Pages

















Wednesday, December 21, 2011

Wasiat Nabi Nuh kepada Anaknya

Abdullah Bin Amr berkata,kami ada berhampiran Nabi,lalu baginda bersabda


"Sesungguhnya Nabi Allah Allah,Nuh berkata kepada anaknya sebelum ajal, ' Sesungguhnya aku menyampaikan wasiat kepadamu,aku menyuruhmu dua hal dan melarang dua hal. aku menyuruhmu mengucapkan lailahaillallah dan subhanallah wabihamdhi,kerana ucapan ini merupakan solatnya segala sesuatu dan kerananya makhluk diberi rezeki. Aku melarangmu dari syirik dan takabbur'


Aku berkata "Wahai Rasulullah,kami sudah tahu syirik. Lalu apakah takabbur itu?Apakah kerana salah seorang diantara kami mempunyai sandal yang bagus dan dua tali yang bagus pula?
Beliau menjawab "Tidak"
"Apakah kerana salah seorang diantara kami mempunyai haiwan yang ditungganginya?"
Baginda menjawab "Tidak"


Ada yang bertanya "Wahai Rasulullah,lalu apakah takabbur itu?
Baginda menjawab "Iaitu tidak mahu mengetahui kebenaran dan meremehkan manusia"


Dalam sebuah riwayat lain darinya,Baginda berkata


"Sesungguhnya ketika Nuh hampir kepada kematian,beliau memanggil anaknya dan berkata 'Aku mahu menyampaikan nasihat kepada kalian berdua. Aku perintahkan dua hal dan melarang dari dua hal.Aku melarang kamu daripada syirik dan takabbur,dan aku menyuruh kalian mengucapkan lailahaillallah,kerana langit yang tujuh langit dan bumi serta apa sahaja yang ada di antara keduanya,sekiranya diletakkan dibidang timbangan,dan lailahaillallah diletakkan dibidang timbangan satunya lagi,maka lailahaillallah lebih berat. Sekiranya langit dan bumi merupakan lingkaran gelang,lalu lailahaillallah diletakkan padanya,maka ia dapat meremukkannya berkeping-keping atau meremukkannya tidak sampai berkeping-keping'


Diriwayatkan Ahmad dan at-Tobrani

0 comments: