Pages

















Monday, April 4, 2011

Dosa






Dosa...setiap muslim pasti tahu akan erti dosa.Dosa pasti akan kita lakukan jika kita lupa pada Allah,kita alpa dengan nikmat dunia,kita gagal melawan hawa nafsu,kita kurang dekatkan diri pada-Nya.Mungkin kita sedar akan dosa-dosa yg telah kita lakukan,tetapi kita tetap mengulangi melakukan perkara yg menambahkan lagi dosa kita.Kerana dosa,kita jauh dari rahmat Allah,kerana dosa,kita hilang panduan hidup,kerana dosa,kita juga akan dicampakkan kedalam neraka.

Tetapi jangan kita lupa bahawa,Allah itu Maha Pemurah,Penyayang,Pemaaf.Janganlah kita berputus asa memohon keampunan dari-Nya.Kita harus yakin dosa kita akan diampunkan.Jangan kita terasa malu,terasa dosa kita tidak akan diampunkan.Kita seharusnya segera beristighfar kepada Allah sekira-Nya kita telah melakukan dosa.Segeralah beristighfar tanda kita takut akan azab Allah,kita takut hilang rahmat Allah,kita takut hilang hidayah Allah,segeralah beristighfar jika telah melakukan kesalahan,kerana istighfar itu sebagai tanda memohon kemaafan daripada Allah.

Untuk mengelakkan daripada melakukan dosa memang susah,memang payah dan pasti secara kita secara tidak sengaja akan melakukan dosa.Dizaman moden kini,kaum hawa dan adam pasti tidak terlepas dari mendapat dosa,contohnya melihat orang yang mendedahkan aurat yang mana sudah seperti trend dikalangan orang muda muslim.Selain itu,ketika melayari laman web juga,kadang-kala secara tiba-tiba keluar page yang tidak elok,keluar gambar yang tidak elok,dan kerana perkara ini jugalah yg membuat kita gagal melawan nafsu,lupa akan dosa.Oleh itu, kita harus sentiasa mendekatkan diri kepada Allah,segera beristighfar,dan cuba melawan nafsu kita.Janganlah kita ketika sedang melakukan dosa,masih terus melakukan dosa tetapi haruslah segera berhenti.Jika kita mengulangi'y semula cepat-cepatlah kita beristighfar.InsyaAllah dosa kita akan dihapuskan..

Ya Allah Ya tuhanku,ampunkanlah dosa2 ku yg lepas,dan ampunkanlah dosa2 ku yang akan datang,sesungguh-nya Engkaulah tuhan yang Maha Pengampun.Aku sedar aku ini hambamu yang hina,hambamu yg sering melakukan dosa,hambamu yang lupa padaMu,hambaMu yg tidak layak menerima rahmatMu,tetapi Aku tahu,Engkaulah tuhan Maha Pengasih,Engkaulah Tuhan yang Maha Penyayang,Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun,Ampunkanlah dosa-dosa Ya Allah..Ampunkanlah dosa-dosaku..ku merayu padaMu Ya Allah...ku memohon kepadaMu..Ampunkalah dosa2ku..Amiinn...

0 comments: