaan bahawa al-Quran itu kitab yang mulia dan diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW melalui malaikat Jibril, tetapi apabila kita beriman dan percaya kepada al-Quran adalah kita yakin sebenar-benarnya tanpa keraguan apa yang terkandung di dalam kitab suci al-Quran nul karim. Di dalam al-Quran jelas terdapat hukum-hukum Allah SWT iaitu hukum hudud, qisas dan diyat dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia samaada muamalah, munakahat, politik, ekonomi, akidah, ibadah, sains , sejarah dan sebagainya. Penafian terhadap sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran sudah cukup untuk mengeluarkan seseorang daripada keimanan. Firman Allah Subhanahu Wa Taala: إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيُرِيدُونَ أَنْ يُفَرِّقُوا بَيْنَ اللَّهِ وَرُسُلِهِ وَيَقُولُونَ أُولَئِكَ هُمُ. نُؤْمِنُ بِبَعْضٍ وَنَكْفُرُ بِبَعْضٍ وَيُرِيدُونَ أَنْ يَتَّخِذُوا بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلًا الْكَافِرُونَ حَقًّا وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ عَذَابًا مُهِينًا “Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan bermaksud membeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan Rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: “Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kufur terhadap sebahagian (yang lain)”, serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan.” (Surah al-Nisa’ ayat 150-151) Allah Subhanahu Wa Taala juga berfirman: أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ “Adakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Maka tidak ada balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Allah tidak alpa daripada apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Baqarah ayat 85). Walaupun ayat ini menceritakan tentang orang Yahudi yang tidak beriman sepenuhnya terhadap kitab Taurat, tetapi ayat ini juga ditujukan kepada mereka yang mengambil sebahagian daripada al-Quran dan menafikan sebahagian daripada isi kandungan al-Quran. Ibnu Abbas menyatakan: . وَمَنْ أَقَرَّ بَهَ وَلَمْ يَحْكُمْ، فَهُوَ ظَالِمٌ فَاسِقٌ . مَنْ جَحَدَ مَا أَنْزَلَ اللهُ فَقَدْ كَفَرَ “Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (keberadaan hukum) namun tidak berhukum dengannya, maka dia adalah zalim, fasik”. Firman Allah subhanahu wa taala: يَعْمَلُونَ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَلِقَاءِ الْآَخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلَّا مَا كَانُوا “Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan (mendustakan) adanya pertemuan akhirat, sia-sialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain daripada apa yang telah mereka kerjakan”. (Surah al-A’raf ayat 147) Betapa besarnya ancaman tersebut, maka siapakah lagi yang masih berani untuk menafikan hukum hudud dan hukum hakam yang terdapat di dalam al-Quran.? Persoalan besar yang dihadapi umat Islam hari ini adalah "KRISIS AKIDAH". Akidah umat Islam terlalu rapuh dan mudah dirosakkan oleh isu-isu semasa yang tidak sepatutnya berlaku. Seseorang boleh tercabut akidahnya kerana hendak mengambil hati orang-orang bukan Islam, untuk memuaskah hati manusia dan mencari keredaan manusia walaupun terpaksa menolak keredaan Allah SWT. Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Bersegeralah kalian untuk berbuat amal soleh, kerana akan muncul berbagai fitnah seperti penggalan-penggalan malam yang gelap-gulita, ada orang yang paginya beriman, petangnya kafir. Ada yang petangnya beriman, paginya kafir. Ia jual agamanya dengan barang perhiasan dunia." (Hadis Riwayat Muslim) Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu reda terhadapnya sehingga keredaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah (Hadis riwayat Tabrani) Huraian Hadis 1. Keredhaan Allah dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Asas keredaan itu ialah berdasarkan kepada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Allah walaupun ianya bertentangan dengan kemahuan manusia. 2. Kemurkaan Allah bergantung kepada amalan buruk dan percakapan manusia. Kemurkaan Allah adalah hasil daripada perbuatan dan percakapan manusia yang melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Contohnya apabila mereka menolak hukum hudud dan mengatakan ketingalan zaman akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Mereka yang berkelakuan sedemikian tidak mendapat petunjuk dan hidayah serta akan mendapat balasan buruk di dunia atau akhirat. 3. Allah memberi sebab menentukan keredaan-Nya dan kemurkaan-Nya, bermaksud Allah memperkenankan usaha-usaha yang dibuat bagi tujuan mencapai apa yang dikehendaki oleh seseorang sama ada keredaan atau kemurkaan daripada Allah dan rasul-Nya atau kebencian dan keredaan manusia. (orang kafir akan seronok kerana jaminan kita menolak hukum Allah SWT dan akan bersama-sama mereka mempertahankan peraturan ciptaan manusia) 4. Dihiasi dirinya, perkataannya dan perbuatannya bererti Allah memberi petunjuk dan taufik kepada sesiapa yang diredhai hinggalah perkataan dan perbuatan yang dilakukan semuanya elok, cantik lagi indah mengikut pandangan manusia dan pandangan Allah. 5. Keredaan Allah dan rasulnya itulah sahaja yang boleh menentukan kedudukan seseorang mukmin, yang menangkat atau menjatuhkan darjat mereka, menghina atau memuliakannya. Makhluk Allah itu termasuk manusia adalah makhluk yang lemah dan sentiasa memerlukan perlindungan Allah lantaran itu tidak wajar seseorang mukmin itu menentang hukum Allah SWT. 6. Oleh kerana kelemahan manusia yang sering terpedaya dengan keindahan dunia , pengaruh, kuasa dan pangkat kedudukan maka terdapat dikalangan mereka yang suka mencari peluang mendapatkan kuasa, pengaruh, pangkat, harta sebagainya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah. Sedang Allah dan rasul-Nya itulah yang mesti dibesarkan dan dimuliakan serta diharap keredaan-Nya. Maksud firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 62; "Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mendapat keredaan kamu, pada hal Allah dan rasul-Nya jualah yang lebih berhak mereka mendapat keredaannya, jika betul mereka orang yang beriman" 7. Sikap dan perbuatan mengutamakan makhluk itu banyak berlaku dihadapan mata kita sehingga ada yang sanggup melakukan kerosakan, menganiaya, penindasan dan kekerasan semata-mata untuk mendapatkan kepuasan nafsu dan keredaan makhluk. Sanggup mengampu, bermuka-muka, berpura-pura dan sebagainya asalkan mendapat apa yang dihajatkan biar apa pun yang berlaku kepada orang lain. Pengajaran hadis : 1. Tanda kesempurnaan Iman ialah sanggup melakukan sesuatu sesuai dengan keredaan Allah dengan mengikut pengajaran al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah SAW, sekalipun tidak disukai oleh orang lain. 2. Sesiapa yang berusaha mendapatkan keradaan Allah maka Allah akan menolong dan memeliharanya serta mendapat perhatian-Nya. Akan tetapi sesiapa yang mengharapkan keredaan makhluk dengan membuat perkara-perkara yang di murkai Allah. Maka Allah tidak akan memberinya pertunjuk dan hidayah, tidak akan selamat di dunia dan di akhirat. 3. Kita hendaklah sentiasa mengharapkan pertunjuk Allah bagi memperkuatkan iman dan keyakinan yang akan menjadi kuasa pendorong kepada kebajikan dan menghalang daripada melakukan kerosakan dan kejahatan. Kesimpulannya seseorang mukmin hendaklah sentiasa berusaha mencari keredaan Allah dan rasulnya lebih daripada yang lain kerana itulah sahaja yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Read more...

Friday, September 16, 2011

Hadis Tanda Akhir Zaman - Umat Islam Mengikuti Langkah-langkah Yahudi dan Nasrani

Sahabat yang dirahmati Allah, Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang tuan maksudkan?” Nabi S.A.W. menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka". (Hadis Riwayat Muslim) Keterangannya : Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun "cara hidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka. Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah S.A.W. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “cara hidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
Read more...