Pages

















Thursday, December 20, 2012

Aku Dijodohkan (Final)






“Memanglah enta muda lagi..tapi tak salahkan kalau enta kawin muda??kalau soal tentang takut ganggu pelajaran,ana dengar ramai yang kahwin time belajar ni,result imtihan mereka meningkat,yelah kan dah ade booster,bleh belajar sama-sama..tak ke gitu Hakim?”kata Haikal. Hakim tersenyum melihat Haikal,sampai masuk ke bab kawin muda pula, “enta ni,macam ada pape je..tak habis-habis cakap pasal kawin muda?enta mahu nikah muda ke ni?oowh..dalam senyap-senyap ye enta,sape calonnya tu?hehe..”gelak Hakim. “Beginilah ye encik Haikal oii,ana tak ada halangan dan tiada bantahan pun bagi sesiapa yang mahu nikah waktu belajar. Lagi 1,Enta kena faham,ade sedikit perbezaan antara nikah waktu muda dan nikah semasa belajar ni..”. Haikal berkerut dahi. Jawab Hakim “hah,ana tahu mesti enta nak tanye ape perbezaannya kan?macam ni,kalau dalam konteks nikah muda ni,rasenya enta tahu average umur orang muda kan,biasanya antara 19-23 tahun yang dikatakan nikah waktu muda. Masa ni mestilah pasangan itu sedang melanjutkan pelajaran,dan yang paling penting belum ada pekerjaan yang tetap. Tapi kalau dalam konteks nikah waktu belajar,kita boleh katakan ianya boleh jadi dia sudah berkerja tetap,kemudian dia nikah,kemudian dia sambung belajar lagi,mungkin dalam peringkat Master or Phd. Nampakkan perbezaannya?Kalau ana,ana lebih prefer bernikah selepas habis belajar. Sekadar nak kurangkan masalah yg mungkin terjadi katakan,tapi kalau bertunang semasa belajar ana tiada halangan,yelahkan,takot2 terlepas mawar yang kita nak miliki tu,kan kita dilarang untuk mengganggu tunang orang,apetah lagi nak merisik,haram..kecuali wanita itu ingin putus tunang. Benda ni depends lah pada seseorang,pada ana,better mcm ni,lagipun Rasulullah ade berpesan supaya kita tinggalkan sesuatu yang kita rasa akan memudaratkan diri kita pada masa akan datang,ana takot bila nikah muda ni,mudarat pada kehidupan ana dengan isteri ana,ekonomi belim tetap,ana takot ana xdapat penuhi keperluan isteri ana,ana tak mahu dia dibelenggu dosa kalau mengadu tentang ana,kan Rasulullah pernah ckp,antara sbb kenapa ramai wanita yg masuk neraka kerana mereka derhaka dan bercakap yg buruk tentang suami mereka,ana tak mahu isteri ana termasuk dalam golongan ini.” Jelas Hakim kepada Haikal.

Haikal kagum melihat Hakim,hujah yang kuat,bernas sambil tidak meninggalkan kata-kata hikmah dari Rasulullah sebagai panduan dan penguat hujah. “Enta memang hebatlah,sesuai dah ni kalau enta dijodohkan dngn Aisyah tu,hehe”. Ketawa Haikal. Lagi sekali Hakim merasa seperti dirinya ditusuk jarum ke hatinya,merasa hina dengan pujian sahabatnya. “Aisyah..sedap namanya,dan sedap juga mata memandang tuan punya nama ni. Suka berbaju labuh,bertudung labuh,menjaga pergaulan,berkata bila perlu,MasyaAllah..dirinya umpama mutiara yang tersimpan rapi dalam lautan tanpa diusik oleh manusia. Umpama bidadari diSyurga yang dipelihara Allah,tidak pernah disentuh oleh mana-mana makhluk,terjaga rapi demi penghuni syurga yang akan ditentukan Allah untuk bersamanya,tapii..”

“Ehem,tiba-tiba senyap ni kenapa..teringat mawar tu ke..hehe,asif Hakim,ana bergurau je..tapi yang tentang ana doakan enta dengan Aisyah tu betul taw,amiin..ok lah,ana ade urusan..ana beransur dulu,Assalamualaikum..”  Hakim menjawab salam dengan senyuman sambil melihat sahabatnya itu hilang dari pandangan matanya. “Ya Allah..aku sama seperti lelaki yang lain,menginginkan wanita yang baik,bukan mencari yang sempurna,tetapi sekadar  yang baik buat diriku dan buat dirinya. Aku ingin mengikut pesan Rasulullah, “Pilihlah tempat untuk kamu menanam benih kamu”,aku tak nak bila diberi zuriat,anakku menuntut haknya dariku kerana tidak memilih seorang ibu yang baik buatnya Ya Allah..aku ingin m’jaga hak anakku dengan m’cari seorang wanita yang solehah supaya dapat m’jadi ibu yang baik buat dirinya,inilah pesan Kekasih-Mu Ya Allah..tetapi,adakah aku layak Ya Allah untuk memiliki bidadari dunia ini,Engkau lebih mengenali diriku..aku masih melakukan dosa-dosa Ya Allah,tapi manusia disekelilingku menganggap aku ni seorang yang baik,walhal..aku tawu,pasti malaikat,tumbuhan,dan binatang ciptaan-Mu semua m’hina diriku ini..bantulah aku supaya jadi seorang yang lebih baik untuk mendapatkan peneman hidup yang baik juga,aku yakin pada janji-Mu Ya Allah,wanita yang baik utk lelaki yg baik,dan juga sebaliknya..jodohkanlah aku dengan seorang yg solehah Ya Rabb,sekiranya aku ditakdirkan meninggalkan dunia ini sebelum permintaanku terjadi,bantulah aku untuk berhadapan dengn jodoh yang semua org tahu siapa jodohnya,iaitu kematian..aku tawu,semua manusia telah bertunang dengan kematian semasa hidup,dan pasti akan dijodohkan dengan kematian bila tiba saat malaikat-Mu menarik nyawaku..sehingga itu,bantulah aku m’jadi hamba-Mu yang soleh,amiin”
Tamat.


1 comments:

sentuhanurani said...

alhamdulillah baru shja tamat baca cerpen ni.. tahniah! semoga ianya bermanfaat juga pd yg lain..mati itu psti..