Pages

















Sunday, December 9, 2012

Aku Dijodohkan


Musim sejuk telah pun bermula di Mesir. Suhunya mencecah 15 celcius di sekitar Mesir,dan sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Mesir berhadapan dengan keadaan memakai baju “berlapis-lapis” untuk menahan kesejukan. Tidak ketinggalan juga Hakim,seorang pelajar di Kuliyyah Syariah di Al-Azhar yang memakai 4 lapis baju,dan menyelimut dirinya dengan dua selimut yang tebal. “Ya Allah sejuknya..macam mana nak buat “tamrinat” ni kalau nak tulis pun menggigil”,bisik Hakim dalam hatinya. Dilihatnya jam dinding menunjukkan waktu sudah hampir memasuki waktu Isyak,sudah menjadi kebiasaan bagi Hakim untuk menuju ke Baitullah bagi solat berjemaah. Ianya 1 perkara yang menyeronokkan bagi Hakim,seronok,gembira,senang hati apabila melakukan sesuatu yang disukai Allah. Umpama orang yang bercinta,bila dia buat sesuatu untuk pasangan yang dicintainya,mesti ade rasa gembira. Itulah yang dirasai Hakim tatkala cuba mengamalkan ape yang diperintahkan Kekasih Allah iaitu Rasulullah. Walaupun penat melangkah,letih dan kesejukan,dia cuba menguatkan hatinya sambil berbisik “Demi Allah,aku sanggup buat ape saja,janji Allah suka”.

Langkahan kaki kanan didahulukan Hakim ketika masuk ke dalam Masjid Al-Azhar. Hakim melihat ramai syabab-syabab yang sedang beriktikaf.Perasaan kagum,terharu dan sedih muncul dalam diri Hakim. Kagum dengan pemuda-pemuda yang lebih baik berada pada paandangannya. Dia berusaha untuk tidak merasa dirinya lebih baik dari orang lain,takut perasaan sombong dan riak muncul dalam dirinya. Selaras dengan kata-kata Umar Al-Khattab, “pandanglah orang lain itu dengan pandangan mereka itu jauh lebih baik dari kamu”. Perasaan sedih muncul dalam dirinya kerana Hakim merasa dirinya hamba Allah yang hina,jauh ketinggalan dalam meraih Cinta-Nya,Rahmat-Nya dan Redha-Nya,dibandingkan dengan orang lain,mereka banyak ilmu,dan baik akhlaknya. “Aku belajar syariah belum tentu aku insan yang lebih baik dari mereka,mereka yang belajar jurusan bukan agama pasti lebih baik dari aku,Ya Allah..hinanya hambaMu ini..”. Imam sudah mengangkat tangan bertakbir memulakan solat,Hakim segera mengusap air matanya yang sedikit mengalir mengenang dosa-dosanya yang lampau.

Al-Quran digenggam Hakim,sambil duduk di hadapan rak-rak Al-Quran yang tersusun rapi. Itulah perkara biasa yang dilakukan Hakim usai dari selesai menunaikan solat. Kalam Allah itu umpama sahabat bagi dirinya,sahabat yang berada dengannya tatkala susah mahupun senang. Sahabat yang akan membantu meringankan siksaan di akhirat kelak. Itulah Janji Allah yang terdapat dalam Kitab-Nya,barangsiapa yang membaca Al-Quran,dia akan ditemani oleh Al-Quran saat didalam kubur nanti sebagai syafaat buat manusia. Hampir separuh muka surat telah dibaca Hakim,tiba-tiba datang seorang teman karibnya Haikal,menyapa dirinya. Tangan dihulurkan,ucapan salam dimulakan ketika menyapa Hakim. “Assalamualaikum”,dijawab Hakim “wa’alaikumussalam..”. “Rajin betul enta bertadarus selepas solat,kalaulah ana ada anak perempuan nanti,ana nak nikahkahkan dia dengan enta”. Hakim tersenyum mendengar kata sahabatnya itu. Jiwanya berasa seperti ditimpa hujan batu sebesar gunung-gunung,merasa dirinya yang hina itu dipandang mulia pada mata manusia. “Ya Allah..aku masih melakukan dosa,tapi hamba-Mu masih beranggapan baik terhadapku,adakah ini istidraj Ya Rabb..”,bisik hakim dalam hatinya. 

Sambung Haikal lagi dengan berkata “enta ni sesuailah dengan sahabat kita tu yang namanya Aisyah,sama-sama baik,sama-sama rajin puasa sunat,memang sesuailah kalau enta dengan dia nikah” Hakim tergelak mendengar kata sahabatnya itu, “enta ni mengarut je..mana enta tahu ana ni baik..enta kenal ana luaran je,lagipun Aisyah tu baik orangnya..tak perlulah nak jodoh-jodohkan dia dengan ana,dia layak dapat orang yang lebih baik..enta ni tak habis-habis jodohkan ana dengan dia”,jawab Hakim. “tak salahkan ana doakan yang baik utk enta?”,berkata Haikal. “memanglah tak salah..tapi ana malas nak fikirlah bende ni,enta dah cakap tentang nikah sekarang ni,muda lagi ana ni..”,Hakim jawab kata-kata sahabatnya dengan tenang sambil memandang muka depan Al-Quran yang dihiasi corak yang indah dan penuh seni. Indahnya semua benda yang berkaitan dengan Islam,cara umat Islam berpakaian,rumah Allah,pertuturan kata,semuanya indah-indah belaka. Allah itu cantik,dan suka akan kecantikan.Sebab itu diSyurga pun nanti Indah-indah,Islam itu kan Indah. Keindahan ini hanya dapat dirasai bila kita cuba mengenal Allah,dan agamanya,lau dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

*sambungan seterusnya akan menyusul.. :)

0 comments: