Pages

















Wednesday, May 23, 2012

Akhlak Rasulullah Terhadap Anak Yatim




Sayang dan cinta kepada anak yatim merupakan 1 daripada akhlak Rasulullah yang terpuji.Sebagaimana yang diriwayatkanoleh Anas bin Malik,beliau menceritakan “Pada suatu hari,Rasulullah keluar menuju solat. Di tengah perjalanan,baginda bertemu dengan sekumpulan kanak-kanakn yang kelihatan sedih menyebabkan baginda bertanya kepadanya :


“Hai anak,mengapa kamu bersedih hati,enggan ikut bersama bermain dengan kawan-kawanmu?”
Kanak-kanak tersebut tidak tahu bahawa ia sedang berdepan dengan Nabi Muhammad SAW. Lalu dengan linangan airmata ia pun menjawab:

“Wahai pakcik,ayah saya telah gugur dalam peperangan membela Rasulullah. Sekarang ibu saya telah berkahwin lagi. Suaminya telah mengusir saya sedang harta kekayaan saya warisan dari ayah telah habis dimakan oleh ibu. Kini saya tidak mempunyai makanan,minuman,pakaian dan rumah. Oleh kerana itu saya menangis kerana menyesali nasib yang telah menimpa diri saya. Mengapa malapetaka menimpa ayah saya sehingga saya menjadi seperti ini,tidak seperti kawan-kawan yang masih mempunyai ayah”
Mendengar jawapan si anak kecil itu,hati baginda menjadi hiba lalu baginda bersabda:

“Wahai anak kecil,sukakah kamu jika aku menjadi bapamu,Aisyah menjadi ibumu,Ali menjadi bapa saudaramu,Hasan dan Husin menjadi saudaramu?”

Kanak-kanak itu terperanjat mendengar jawapantersebut,lalu ia sedar bahawa ia sedang berhadapan dengan Rasulullah. Dengan gembira lalu ia berkata:
“Mengapa tidak suka ya Rasulullah?”

Sejak itu kanak-kanak itu menjadi tanggungan Rasulullah.
Mulianya akhlak Rasulullah. Semua yang ditunjukkan Rasulullah bertujuan sebagai petunjuk untuk kita supaya mengamalkan sifat ini. Sebagaimana sabda nabi:

“Aku dan orang yang menanggung(memelihara)anak yatim(dengan baik) ada di syurga bagaikan ini..(sambil memberi isyarat dengan merentangkan kedua-dua jari telunjuk dan jari tengahnya)”
(Riwayat Bukhari)

Selepas kita baca kisah ini,pasti timbul rasa kecintaan kepada anak-anak yatim bukan. Jom kita sama-sama berusaha untuk menyayangi golongan ini,dan moga Allah memberkati usaha kita..
Wallahu a’lam..
(petikan daripada Ibnu Sahli Abu Muhammad Saifuddin)

0 comments: