Pages

















Friday, July 25, 2014

Aku Lebih Baik!!



Aku melangkah dan berjalan melihat dunia. Tatkala ku perhatikan dunia,aku juga terlihat manusia yang berbagai ragamnya. Ada yang baik akhlaknya,tetapi ada juga yang sebaliknya. Tidak ketinggalan juga,ada yang berakhlak baik secara “Olok-Olok”. Rentetan daripada itu,aku terfikir akan suatu persoalan. Persoalan yang dapat menyelamatkan kita. Persoalan yang dapat mengukur tinggi mana dosa kita. Persoalan yang dapat timbang berat dosa kita.

Persoalan itu ialah, “Sebab apa aku buat baik”. Contoh mudah,”sebab apa aku solat,sebab apa aku baca quran,sebab apa aku join program rohaniah”. Inilah antara persoalan yang perlu kita timbulkan. Aku takut,takut aku tidak memikirkan akan persoalan ini,aku menjadi hamba Allah yang beraggapan “Aku Lebih Baik”, “Aku Alim”. Hati-hati,tatkala engkau berfikir seperti ini,engkau harus fikir neraka mana yang akan engkau duduki.

Aku ingin berkongsi sedikit cerita daripada beberapa riwayat. Antaranya, cerita antara seorang hamba dengan Allah,dimana Allah berkata kepada hamba-Nya yang beribadah “engkau pendusta”. Kenapa Allah berkata demikian? Sebab hamba Allah itu mendirikan solat supaya orang berkata “aku alim”,sebab hamba Allah itu membaca Al-Quran supaya orang berkata “aku qari al-quran”. Nah!!,engkau dah boleh hitung berapa berat dosa engkau,tapi apa yang perlu engkau takuti,neraka mana yang akan jadi MAHLIGAI engkau. Neraka yang akan jadi tempat untuk engkau berehat,tempat engkau makan dan minum.

Cuba tanya pada diri,pernah atau tidak kita fikir sedemikian. Selain itu, jangan lupa supaya engkau sentiasa bersifat rendah diri. Engkau jangan pernah bangga dengan kebaikan yang ada. Engkau jangan pernah mencaci dan menghina orang kerana engkau rasa engkau baik. Aku teringat akan kata-kata Saidina Umar, “siapa yang berkata dirinya itu beriman,dia itulah yang kafir,siapa yang berkata dia itu alim(pandai) dia itulah yang jahil,siapa yang berkata dia akan masuk syurga,dia itulah yang akan masuk neraka”. Nampak macam kena batang hidung bukan? Jangan lupa untuk kita terus beristighfar kerana ia menghapuskan kesalahan.

Hidup ini sentiasa ada ujian. Mahupun ujian keatas orang yang alim atau tidak. Sifat “aku lebih baik” juga berlaku pada orang yang berasa dirinya faqih tentang agama.Jangan engkau ingat bahawa orang yang faqih tentang agama dia tidak akan diuji. Dalam Kitab karangan Ibnu Hajar Al-Asqalani,ada megatakan bahawa orang yang faqih agama akan diuji dengan perasaan riak atau menunjuk-menunjuk. Pernah rasa diri kita faqih tentang agama?Pernah fikir “aku pelajar agama,boleh bagi ceramah dan berdebat”, “aku tahu baca quran,boleh jadi Qori”?. Nah!!,lagi sekali engkau bongkak dan riak.


Aku tidak mahu berbicara panjang lebar,jom kita fikirkan. Selongkar dan fahami apa yang aku cuba kongsikan.
Read more...

Sunday, June 15, 2014

Pengemis Bahagia


Pengemis,secara literalnya bermaksud “peminta”. Peminta yang sangat hina pada mata manusia,jijik apabila dilihat,rasa keji apabila diminta sesuatu dari dia. Tiada seorang pun dari kita yang mahu jadi pengemis,bahkan kita lebih suka menjauhkan diri dari mereka. Sebab? Sebab kita merasa jijik pada mereka,menyampah pada mereka,bahkan kedekut pada mereka.

TAPI, jangan lupa ada pengemis yang bahagia,bahkan pengemis yang mulia. Siapa orangnya? Mudah sahaja jawapannya,mereka adalah orang yang mengemis meminta-minta dari Tuhan sekalian alam, Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Pemberi,iaitu kekasih kita,Allah. Kita inilah pengemis yang bahagia,kenapa? Sebab Allah sentiasa mendengar,bahkan SUKA mendengar hamba-Nya meminta. Kalau kita datang dalam keadaan berjalan,Allah akan datang dalam keadaan berlari pada kita. Kenapa? Sebab Dia lah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Alangkahnya bahagia kita menjadi pengemis seperti ini,tidak sombong meminta tatkala susah mahupun senang. Mohonlah apa sahaja, pasti akan didengariNya. Tetapi jangan lupa, ikhlas sangat diperlukan. Ikhlas ini umpama booster supaya doa kita laju dan cepat sampai,cepat dimakbulkan. Kalau kita ada package booster untuk plan internet,doa pun ada package-package yang disediakan. 

Contoh, waktu mustajab berdoa,tempat mustajab berdoa, dan bermacam-macam lagi. Allah,kalau kita bersedia dengan package yang ada,alangkah bahagianya kita,ye,sangat bahagia kerana kitalah “PENGEMIS YANG BAHAGIA”.
Jadilah Pengemis Bahagia dengan meminta dari-Nya.


“Jangan sombong untuk meminta dan memohon keampunan, sehingga Allah tinggalkan kita dan pergi mencari hamba-Nya yang ingin mencari keampunan dari-Nya” (Mafhum sebuah hadis)
Read more...

Friday, June 13, 2014

Bisiklah Pada hati “Bersabarlah!”



Hidup sebagai manusia tidak akan terlepas dari dugaan dan ujian. Mesin pun adakala  mengalami masalah seperti rosak dan perlu dibaiki, apetah lagi kita sebagai manusia. “Bersabarlah!!”.

Adakala apa yang kita mahukan, tidak tercapai. Maaf,bukan tidak tercapai,tetapi ditangguh Allah untuk suatu masa akan datang,kalau bukan disini,mungkin di akhirat sana. Tak mengapa,teruskan “Bersabar”
Adakala, kita diuji dengan masalah kesihatan,lepas satu,satu lagi pula yang datang. Tak habis-habis penyakit menimpa. Tak mengapa,teruskan bersabar wahai hati. Sudahkah engkau lupa janji Allah,setiap ujian terselit Hikmah. PASTI ada hikmah itu,engkau kena cari dan selongkar sendiri.

Sepertimana kata-kata Saidina Urwah bin al-Zubair RA saat menghadapi sakit  dan kematian anak lelakinya: ”Ya Allah, di atas kesedihan ini hamba memuji-Mu, Engkau telah memberiku tujuh orang anak, lalu Engkau mengambilnya satu. Aku tidak menyesal, bukankah Engkau tinggalkan untukku enam orang lagi? Kaki dan tanganku semuanya empat dan Engkau hanya ambil satu saja daripada mereka. Bukankah ada tiga lagi yang sepatutnya aku syukuri? Kalau Engkau yang mengambil maka Engkau juga yang memberi.”

Rasulullah juga bersabda “Perumpamaan orang beriman yang ditimpa ujian bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilang karatnya dan tinggal yang baiknya saja.”.
Teruskan bersabar duhai hati. Janji Allah pasti tiba. Nikmat Allah pasti dirasa. Rahmat Allah pasti terbuka.
Teruskan bersabar.

"Tidaklah ada suatu musibah menimpa orang muslim melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya, sehingga walaupun hanya duri yang menusuknya" (Riwayat Imam Al-Bukhari)


Read more...