Pages

















Monday, November 19, 2012

Kabar Gembira Disebalik Derita


Assalamualaikum w.b.t,alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana diri ini masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus menggunakan nikmat tangan dan mata dalam berkongsi ilmu yang tidak sehebat dan sebaik para pembaca semua. Kali ini entry yang ana ingin kongsikan mungkin pembaca dah biasa lihat dan kaji tentang entry ini. Ana sekadar ingin berkongsi dan saling mengingati kerana penyakit ilmu kan lupa. Ada masanya kita leka dan alpa dengan sesuatu yang sudah kita tahu tentangnya. Diri ini cuba untuk mengingati disamping mengingatkan diri.


Ana ingin berkongsi sebuah cerita bersama pembaca tentang seorang Insan yang hanya ingin dikenali sebagai  Abdu tentang sedikit cerita hidupnya. Sedikit sebanyak mungkin boleh dijadikan pengajaran dan peringatan buat kita. Cerita yg ringkas,tapi padat InsyaAllah. Bermula dengan keadaan persekitaran disebuah Pengajian Tinggi Tempatan Antarabangsa,dalam bulan Barakah iaitu dibulan Ramadhan. Pada suatu hari Abdu ni ada presentation yang mesti dilaksanakan,dan seperti biasa sebagai seorang student,wajib menggunakan laptop sendiri. Dengan semua data2 presentation dan juga pendrive sebagai “back up”,Abdu mempersiapkan barang-barangnya untuk dibawa bersamanya ke masjid untuk mendirikan solat Zohor. Dia mengatakan seperti biasa,sesiapa yang masuk kerumah Allah InsyaAllah ade setitik kebaikan dalam hatinya kerana rumah Allah hanya didatangi oleh hamba-Nya yang diketuk pintu hatinya untuk kesitu. Dengan hati dan yakin,tidak memikirkan tentang keburukan pada diri orang lain,Abdu meletakkan Laptopnya bersama-sama barang penting yang lain seperti wallet,pendrive,spec mata dan buku2 yang lain tidak jauh dari safnya berdekatan dengan almari Quran.


Mungkin ada diantara kita bila baca je dah cakap “ape r,letak barang kat tempat mcm 2,mmg habislah”. Macam yang ana cakap tadi,bende ni berlaku dalam bulan Ramadhan,yang mana Si Abdu ni sangka semua orang yang ada dalam rumah Allah pasti baik2,katanya sudah biasa bawa laptop dan dibiarkan pada suatu tempat dimasjid itu.


Anda mungkin menjangka laptop budak ni hilangkan??Yupp,betul tu,hilang selepas habis solat Zohor.Langkah dan melangkah,Abdu berkata pada ana,hanya Allah saje yg tawu ape perasaan’y tatkala melihat kearah tempat beg’y diletakkan. Dalam fikiran’y memikirkan bahan presentation,nota2 yg hilang.Cuba mencari-cari disekitar masjid,tapi tidak jumpe kate’y,kate’y lagi ade bertanya pada jemaah lain yang ade berada dikawasan situ,jwpn yg diberi “sorilah,xprasan..”. Ana berfikir sekiranya keadaan mcm 2,ana mungkin akan jwab sebegitu,tidak expect sape pnye tuan beg,hanya mungkin klaw nampak ade yg amik beg,mngkin itu beg dia.


Tanpa membuang masa,Abdu terus kekelasnya untuk elak dari dimarahi lecturer. Tatkala tiba didalam kelas,Abdu berkata dia hanya pasrah pada Allah,kate’y “aku yakin InsyaAllah jmpe balik laptop 2 dlm masa terdekat,aku yakin padaMu Ya Rabb”. Perasaan gelisah masih lagi mncul kerana group’y akan buat pembentangan,dan hanya Abdu je ada copy file itu. “Alhamdulillah”,itulah kata2 yg Abdu katakan pada ana saat lecturer’y menangguh presentation utk group’y,belum sempat Abdu minta tangguh,Allah dah permudahkan urusan Abdu dan ahli kumpulan’y. Sayangnya Allah pada hamba-Nya kan??Dia xkan turunkan ujian terus-terusan tanpa henti. Diri ini Turut gembira buat Abdu sbb dpt masa utk buat balik assignment’y. Abdu berkata “Ujian ni pasti ade kabar gembira buat aku,aku pasti Allah tu Maha Adil”. Merenung dan berfikir apekah kabar gembira disebalik ujian itu,Abdu berkata “Ya Allah,aku bersyukur padaMu kerana tidak memberi ujian yang berat,melihat org lain dlm bulan puasa m’jelang raya,ade yg hilang kluarga kesayangan,hilang rumah kerana terbakar,jari putus,ujian yg mereka hadapi lbih hebat dari ujian yang aku terima Ya Allah,setidak’y anggota badanku sempurna lagi sekarang,kluarga smua masih ade,klaw laptop xhilang,mngkin bnde lain yg lgi pnting akan aku hilang,dan mgkin juga smua ini berlaku kerana dosa2 ku Ya Allah,sayangnya Engkau padaku Ya Rabb,turunkan balasan didunia dan bukan diakhirat.” bagi dirinya segala yg berlaku,sebab Allah berikan yg terbaik dlm kebaikan,dan  juga yg terbaik dlm dugaan.


1 kisah yg bukan dikehendaki oleh Abdu utk menunjuk-nunjuk,tapi sbagai perkongsian utk sama2 kita semua cuba ambil iktibar(jngn letak barang berharga merata-rata antaranya). The most important is,Allah pasti sayang pada hamba-Nya dlm semua keadaan yang dia berikan pada kita.

Sekian wassalam.. :)

Read more...

Saturday, November 10, 2012

Mulakanlah dengan Rasa "Cinta"



Assalamualaikum,ahlan wa sahlan bikum..entry kali ni ana nak kongsi ckit tentang“Mulakanlah Dengan Rasa CINTA”. Apepun,sebelum 2 mohon kpda p’baca smua,mulakan bacaan entry ni dengan rasa cinta ye,bukan rase cinta pada ana,bukan-bukan,tapi mulakan dengan rasa cinta ingin meraih redha dari-Nya dngn menambah ilmu dlm jiwa kita. Kan tuntut ilmu 2 fardhu atas setiap muslim,sebagai mana sabda Rasulullah “Tuntut ilmu adalah fardhu keatas setiap muslim”. Tak kisahlah ilmu tentang apa,yang penting,ilmu yang m’bawa manfaat pada kita.

Maashi,dah mula dngn cinta??dah?Alhamdulillah..lgi skali nak ingatkan,bukan rase cinta pada ana taw,hehe..Rasenya semua dah tawu ape yg ana nak ckpkan tentang entry ni kn,btllah 2,maksud’y setiap pekerjaan kita,kita lakukan demi Dia yang tercinta,dengan rasa Cinta pada-Nya. Sebelum kita pergi jauh,nak ckp ckit tentang Cinta,cinta ni 1 perkataan yang indah bila d’sebut,dan bila dialami ,kita dengar je perkataan CINTA,dah dpt rase indah je p’kataan ni kn,senang cter smua bnde2 yg indah perkataan’y pun indah2,sedap didengar. Mane ade bende yg indah tapi perkataan’y buruk kan,contoh..”Jijik”,dengar je perkataan ni bagi kita x indah,2 baru dengar,blum rase lagi kn,cuba kita sebut CINTA,waahh..sedap je dengar kan,lagi2 org yg nama’y cinta. Nak share ckit ape itu cinta,Abu Yazid al-Bustami mengatakan cinta itu adalah membebaskan diri dari halangan untuk beribadah kpda-Nya,dengan m’buang rasa sudah banyak membuat amalan baik,sebaliknya selalu merasa sedikit dan lemah dalam mewajahkan amalan dihadapan-Nya. Itulah dia cinta. Pemberi semangat utk beribadah kepada-Nya :)

Penting’y kita perlukan cinta ini sebab ianya boleh dijadikan “Booster” utk diri kita berbuat kebaikan,dan m’jauhi kemungkaran. Dengan cinta pada Ilahi,kita pasti ingin tarik perhatian-Nya dengan berbuat kebaikan. Mcm sesame manusia,bila kita cintakan seseorang,kita akan buat sesuatu yg nmpak baik pada dirinya. Samalah dlm konteks kpada tuhan,bila kita cinta pada-Nya,ia akan m’galakkan diri kita utk jadi yg terbaik pada pandangan-Nya. Bila ade rase cinta tu,kita akan tabah untuk hadapi dugaan,kita akan redha dengan ape yg berlaku. Seperti kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha,kerana Cinta’y pada Allah,Nabi Yusuf menolak ajakan Zulaikha yg mengajak’y berbuat maksiat. Kerana cinta juga,Rabiatul Adawiyyah menjadi wali Allah,taat beribadah setiap masa,dan yakin Allah pasti akan beri ganjaran bila buat kebaikan.

 Tahap Cinta Rabiatul Adawiyah dpt d’tunjukkan dlm satu kisah yg mana 1 hari ni,ade dua orang Ulama  yg datang kerumah’y dalam kedaan yg sangat lapar. Kemudian Rabiatul Adawiyah ingin m’berikan dua biji roti pada mereka,tetapi niat itu terbatal kerana pada saat itu tiba2 ade seorang pengemis datang meminta makanan,lalu Rabiatul Adawiyyah m’berikn roti itu padanya. Dua org ulama tadi hairan kenapa Rabiatul Adawiyah bertindak sedemikian,dan kemudian tidak lama selepas itu,dtg seorang wanita hamba kepada tuannya  m’bawa keranjang berisi roti hangat ingin memberi padanya,tetapi dia menolak pemberian’y apabila dikira jumlah roti itu hanya 18 saja yg ada. Rabiatul Adawiyyah berkata supaya bawa pulang roti itu semula kerana bagi’y roti itu bukan untuk dirinya.lalu wanita itu pun pulang dan menceritakan hal itu pada tuannya. Lalu tuannya itu menambah bilangan roti itu sehingga jadi 20 bilangan’y. kemudian pembantu itu pergi semula menemui Rabiatul Adawiyyah utk mberikan roti itu. Lalu Rabiatul Adawiyyah menerima pemberian itu kali ini. Selesai je menjamu selere,ulama tadi bertanya tentang tindakan wali Allah itu,dan Rabiatul Adawiyyah menerangkan pada mereka. Ketika Rabiatul Adawiyyah ingin m’beri roti itu pada pengemis,beliau berdoa kepada Allah :Tuhanku,Engkau telah berfirman dlm Kitab SuciMu “Barangsiapa melakukan kebaikan akan Kubalas sepuluh kali ganda”. Sebab itu Rabiatul Adawiyyah menolak pemberian roti yg pada mulanya 18 saja,kerana keyakinannya pada Allah yg m’janjikan 10 kali ganda utk setiap kebaikan.

MasyaAllah,kerana rasa Cinta pada Allah,Rabiatul Adawiyyah meletakkan segala-galanya pada Allah,beliau yakin pada janji Allah. Dengan rasa Cinta itulah Rabiatul Adawiyyah beribadah kepada Allah. Sebab itu,dlm setiap perkara,buatlah dengan rasa Cinta pada Allah sebagai booster,p’beri semangat. Dengan rasa ingin bercinta dengan Allah,diri kita akan bersemangat dan kuat ingin melangkahkan kaki kerumah Allah,mungkin kita ddk d’atas bangunan yg bertingkat,tapi kerana Cinta itu,kita akan kuat walaupun penat. Kerana Cinta pada-Nya juga,kita akan kuat utk m’jadi seorang yg lbih baik,bkan utk org lain,tapi kerana rasa Cinta kita pada Allah utk m’jadi yg terbaik pada pandangan-Nya…Bi sababi zalik,perlu’y kita tanamkan rasa Cinta dlm diri kita dlm beribadah utk-Nya.

Carilah “Hubbun” itu,banyak cara yg bleh kita guna utk dptkan rasa itu..Baca dan fahami Quran ke,atau baca buku2 ilmiah yg bnyk dijual dibookstore. Sama-sama kita jadi seorng yang lebih baik dan lebih baik dari hari ke hari.. moga Allah bantu kita,amiinn.. :)

Jom kita Bercinta dengan Allah kwan2..moga dngan rasa Cinta tu,kita kuat utk mengubah diri kita kearah yg lebih baik..Mungkin masa lampau kita seorang yg jahil,jngn biarkan masa hadapan kita,kita terus m’jadi jahil..
Love Allah Forever..


Read more...

Thursday, November 8, 2012

Banyak Bercakap,Banyak Dosanya



Pada tubuh badan kita ada 1 anggota yg boleh m’bawa kpda kebaikan,dan juga kpda keburukan. Organ ini meskipun lembik dan tidak bertulang,ia m’punyai kesan yg baik dan buruk jika disalahguna. Mungkin para pembaca dapat kenal pasti ape organ itu kn?Sohih,ianya lidah..Dengan lidah,manusia mula menabur fitnah,menuduh,dan melaknat. Semua ini terjadi bila kita lbih suka bercakap lebih dari mendiamkan diri. Kalau berkata perkara berfaedah tak ape,tapii…klaw sebalik’y?Perkara ini jika ada dalam diri kita ianya bukanlah tanda2 sifat org yg beriman,kita lihat pada 1 hadis yg diriwayatkan Imam Muslim,Rasulullah b’kata “Bukanlah dia seorang mukmin jika dia menuduh,melaknat,bercakap yg sia2 atau mengeji” See,nmpak x perkataan yg diboldkan??Cuba kita tanye diri,biasa kita ni diamkan diri bila tiada bnde nak diperkatakan,atau memanjang membebel pada bende2 yg xpenting?contoh lah,gossip,rase’y bnde ni kaum Hawa pro kot,jngn terasa.. :)  

Gosip yg kita tawu,ianya tentang sesuatu yg “HOT”,n mostly bnde2 yg xpatot d’bincangkan,sibuk ckp pasal aib org lain lah,itulah,inilah. Adakah kita still nak mengaku “aku baik,aku dah solat,insyaAllah aku dikalangan org beriman”??Kita silap..Ingat,Rasulullah ade pesan “Sesiapa yg beriman kpda Allah dan hari kemudian,hendaklah mengatakan kata-kata yg baik,jika tidak mahu hendaklah dia diam”.

Tanye lagi kat diri kita “Apa aku ni beriman pada Allah?walhal tak m’jaga lidah,bnyk berkata2 yg tdak berfaedah” Lagi pun buat ape kita sibuk crita pasal aib org kan,lbih baik kita smpan,ingat,Rasulullah ade pesan,kalau kita xbkak aib org,Allah akan ttp aib kita.


One more thing,disebabkan mulut juga,kita boleh masuk neraka,Ya Allah,mulut je dah masuk neraka? Yupp..Rasulullah pernah ditanya “Apakah amalan yg menyebabkan seseorang itu masuk neraka?” Rasulullah jawab “Kejahatan mulut dan kemaluannya” (Riwayat al-Tirmizi)

Jadi,kita tunggu ape lagi,jom kita REPAIR mulut kita supaya tak ckp perkara2 yg xpenting,ingat,dengan kata2 kita boleh tahu sebaik mana akhlaknya,dan juga sebaliknya.

 Pss:Jngn pula kita jadi pendiam smpai org datang rumah kita pun,kita senyap je,yg penting,berbicaralah pada tempatnya.. :)


Allahu a’lam..

Read more...

Thursday, November 1, 2012

Tabahkan Hatimu Wahai Teman



Ucapan salam kepada teman-teman yang mungkin berada dalam keadaan diberi nikmat dari Allah,dan mungkin juga diberi musibah kerana Cinta-Nya,Assalamualaikum.. :)

Alhamdulillah diucapkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nikmat dari-Nya,dan Alhamdulillah juga ke atas-Nya kerana masih diberi ujian. Kenapa kita juga kena ucapkan Alhamdulillah,walhal kita diberi ujian? Temanku,fitrah kita bila diberi ujian,mesti kita ingat pada-Nya,cuba tanya pada diri,pernah tak kita cakap “Ya Allah..susahnya nak dapatkan bende tu..”,ataupun”Ya Allah..sakitnya kaki ni..”. pernah kan? Itulah dia manusia,fitrahnya adalah kembali kpda tuhan ketika dalam keadaan sakit,atau kesusahan. Sebab tu,kita kena bersyukur pda Allah kerana ujian yang menimpa diri,kita kembali mengingatinya. Cuba kita tengah seronok2,susah bagi kita nak mengingati. Tapi ade masanya juga,kita susah nak bersyukur bila ditimpa musibah,balik-balik fikir “kenapalah benda ni berlaku kat aku”,kadang-kala sampai tak terima ujian tu.

Teman-teman,percayalah setiap ujian itu pasti ade kebaikannya,pasti ade diselitkan cinta Allah untuk kita. Cuma terletak pada kita mcm mana kita memandang ujian itu,dari sudut mana kita perhatikan masalah yg menimpa diri. Dalam memahami dan mencari dimana cinta Allah dlm ujian tu,kita kena perhatikan dari setiap sudut,setiap ruang. Kalau hanya lihat 1 arah saja,mungkin keburukan saja yg kita nampak. Ana bagi 1 contoh,antara seorang anak sedang bermain di atas lantai dan si ibu sedang duduk di atas kerusi,si anak bertanya “ape yang ibu buat?” kemudian ibunya m’jawab “ibu sedang menyulam nak..” Anak itu bertanya lagi,”kenapa ibu menyulam sedangkan kain itu xcantik,dengan benang2 nya yang terkeluar” Si ibu hanya tersenyum lalu berkata “bangunlah wahai anakku,cuba lihat dari atas..”. Lalu anak itu terkejut apabila melihat dari atas sebab keadaan kain pada permukaan atas sangat cantik berbanding lihat dari bawah. Begitulah perumpamaan yg msti kita jadikan contoh,lihat ujian Allah itu bukan hanya pada 1 sudut,tpi kita fikir dan renungkan apa yg tersirat dan tersurat. Mungkin ada diantara kita yang patah kakinya,cuba fikirkan kenapa Allah takdirkan pada dirinya mcm tu?mungkin sbb Allah tahu,kalau kakinya kuat,sihat,dia akan pergi ke tempat2 maksiat sampai mjatuhkan dirinya dlm kegelapan. Bukan ke ini 1 dari cinta Allah?Ya Allah..sayang’y Allah pada kita bukan?

 Percayalah,setiap perkara yang Allah beri adalah yang terbaik buat kita,ape saja yang dilakukan-Nya adalah tanda cinta Dia pada kita,berbeza dngn kita,yg mungkin melakukan sesuatu tidak meletakkan cinta untuk-Nya,sebaliknya mencari perhatian manusia untuk mendapat pujian. Temanku,dlm mhadapi sebarang ujian,teruslah melatih diri utk sabar,dan percaya disebalik ujian itu,pasti terselit pahala. Sebagaimana sabda Rasulullah “Setiap kesusahan,keletihan,kepayahan ada terselit pahala buatmu” Dan ingatlah,tanda org beriman adalah sentiasa sabar apabila diberi ujian sebagaimana hadis dari Imam Muslim “Sungguh aneh seseorang mukmin itu,seluruh keadaan yang menimpa dirinya adalah kebaikan baginya. Keadaan ini tidak akan ditemui kecuali pada org beriman”

Temanku,teruskanlah utk bersabar dalam segala hal,moga kita sentiasa dibawah rahmat-Nya,dan m’dapat balasan baik dari-Nya.. La Tahzan Ya Zamili..

Wallahu a'lam
Read more...