Pages

















Friday, July 25, 2014

Aku Lebih Baik!!



Aku melangkah dan berjalan melihat dunia. Tatkala ku perhatikan dunia,aku juga terlihat manusia yang berbagai ragamnya. Ada yang baik akhlaknya,tetapi ada juga yang sebaliknya. Tidak ketinggalan juga,ada yang berakhlak baik secara “Olok-Olok”. Rentetan daripada itu,aku terfikir akan suatu persoalan. Persoalan yang dapat menyelamatkan kita. Persoalan yang dapat mengukur tinggi mana dosa kita. Persoalan yang dapat timbang berat dosa kita.

Persoalan itu ialah, “Sebab apa aku buat baik”. Contoh mudah,”sebab apa aku solat,sebab apa aku baca quran,sebab apa aku join program rohaniah”. Inilah antara persoalan yang perlu kita timbulkan. Aku takut,takut aku tidak memikirkan akan persoalan ini,aku menjadi hamba Allah yang beraggapan “Aku Lebih Baik”, “Aku Alim”. Hati-hati,tatkala engkau berfikir seperti ini,engkau harus fikir neraka mana yang akan engkau duduki.

Aku ingin berkongsi sedikit cerita daripada beberapa riwayat. Antaranya, cerita antara seorang hamba dengan Allah,dimana Allah berkata kepada hamba-Nya yang beribadah “engkau pendusta”. Kenapa Allah berkata demikian? Sebab hamba Allah itu mendirikan solat supaya orang berkata “aku alim”,sebab hamba Allah itu membaca Al-Quran supaya orang berkata “aku qari al-quran”. Nah!!,engkau dah boleh hitung berapa berat dosa engkau,tapi apa yang perlu engkau takuti,neraka mana yang akan jadi MAHLIGAI engkau. Neraka yang akan jadi tempat untuk engkau berehat,tempat engkau makan dan minum.

Cuba tanya pada diri,pernah atau tidak kita fikir sedemikian. Selain itu, jangan lupa supaya engkau sentiasa bersifat rendah diri. Engkau jangan pernah bangga dengan kebaikan yang ada. Engkau jangan pernah mencaci dan menghina orang kerana engkau rasa engkau baik. Aku teringat akan kata-kata Saidina Umar, “siapa yang berkata dirinya itu beriman,dia itulah yang kafir,siapa yang berkata dia itu alim(pandai) dia itulah yang jahil,siapa yang berkata dia akan masuk syurga,dia itulah yang akan masuk neraka”. Nampak macam kena batang hidung bukan? Jangan lupa untuk kita terus beristighfar kerana ia menghapuskan kesalahan.

Hidup ini sentiasa ada ujian. Mahupun ujian keatas orang yang alim atau tidak. Sifat “aku lebih baik” juga berlaku pada orang yang berasa dirinya faqih tentang agama.Jangan engkau ingat bahawa orang yang faqih tentang agama dia tidak akan diuji. Dalam Kitab karangan Ibnu Hajar Al-Asqalani,ada megatakan bahawa orang yang faqih agama akan diuji dengan perasaan riak atau menunjuk-menunjuk. Pernah rasa diri kita faqih tentang agama?Pernah fikir “aku pelajar agama,boleh bagi ceramah dan berdebat”, “aku tahu baca quran,boleh jadi Qori”?. Nah!!,lagi sekali engkau bongkak dan riak.


Aku tidak mahu berbicara panjang lebar,jom kita fikirkan. Selongkar dan fahami apa yang aku cuba kongsikan.

0 comments: