Pages

















Sunday, February 13, 2011

HARAM MENYAMBUT HARI KEKASIH




Hari kekasih atau dipanggil valentine day adalah sambutan yang diadakan setiap kaum.Sambutan ini pasti akan dilakukan oleh pasangan masing2.Dikalangan umat islam masa kini ramai golongan muda dan tua yang menyambutnya tanpa mengetahui bagaimana hari sambutan kekasih ini wujud.Seharusnya setiap umat islam yang ingin melakukan sesuatu haruslah mengkaji dan mempunyai ilmu supaya tidak terpedaya dan mengelakkan dri dari syirik kepada Allah.

Asal Wujudnya Valentine's day
Hari kekasih wujud oleh kerana sebuah peristiwa yang mana seorang paderi kristian yang menyebarkan agama telah ditangkap dan dipenjara.Semasa dipenjara dia menyebarkan ajaran kristian kepada semua banduan dan akhirnya pada suatu hari paderi tersebut jatuh hati kepada seorang wanita yang merupakan anak pegawai dipenjara itu.Akhirnya perkara ini diketahui dan paderi tersebut dikenakan hukuman mati.Pada saat akhir kehidupannya,paderi tersebut telah menulis sepucuk surat cinta kepada wanita tersebut bagi meluahkan isi hatinya,dan surat itu bertanda tangankan dengan nama VALENTINE.Hasil dari peristiwa ini orang ramai menjadikan !4 februari sebagai hari kekasih bagi memperingati paderi tersebut.

Justeru haram bagi orang muslim menyambut hari kekasih kerana seperti kita mengagungkan paderi tersebut dan Allah juga melarang hambanya dari mengikuti budaya dan cara hidup orang kafir yang menyimpang dari syariat.

Disebabkan menyambut hari kekasih ini juga banyak maksiat berlaku dikalangan orang muda sehingga lahir anak luar nikah yang mana kononnya sebagai tanda dan bukti kasih sayang tanpa memikirkan akan akibat buruk dari perbuatan tersebut.
Oleh itu haram menyambut hari kekasih kerana banyak perkara buruk boleh berlaku.

Sekian wassalamualaikum w.b

0 comments: