Pages

















Friday, July 25, 2014

Aku Lebih Baik!!



Aku melangkah dan berjalan melihat dunia. Tatkala ku perhatikan dunia,aku juga terlihat manusia yang berbagai ragamnya. Ada yang baik akhlaknya,tetapi ada juga yang sebaliknya. Tidak ketinggalan juga,ada yang berakhlak baik secara “Olok-Olok”. Rentetan daripada itu,aku terfikir akan suatu persoalan. Persoalan yang dapat menyelamatkan kita. Persoalan yang dapat mengukur tinggi mana dosa kita. Persoalan yang dapat timbang berat dosa kita.

Persoalan itu ialah, “Sebab apa aku buat baik”. Contoh mudah,”sebab apa aku solat,sebab apa aku baca quran,sebab apa aku join program rohaniah”. Inilah antara persoalan yang perlu kita timbulkan. Aku takut,takut aku tidak memikirkan akan persoalan ini,aku menjadi hamba Allah yang beraggapan “Aku Lebih Baik”, “Aku Alim”. Hati-hati,tatkala engkau berfikir seperti ini,engkau harus fikir neraka mana yang akan engkau duduki.

Aku ingin berkongsi sedikit cerita daripada beberapa riwayat. Antaranya, cerita antara seorang hamba dengan Allah,dimana Allah berkata kepada hamba-Nya yang beribadah “engkau pendusta”. Kenapa Allah berkata demikian? Sebab hamba Allah itu mendirikan solat supaya orang berkata “aku alim”,sebab hamba Allah itu membaca Al-Quran supaya orang berkata “aku qari al-quran”. Nah!!,engkau dah boleh hitung berapa berat dosa engkau,tapi apa yang perlu engkau takuti,neraka mana yang akan jadi MAHLIGAI engkau. Neraka yang akan jadi tempat untuk engkau berehat,tempat engkau makan dan minum.

Cuba tanya pada diri,pernah atau tidak kita fikir sedemikian. Selain itu, jangan lupa supaya engkau sentiasa bersifat rendah diri. Engkau jangan pernah bangga dengan kebaikan yang ada. Engkau jangan pernah mencaci dan menghina orang kerana engkau rasa engkau baik. Aku teringat akan kata-kata Saidina Umar, “siapa yang berkata dirinya itu beriman,dia itulah yang kafir,siapa yang berkata dia itu alim(pandai) dia itulah yang jahil,siapa yang berkata dia akan masuk syurga,dia itulah yang akan masuk neraka”. Nampak macam kena batang hidung bukan? Jangan lupa untuk kita terus beristighfar kerana ia menghapuskan kesalahan.

Hidup ini sentiasa ada ujian. Mahupun ujian keatas orang yang alim atau tidak. Sifat “aku lebih baik” juga berlaku pada orang yang berasa dirinya faqih tentang agama.Jangan engkau ingat bahawa orang yang faqih tentang agama dia tidak akan diuji. Dalam Kitab karangan Ibnu Hajar Al-Asqalani,ada megatakan bahawa orang yang faqih agama akan diuji dengan perasaan riak atau menunjuk-menunjuk. Pernah rasa diri kita faqih tentang agama?Pernah fikir “aku pelajar agama,boleh bagi ceramah dan berdebat”, “aku tahu baca quran,boleh jadi Qori”?. Nah!!,lagi sekali engkau bongkak dan riak.


Aku tidak mahu berbicara panjang lebar,jom kita fikirkan. Selongkar dan fahami apa yang aku cuba kongsikan.
Read more...

Sunday, June 15, 2014

Pengemis Bahagia


Pengemis,secara literalnya bermaksud “peminta”. Peminta yang sangat hina pada mata manusia,jijik apabila dilihat,rasa keji apabila diminta sesuatu dari dia. Tiada seorang pun dari kita yang mahu jadi pengemis,bahkan kita lebih suka menjauhkan diri dari mereka. Sebab? Sebab kita merasa jijik pada mereka,menyampah pada mereka,bahkan kedekut pada mereka.

TAPI, jangan lupa ada pengemis yang bahagia,bahkan pengemis yang mulia. Siapa orangnya? Mudah sahaja jawapannya,mereka adalah orang yang mengemis meminta-minta dari Tuhan sekalian alam, Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Pemberi,iaitu kekasih kita,Allah. Kita inilah pengemis yang bahagia,kenapa? Sebab Allah sentiasa mendengar,bahkan SUKA mendengar hamba-Nya meminta. Kalau kita datang dalam keadaan berjalan,Allah akan datang dalam keadaan berlari pada kita. Kenapa? Sebab Dia lah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Alangkahnya bahagia kita menjadi pengemis seperti ini,tidak sombong meminta tatkala susah mahupun senang. Mohonlah apa sahaja, pasti akan didengariNya. Tetapi jangan lupa, ikhlas sangat diperlukan. Ikhlas ini umpama booster supaya doa kita laju dan cepat sampai,cepat dimakbulkan. Kalau kita ada package booster untuk plan internet,doa pun ada package-package yang disediakan. 

Contoh, waktu mustajab berdoa,tempat mustajab berdoa, dan bermacam-macam lagi. Allah,kalau kita bersedia dengan package yang ada,alangkah bahagianya kita,ye,sangat bahagia kerana kitalah “PENGEMIS YANG BAHAGIA”.
Jadilah Pengemis Bahagia dengan meminta dari-Nya.


“Jangan sombong untuk meminta dan memohon keampunan, sehingga Allah tinggalkan kita dan pergi mencari hamba-Nya yang ingin mencari keampunan dari-Nya” (Mafhum sebuah hadis)
Read more...

Friday, June 13, 2014

Bisiklah Pada hati “Bersabarlah!”



Hidup sebagai manusia tidak akan terlepas dari dugaan dan ujian. Mesin pun adakala  mengalami masalah seperti rosak dan perlu dibaiki, apetah lagi kita sebagai manusia. “Bersabarlah!!”.

Adakala apa yang kita mahukan, tidak tercapai. Maaf,bukan tidak tercapai,tetapi ditangguh Allah untuk suatu masa akan datang,kalau bukan disini,mungkin di akhirat sana. Tak mengapa,teruskan “Bersabar”
Adakala, kita diuji dengan masalah kesihatan,lepas satu,satu lagi pula yang datang. Tak habis-habis penyakit menimpa. Tak mengapa,teruskan bersabar wahai hati. Sudahkah engkau lupa janji Allah,setiap ujian terselit Hikmah. PASTI ada hikmah itu,engkau kena cari dan selongkar sendiri.

Sepertimana kata-kata Saidina Urwah bin al-Zubair RA saat menghadapi sakit  dan kematian anak lelakinya: ”Ya Allah, di atas kesedihan ini hamba memuji-Mu, Engkau telah memberiku tujuh orang anak, lalu Engkau mengambilnya satu. Aku tidak menyesal, bukankah Engkau tinggalkan untukku enam orang lagi? Kaki dan tanganku semuanya empat dan Engkau hanya ambil satu saja daripada mereka. Bukankah ada tiga lagi yang sepatutnya aku syukuri? Kalau Engkau yang mengambil maka Engkau juga yang memberi.”

Rasulullah juga bersabda “Perumpamaan orang beriman yang ditimpa ujian bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilang karatnya dan tinggal yang baiknya saja.”.
Teruskan bersabar duhai hati. Janji Allah pasti tiba. Nikmat Allah pasti dirasa. Rahmat Allah pasti terbuka.
Teruskan bersabar.

"Tidaklah ada suatu musibah menimpa orang muslim melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya, sehingga walaupun hanya duri yang menusuknya" (Riwayat Imam Al-Bukhari)


Read more...

Tuesday, June 11, 2013

Penipu,Hipokrit dan Munafik,mana 1 sifat kita??


Dalam kehidupan seharian biasanya kita sibuk dengan kerja dan hal dunia. Persoalannya adakah setiap gerak-geri kita terdapat papan tanda isyarat,gps,peta dunia,dan peta jalan supaya setiap tindakan kita dan pilihan kita tidak menyimpang dari jalan yang benar dan tidak sesat ke tempat yang hina? Maksud papan tanda,gps dan peta jalan itu hanyalah perumapaan kepada sumber-sumber dan petunjuk yang telah Allah berikan dan sampaikan melalui Rasulu-Nya,Nabi Muhammad sallahu alaihi wassalam

Adakah kita bertindak selari dengan kehendak dan perintah Allah?Adakah kita ikut sunnah Rasulullah,adakah kita letak dalam diri musuh utama kita adalah Syaitan,bukan orang yang menghina kita,dan bukan juga orang yang pernah curi kekasih kita.Ye,musuh utama kita syaitan sebab mereka telah berjanji pada Allah untuk sesatkan semua hamba-Nya.Kata Allah cinta hati kita bukan?Kata Allah adalah segala-galanya bukan?Jadi,buktikan dengan kita benci pada musuh Allah iaitu Syaitan. Tetapi,persoalan lain yang timbul,adakah kita muslim sejati?adakah kita mukmin yang cinta pada Ilahi.

Adakah kita bersifat sebagai muslim yang hipokrit dan pembohong dengan mengatakan kita hamba Allah yang mengaku Allah itu Pencipta kita,tetapi kita tidak ikut perintah-Nya,malah melakukan larangan-Nya. Mungkinkah kita membaca al-Quran tetapi kita tidak mengamalkan isi kandungannya.Mungkin juga kita mengaku bermusuhan dengan Iblis dan Syaitan tetapi kita ikut tuntutan mereka.Atau kita mungkin mengaku cinta pada Nabi tetapi meninggalkan segala amalan sunnahnya.Mungkin juga kita mengaku ingin masuk ke syurga-Nya tetapi kita tidak melakukan perbuatan untuk menuju kepadanya. Tambahan lagi,kita juga mungkin mengaku tidak suka pada neraka,tetapi melakukan maksiat. Allahu Ya Rabbi..moga Allah ampunkan kita sekiranya kita tergolong dalam golongan ini. Umpama seorang yang hipokrit,pandai berkata tetapi tidak melakukannya,umpama seorang pembohong yang tak henti-henti,bohong pada pencipta kita,bohong pada Rasul kita.

Persoalan yang perlu ditanya pada diri,adakah kita seorang yang hipokrit dan pembohong dengan bercirikan seperti ciri-ciri di atas??Moga Allah ampunkan kita..Wallahu a’lam..

*(Jngn lupa ikut selawat ke atas nabi selepas dengar orang selawat ke atas Nabi,Hadis dari Nabi yg mafhumnya:Orang yang paling kedekut adalah mereka yg tidak selawat ke atasku setelah mendengar orang lain selawat keatasku)



Read more...

Thursday, December 20, 2012

Aku Dijodohkan (Final)






“Memanglah enta muda lagi..tapi tak salahkan kalau enta kawin muda??kalau soal tentang takut ganggu pelajaran,ana dengar ramai yang kahwin time belajar ni,result imtihan mereka meningkat,yelah kan dah ade booster,bleh belajar sama-sama..tak ke gitu Hakim?”kata Haikal. Hakim tersenyum melihat Haikal,sampai masuk ke bab kawin muda pula, “enta ni,macam ada pape je..tak habis-habis cakap pasal kawin muda?enta mahu nikah muda ke ni?oowh..dalam senyap-senyap ye enta,sape calonnya tu?hehe..”gelak Hakim. “Beginilah ye encik Haikal oii,ana tak ada halangan dan tiada bantahan pun bagi sesiapa yang mahu nikah waktu belajar. Lagi 1,Enta kena faham,ade sedikit perbezaan antara nikah waktu muda dan nikah semasa belajar ni..”. Haikal berkerut dahi. Jawab Hakim “hah,ana tahu mesti enta nak tanye ape perbezaannya kan?macam ni,kalau dalam konteks nikah muda ni,rasenya enta tahu average umur orang muda kan,biasanya antara 19-23 tahun yang dikatakan nikah waktu muda. Masa ni mestilah pasangan itu sedang melanjutkan pelajaran,dan yang paling penting belum ada pekerjaan yang tetap. Tapi kalau dalam konteks nikah waktu belajar,kita boleh katakan ianya boleh jadi dia sudah berkerja tetap,kemudian dia nikah,kemudian dia sambung belajar lagi,mungkin dalam peringkat Master or Phd. Nampakkan perbezaannya?Kalau ana,ana lebih prefer bernikah selepas habis belajar. Sekadar nak kurangkan masalah yg mungkin terjadi katakan,tapi kalau bertunang semasa belajar ana tiada halangan,yelahkan,takot2 terlepas mawar yang kita nak miliki tu,kan kita dilarang untuk mengganggu tunang orang,apetah lagi nak merisik,haram..kecuali wanita itu ingin putus tunang. Benda ni depends lah pada seseorang,pada ana,better mcm ni,lagipun Rasulullah ade berpesan supaya kita tinggalkan sesuatu yang kita rasa akan memudaratkan diri kita pada masa akan datang,ana takot bila nikah muda ni,mudarat pada kehidupan ana dengan isteri ana,ekonomi belim tetap,ana takot ana xdapat penuhi keperluan isteri ana,ana tak mahu dia dibelenggu dosa kalau mengadu tentang ana,kan Rasulullah pernah ckp,antara sbb kenapa ramai wanita yg masuk neraka kerana mereka derhaka dan bercakap yg buruk tentang suami mereka,ana tak mahu isteri ana termasuk dalam golongan ini.” Jelas Hakim kepada Haikal.

Haikal kagum melihat Hakim,hujah yang kuat,bernas sambil tidak meninggalkan kata-kata hikmah dari Rasulullah sebagai panduan dan penguat hujah. “Enta memang hebatlah,sesuai dah ni kalau enta dijodohkan dngn Aisyah tu,hehe”. Ketawa Haikal. Lagi sekali Hakim merasa seperti dirinya ditusuk jarum ke hatinya,merasa hina dengan pujian sahabatnya. “Aisyah..sedap namanya,dan sedap juga mata memandang tuan punya nama ni. Suka berbaju labuh,bertudung labuh,menjaga pergaulan,berkata bila perlu,MasyaAllah..dirinya umpama mutiara yang tersimpan rapi dalam lautan tanpa diusik oleh manusia. Umpama bidadari diSyurga yang dipelihara Allah,tidak pernah disentuh oleh mana-mana makhluk,terjaga rapi demi penghuni syurga yang akan ditentukan Allah untuk bersamanya,tapii..”

“Ehem,tiba-tiba senyap ni kenapa..teringat mawar tu ke..hehe,asif Hakim,ana bergurau je..tapi yang tentang ana doakan enta dengan Aisyah tu betul taw,amiin..ok lah,ana ade urusan..ana beransur dulu,Assalamualaikum..”  Hakim menjawab salam dengan senyuman sambil melihat sahabatnya itu hilang dari pandangan matanya. “Ya Allah..aku sama seperti lelaki yang lain,menginginkan wanita yang baik,bukan mencari yang sempurna,tetapi sekadar  yang baik buat diriku dan buat dirinya. Aku ingin mengikut pesan Rasulullah, “Pilihlah tempat untuk kamu menanam benih kamu”,aku tak nak bila diberi zuriat,anakku menuntut haknya dariku kerana tidak memilih seorang ibu yang baik buatnya Ya Allah..aku ingin m’jaga hak anakku dengan m’cari seorang wanita yang solehah supaya dapat m’jadi ibu yang baik buat dirinya,inilah pesan Kekasih-Mu Ya Allah..tetapi,adakah aku layak Ya Allah untuk memiliki bidadari dunia ini,Engkau lebih mengenali diriku..aku masih melakukan dosa-dosa Ya Allah,tapi manusia disekelilingku menganggap aku ni seorang yang baik,walhal..aku tawu,pasti malaikat,tumbuhan,dan binatang ciptaan-Mu semua m’hina diriku ini..bantulah aku supaya jadi seorang yang lebih baik untuk mendapatkan peneman hidup yang baik juga,aku yakin pada janji-Mu Ya Allah,wanita yang baik utk lelaki yg baik,dan juga sebaliknya..jodohkanlah aku dengan seorang yg solehah Ya Rabb,sekiranya aku ditakdirkan meninggalkan dunia ini sebelum permintaanku terjadi,bantulah aku untuk berhadapan dengn jodoh yang semua org tahu siapa jodohnya,iaitu kematian..aku tawu,semua manusia telah bertunang dengan kematian semasa hidup,dan pasti akan dijodohkan dengan kematian bila tiba saat malaikat-Mu menarik nyawaku..sehingga itu,bantulah aku m’jadi hamba-Mu yang soleh,amiin”
Tamat.


Read more...

Sunday, December 9, 2012

Aku Dijodohkan


Musim sejuk telah pun bermula di Mesir. Suhunya mencecah 15 celcius di sekitar Mesir,dan sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Mesir berhadapan dengan keadaan memakai baju “berlapis-lapis” untuk menahan kesejukan. Tidak ketinggalan juga Hakim,seorang pelajar di Kuliyyah Syariah di Al-Azhar yang memakai 4 lapis baju,dan menyelimut dirinya dengan dua selimut yang tebal. “Ya Allah sejuknya..macam mana nak buat “tamrinat” ni kalau nak tulis pun menggigil”,bisik Hakim dalam hatinya. Dilihatnya jam dinding menunjukkan waktu sudah hampir memasuki waktu Isyak,sudah menjadi kebiasaan bagi Hakim untuk menuju ke Baitullah bagi solat berjemaah. Ianya 1 perkara yang menyeronokkan bagi Hakim,seronok,gembira,senang hati apabila melakukan sesuatu yang disukai Allah. Umpama orang yang bercinta,bila dia buat sesuatu untuk pasangan yang dicintainya,mesti ade rasa gembira. Itulah yang dirasai Hakim tatkala cuba mengamalkan ape yang diperintahkan Kekasih Allah iaitu Rasulullah. Walaupun penat melangkah,letih dan kesejukan,dia cuba menguatkan hatinya sambil berbisik “Demi Allah,aku sanggup buat ape saja,janji Allah suka”.

Langkahan kaki kanan didahulukan Hakim ketika masuk ke dalam Masjid Al-Azhar. Hakim melihat ramai syabab-syabab yang sedang beriktikaf.Perasaan kagum,terharu dan sedih muncul dalam diri Hakim. Kagum dengan pemuda-pemuda yang lebih baik berada pada paandangannya. Dia berusaha untuk tidak merasa dirinya lebih baik dari orang lain,takut perasaan sombong dan riak muncul dalam dirinya. Selaras dengan kata-kata Umar Al-Khattab, “pandanglah orang lain itu dengan pandangan mereka itu jauh lebih baik dari kamu”. Perasaan sedih muncul dalam dirinya kerana Hakim merasa dirinya hamba Allah yang hina,jauh ketinggalan dalam meraih Cinta-Nya,Rahmat-Nya dan Redha-Nya,dibandingkan dengan orang lain,mereka banyak ilmu,dan baik akhlaknya. “Aku belajar syariah belum tentu aku insan yang lebih baik dari mereka,mereka yang belajar jurusan bukan agama pasti lebih baik dari aku,Ya Allah..hinanya hambaMu ini..”. Imam sudah mengangkat tangan bertakbir memulakan solat,Hakim segera mengusap air matanya yang sedikit mengalir mengenang dosa-dosanya yang lampau.

Al-Quran digenggam Hakim,sambil duduk di hadapan rak-rak Al-Quran yang tersusun rapi. Itulah perkara biasa yang dilakukan Hakim usai dari selesai menunaikan solat. Kalam Allah itu umpama sahabat bagi dirinya,sahabat yang berada dengannya tatkala susah mahupun senang. Sahabat yang akan membantu meringankan siksaan di akhirat kelak. Itulah Janji Allah yang terdapat dalam Kitab-Nya,barangsiapa yang membaca Al-Quran,dia akan ditemani oleh Al-Quran saat didalam kubur nanti sebagai syafaat buat manusia. Hampir separuh muka surat telah dibaca Hakim,tiba-tiba datang seorang teman karibnya Haikal,menyapa dirinya. Tangan dihulurkan,ucapan salam dimulakan ketika menyapa Hakim. “Assalamualaikum”,dijawab Hakim “wa’alaikumussalam..”. “Rajin betul enta bertadarus selepas solat,kalaulah ana ada anak perempuan nanti,ana nak nikahkahkan dia dengan enta”. Hakim tersenyum mendengar kata sahabatnya itu. Jiwanya berasa seperti ditimpa hujan batu sebesar gunung-gunung,merasa dirinya yang hina itu dipandang mulia pada mata manusia. “Ya Allah..aku masih melakukan dosa,tapi hamba-Mu masih beranggapan baik terhadapku,adakah ini istidraj Ya Rabb..”,bisik hakim dalam hatinya. 

Sambung Haikal lagi dengan berkata “enta ni sesuailah dengan sahabat kita tu yang namanya Aisyah,sama-sama baik,sama-sama rajin puasa sunat,memang sesuailah kalau enta dengan dia nikah” Hakim tergelak mendengar kata sahabatnya itu, “enta ni mengarut je..mana enta tahu ana ni baik..enta kenal ana luaran je,lagipun Aisyah tu baik orangnya..tak perlulah nak jodoh-jodohkan dia dengan ana,dia layak dapat orang yang lebih baik..enta ni tak habis-habis jodohkan ana dengan dia”,jawab Hakim. “tak salahkan ana doakan yang baik utk enta?”,berkata Haikal. “memanglah tak salah..tapi ana malas nak fikirlah bende ni,enta dah cakap tentang nikah sekarang ni,muda lagi ana ni..”,Hakim jawab kata-kata sahabatnya dengan tenang sambil memandang muka depan Al-Quran yang dihiasi corak yang indah dan penuh seni. Indahnya semua benda yang berkaitan dengan Islam,cara umat Islam berpakaian,rumah Allah,pertuturan kata,semuanya indah-indah belaka. Allah itu cantik,dan suka akan kecantikan.Sebab itu diSyurga pun nanti Indah-indah,Islam itu kan Indah. Keindahan ini hanya dapat dirasai bila kita cuba mengenal Allah,dan agamanya,lau dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

*sambungan seterusnya akan menyusul.. :)

Read more...

Monday, November 19, 2012

Kabar Gembira Disebalik Derita


Assalamualaikum w.b.t,alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana diri ini masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk terus menggunakan nikmat tangan dan mata dalam berkongsi ilmu yang tidak sehebat dan sebaik para pembaca semua. Kali ini entry yang ana ingin kongsikan mungkin pembaca dah biasa lihat dan kaji tentang entry ini. Ana sekadar ingin berkongsi dan saling mengingati kerana penyakit ilmu kan lupa. Ada masanya kita leka dan alpa dengan sesuatu yang sudah kita tahu tentangnya. Diri ini cuba untuk mengingati disamping mengingatkan diri.


Ana ingin berkongsi sebuah cerita bersama pembaca tentang seorang Insan yang hanya ingin dikenali sebagai  Abdu tentang sedikit cerita hidupnya. Sedikit sebanyak mungkin boleh dijadikan pengajaran dan peringatan buat kita. Cerita yg ringkas,tapi padat InsyaAllah. Bermula dengan keadaan persekitaran disebuah Pengajian Tinggi Tempatan Antarabangsa,dalam bulan Barakah iaitu dibulan Ramadhan. Pada suatu hari Abdu ni ada presentation yang mesti dilaksanakan,dan seperti biasa sebagai seorang student,wajib menggunakan laptop sendiri. Dengan semua data2 presentation dan juga pendrive sebagai “back up”,Abdu mempersiapkan barang-barangnya untuk dibawa bersamanya ke masjid untuk mendirikan solat Zohor. Dia mengatakan seperti biasa,sesiapa yang masuk kerumah Allah InsyaAllah ade setitik kebaikan dalam hatinya kerana rumah Allah hanya didatangi oleh hamba-Nya yang diketuk pintu hatinya untuk kesitu. Dengan hati dan yakin,tidak memikirkan tentang keburukan pada diri orang lain,Abdu meletakkan Laptopnya bersama-sama barang penting yang lain seperti wallet,pendrive,spec mata dan buku2 yang lain tidak jauh dari safnya berdekatan dengan almari Quran.


Mungkin ada diantara kita bila baca je dah cakap “ape r,letak barang kat tempat mcm 2,mmg habislah”. Macam yang ana cakap tadi,bende ni berlaku dalam bulan Ramadhan,yang mana Si Abdu ni sangka semua orang yang ada dalam rumah Allah pasti baik2,katanya sudah biasa bawa laptop dan dibiarkan pada suatu tempat dimasjid itu.


Anda mungkin menjangka laptop budak ni hilangkan??Yupp,betul tu,hilang selepas habis solat Zohor.Langkah dan melangkah,Abdu berkata pada ana,hanya Allah saje yg tawu ape perasaan’y tatkala melihat kearah tempat beg’y diletakkan. Dalam fikiran’y memikirkan bahan presentation,nota2 yg hilang.Cuba mencari-cari disekitar masjid,tapi tidak jumpe kate’y,kate’y lagi ade bertanya pada jemaah lain yang ade berada dikawasan situ,jwpn yg diberi “sorilah,xprasan..”. Ana berfikir sekiranya keadaan mcm 2,ana mungkin akan jwab sebegitu,tidak expect sape pnye tuan beg,hanya mungkin klaw nampak ade yg amik beg,mngkin itu beg dia.


Tanpa membuang masa,Abdu terus kekelasnya untuk elak dari dimarahi lecturer. Tatkala tiba didalam kelas,Abdu berkata dia hanya pasrah pada Allah,kate’y “aku yakin InsyaAllah jmpe balik laptop 2 dlm masa terdekat,aku yakin padaMu Ya Rabb”. Perasaan gelisah masih lagi mncul kerana group’y akan buat pembentangan,dan hanya Abdu je ada copy file itu. “Alhamdulillah”,itulah kata2 yg Abdu katakan pada ana saat lecturer’y menangguh presentation utk group’y,belum sempat Abdu minta tangguh,Allah dah permudahkan urusan Abdu dan ahli kumpulan’y. Sayangnya Allah pada hamba-Nya kan??Dia xkan turunkan ujian terus-terusan tanpa henti. Diri ini Turut gembira buat Abdu sbb dpt masa utk buat balik assignment’y. Abdu berkata “Ujian ni pasti ade kabar gembira buat aku,aku pasti Allah tu Maha Adil”. Merenung dan berfikir apekah kabar gembira disebalik ujian itu,Abdu berkata “Ya Allah,aku bersyukur padaMu kerana tidak memberi ujian yang berat,melihat org lain dlm bulan puasa m’jelang raya,ade yg hilang kluarga kesayangan,hilang rumah kerana terbakar,jari putus,ujian yg mereka hadapi lbih hebat dari ujian yang aku terima Ya Allah,setidak’y anggota badanku sempurna lagi sekarang,kluarga smua masih ade,klaw laptop xhilang,mngkin bnde lain yg lgi pnting akan aku hilang,dan mgkin juga smua ini berlaku kerana dosa2 ku Ya Allah,sayangnya Engkau padaku Ya Rabb,turunkan balasan didunia dan bukan diakhirat.” bagi dirinya segala yg berlaku,sebab Allah berikan yg terbaik dlm kebaikan,dan  juga yg terbaik dlm dugaan.


1 kisah yg bukan dikehendaki oleh Abdu utk menunjuk-nunjuk,tapi sbagai perkongsian utk sama2 kita semua cuba ambil iktibar(jngn letak barang berharga merata-rata antaranya). The most important is,Allah pasti sayang pada hamba-Nya dlm semua keadaan yang dia berikan pada kita.

Sekian wassalam.. :)

Read more...

Saturday, November 10, 2012

Mulakanlah dengan Rasa "Cinta"



Assalamualaikum,ahlan wa sahlan bikum..entry kali ni ana nak kongsi ckit tentang“Mulakanlah Dengan Rasa CINTA”. Apepun,sebelum 2 mohon kpda p’baca smua,mulakan bacaan entry ni dengan rasa cinta ye,bukan rase cinta pada ana,bukan-bukan,tapi mulakan dengan rasa cinta ingin meraih redha dari-Nya dngn menambah ilmu dlm jiwa kita. Kan tuntut ilmu 2 fardhu atas setiap muslim,sebagai mana sabda Rasulullah “Tuntut ilmu adalah fardhu keatas setiap muslim”. Tak kisahlah ilmu tentang apa,yang penting,ilmu yang m’bawa manfaat pada kita.

Maashi,dah mula dngn cinta??dah?Alhamdulillah..lgi skali nak ingatkan,bukan rase cinta pada ana taw,hehe..Rasenya semua dah tawu ape yg ana nak ckpkan tentang entry ni kn,btllah 2,maksud’y setiap pekerjaan kita,kita lakukan demi Dia yang tercinta,dengan rasa Cinta pada-Nya. Sebelum kita pergi jauh,nak ckp ckit tentang Cinta,cinta ni 1 perkataan yang indah bila d’sebut,dan bila dialami ,kita dengar je perkataan CINTA,dah dpt rase indah je p’kataan ni kn,senang cter smua bnde2 yg indah perkataan’y pun indah2,sedap didengar. Mane ade bende yg indah tapi perkataan’y buruk kan,contoh..”Jijik”,dengar je perkataan ni bagi kita x indah,2 baru dengar,blum rase lagi kn,cuba kita sebut CINTA,waahh..sedap je dengar kan,lagi2 org yg nama’y cinta. Nak share ckit ape itu cinta,Abu Yazid al-Bustami mengatakan cinta itu adalah membebaskan diri dari halangan untuk beribadah kpda-Nya,dengan m’buang rasa sudah banyak membuat amalan baik,sebaliknya selalu merasa sedikit dan lemah dalam mewajahkan amalan dihadapan-Nya. Itulah dia cinta. Pemberi semangat utk beribadah kepada-Nya :)

Penting’y kita perlukan cinta ini sebab ianya boleh dijadikan “Booster” utk diri kita berbuat kebaikan,dan m’jauhi kemungkaran. Dengan cinta pada Ilahi,kita pasti ingin tarik perhatian-Nya dengan berbuat kebaikan. Mcm sesame manusia,bila kita cintakan seseorang,kita akan buat sesuatu yg nmpak baik pada dirinya. Samalah dlm konteks kpada tuhan,bila kita cinta pada-Nya,ia akan m’galakkan diri kita utk jadi yg terbaik pada pandangan-Nya. Bila ade rase cinta tu,kita akan tabah untuk hadapi dugaan,kita akan redha dengan ape yg berlaku. Seperti kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha,kerana Cinta’y pada Allah,Nabi Yusuf menolak ajakan Zulaikha yg mengajak’y berbuat maksiat. Kerana cinta juga,Rabiatul Adawiyyah menjadi wali Allah,taat beribadah setiap masa,dan yakin Allah pasti akan beri ganjaran bila buat kebaikan.

 Tahap Cinta Rabiatul Adawiyah dpt d’tunjukkan dlm satu kisah yg mana 1 hari ni,ade dua orang Ulama  yg datang kerumah’y dalam kedaan yg sangat lapar. Kemudian Rabiatul Adawiyah ingin m’berikan dua biji roti pada mereka,tetapi niat itu terbatal kerana pada saat itu tiba2 ade seorang pengemis datang meminta makanan,lalu Rabiatul Adawiyyah m’berikn roti itu padanya. Dua org ulama tadi hairan kenapa Rabiatul Adawiyah bertindak sedemikian,dan kemudian tidak lama selepas itu,dtg seorang wanita hamba kepada tuannya  m’bawa keranjang berisi roti hangat ingin memberi padanya,tetapi dia menolak pemberian’y apabila dikira jumlah roti itu hanya 18 saja yg ada. Rabiatul Adawiyyah berkata supaya bawa pulang roti itu semula kerana bagi’y roti itu bukan untuk dirinya.lalu wanita itu pun pulang dan menceritakan hal itu pada tuannya. Lalu tuannya itu menambah bilangan roti itu sehingga jadi 20 bilangan’y. kemudian pembantu itu pergi semula menemui Rabiatul Adawiyyah utk mberikan roti itu. Lalu Rabiatul Adawiyyah menerima pemberian itu kali ini. Selesai je menjamu selere,ulama tadi bertanya tentang tindakan wali Allah itu,dan Rabiatul Adawiyyah menerangkan pada mereka. Ketika Rabiatul Adawiyyah ingin m’beri roti itu pada pengemis,beliau berdoa kepada Allah :Tuhanku,Engkau telah berfirman dlm Kitab SuciMu “Barangsiapa melakukan kebaikan akan Kubalas sepuluh kali ganda”. Sebab itu Rabiatul Adawiyyah menolak pemberian roti yg pada mulanya 18 saja,kerana keyakinannya pada Allah yg m’janjikan 10 kali ganda utk setiap kebaikan.

MasyaAllah,kerana rasa Cinta pada Allah,Rabiatul Adawiyyah meletakkan segala-galanya pada Allah,beliau yakin pada janji Allah. Dengan rasa Cinta itulah Rabiatul Adawiyyah beribadah kepada Allah. Sebab itu,dlm setiap perkara,buatlah dengan rasa Cinta pada Allah sebagai booster,p’beri semangat. Dengan rasa ingin bercinta dengan Allah,diri kita akan bersemangat dan kuat ingin melangkahkan kaki kerumah Allah,mungkin kita ddk d’atas bangunan yg bertingkat,tapi kerana Cinta itu,kita akan kuat walaupun penat. Kerana Cinta pada-Nya juga,kita akan kuat utk m’jadi seorang yg lbih baik,bkan utk org lain,tapi kerana rasa Cinta kita pada Allah utk m’jadi yg terbaik pada pandangan-Nya…Bi sababi zalik,perlu’y kita tanamkan rasa Cinta dlm diri kita dlm beribadah utk-Nya.

Carilah “Hubbun” itu,banyak cara yg bleh kita guna utk dptkan rasa itu..Baca dan fahami Quran ke,atau baca buku2 ilmiah yg bnyk dijual dibookstore. Sama-sama kita jadi seorng yang lebih baik dan lebih baik dari hari ke hari.. moga Allah bantu kita,amiinn.. :)

Jom kita Bercinta dengan Allah kwan2..moga dngan rasa Cinta tu,kita kuat utk mengubah diri kita kearah yg lebih baik..Mungkin masa lampau kita seorang yg jahil,jngn biarkan masa hadapan kita,kita terus m’jadi jahil..
Love Allah Forever..


Read more...

Thursday, November 8, 2012

Banyak Bercakap,Banyak Dosanya



Pada tubuh badan kita ada 1 anggota yg boleh m’bawa kpda kebaikan,dan juga kpda keburukan. Organ ini meskipun lembik dan tidak bertulang,ia m’punyai kesan yg baik dan buruk jika disalahguna. Mungkin para pembaca dapat kenal pasti ape organ itu kn?Sohih,ianya lidah..Dengan lidah,manusia mula menabur fitnah,menuduh,dan melaknat. Semua ini terjadi bila kita lbih suka bercakap lebih dari mendiamkan diri. Kalau berkata perkara berfaedah tak ape,tapii…klaw sebalik’y?Perkara ini jika ada dalam diri kita ianya bukanlah tanda2 sifat org yg beriman,kita lihat pada 1 hadis yg diriwayatkan Imam Muslim,Rasulullah b’kata “Bukanlah dia seorang mukmin jika dia menuduh,melaknat,bercakap yg sia2 atau mengeji” See,nmpak x perkataan yg diboldkan??Cuba kita tanye diri,biasa kita ni diamkan diri bila tiada bnde nak diperkatakan,atau memanjang membebel pada bende2 yg xpenting?contoh lah,gossip,rase’y bnde ni kaum Hawa pro kot,jngn terasa.. :)  

Gosip yg kita tawu,ianya tentang sesuatu yg “HOT”,n mostly bnde2 yg xpatot d’bincangkan,sibuk ckp pasal aib org lain lah,itulah,inilah. Adakah kita still nak mengaku “aku baik,aku dah solat,insyaAllah aku dikalangan org beriman”??Kita silap..Ingat,Rasulullah ade pesan “Sesiapa yg beriman kpda Allah dan hari kemudian,hendaklah mengatakan kata-kata yg baik,jika tidak mahu hendaklah dia diam”.

Tanye lagi kat diri kita “Apa aku ni beriman pada Allah?walhal tak m’jaga lidah,bnyk berkata2 yg tdak berfaedah” Lagi pun buat ape kita sibuk crita pasal aib org kan,lbih baik kita smpan,ingat,Rasulullah ade pesan,kalau kita xbkak aib org,Allah akan ttp aib kita.


One more thing,disebabkan mulut juga,kita boleh masuk neraka,Ya Allah,mulut je dah masuk neraka? Yupp..Rasulullah pernah ditanya “Apakah amalan yg menyebabkan seseorang itu masuk neraka?” Rasulullah jawab “Kejahatan mulut dan kemaluannya” (Riwayat al-Tirmizi)

Jadi,kita tunggu ape lagi,jom kita REPAIR mulut kita supaya tak ckp perkara2 yg xpenting,ingat,dengan kata2 kita boleh tahu sebaik mana akhlaknya,dan juga sebaliknya.

 Pss:Jngn pula kita jadi pendiam smpai org datang rumah kita pun,kita senyap je,yg penting,berbicaralah pada tempatnya.. :)


Allahu a’lam..

Read more...

Thursday, November 1, 2012

Tabahkan Hatimu Wahai Teman



Ucapan salam kepada teman-teman yang mungkin berada dalam keadaan diberi nikmat dari Allah,dan mungkin juga diberi musibah kerana Cinta-Nya,Assalamualaikum.. :)

Alhamdulillah diucapkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nikmat dari-Nya,dan Alhamdulillah juga ke atas-Nya kerana masih diberi ujian. Kenapa kita juga kena ucapkan Alhamdulillah,walhal kita diberi ujian? Temanku,fitrah kita bila diberi ujian,mesti kita ingat pada-Nya,cuba tanya pada diri,pernah tak kita cakap “Ya Allah..susahnya nak dapatkan bende tu..”,ataupun”Ya Allah..sakitnya kaki ni..”. pernah kan? Itulah dia manusia,fitrahnya adalah kembali kpda tuhan ketika dalam keadaan sakit,atau kesusahan. Sebab tu,kita kena bersyukur pda Allah kerana ujian yang menimpa diri,kita kembali mengingatinya. Cuba kita tengah seronok2,susah bagi kita nak mengingati. Tapi ade masanya juga,kita susah nak bersyukur bila ditimpa musibah,balik-balik fikir “kenapalah benda ni berlaku kat aku”,kadang-kala sampai tak terima ujian tu.

Teman-teman,percayalah setiap ujian itu pasti ade kebaikannya,pasti ade diselitkan cinta Allah untuk kita. Cuma terletak pada kita mcm mana kita memandang ujian itu,dari sudut mana kita perhatikan masalah yg menimpa diri. Dalam memahami dan mencari dimana cinta Allah dlm ujian tu,kita kena perhatikan dari setiap sudut,setiap ruang. Kalau hanya lihat 1 arah saja,mungkin keburukan saja yg kita nampak. Ana bagi 1 contoh,antara seorang anak sedang bermain di atas lantai dan si ibu sedang duduk di atas kerusi,si anak bertanya “ape yang ibu buat?” kemudian ibunya m’jawab “ibu sedang menyulam nak..” Anak itu bertanya lagi,”kenapa ibu menyulam sedangkan kain itu xcantik,dengan benang2 nya yang terkeluar” Si ibu hanya tersenyum lalu berkata “bangunlah wahai anakku,cuba lihat dari atas..”. Lalu anak itu terkejut apabila melihat dari atas sebab keadaan kain pada permukaan atas sangat cantik berbanding lihat dari bawah. Begitulah perumpamaan yg msti kita jadikan contoh,lihat ujian Allah itu bukan hanya pada 1 sudut,tpi kita fikir dan renungkan apa yg tersirat dan tersurat. Mungkin ada diantara kita yang patah kakinya,cuba fikirkan kenapa Allah takdirkan pada dirinya mcm tu?mungkin sbb Allah tahu,kalau kakinya kuat,sihat,dia akan pergi ke tempat2 maksiat sampai mjatuhkan dirinya dlm kegelapan. Bukan ke ini 1 dari cinta Allah?Ya Allah..sayang’y Allah pada kita bukan?

 Percayalah,setiap perkara yang Allah beri adalah yang terbaik buat kita,ape saja yang dilakukan-Nya adalah tanda cinta Dia pada kita,berbeza dngn kita,yg mungkin melakukan sesuatu tidak meletakkan cinta untuk-Nya,sebaliknya mencari perhatian manusia untuk mendapat pujian. Temanku,dlm mhadapi sebarang ujian,teruslah melatih diri utk sabar,dan percaya disebalik ujian itu,pasti terselit pahala. Sebagaimana sabda Rasulullah “Setiap kesusahan,keletihan,kepayahan ada terselit pahala buatmu” Dan ingatlah,tanda org beriman adalah sentiasa sabar apabila diberi ujian sebagaimana hadis dari Imam Muslim “Sungguh aneh seseorang mukmin itu,seluruh keadaan yang menimpa dirinya adalah kebaikan baginya. Keadaan ini tidak akan ditemui kecuali pada org beriman”

Temanku,teruskanlah utk bersabar dalam segala hal,moga kita sentiasa dibawah rahmat-Nya,dan m’dapat balasan baik dari-Nya.. La Tahzan Ya Zamili..

Wallahu a'lam
Read more...

Friday, June 8, 2012

Kisah Wanita Mati dalam keadaan Mencabar Allah


Kisah yang berlaku terhadap seorang wanita ini pada musim panas di Kaherah,Mesir wajar dijadikan iktibar agar kaum wanita menjaga kesopanan terutama ketika berpakaian. Satu perjalanan jauh dari Kaherah ke Alexandria dengan sebuah bas memakan masa yang lama. Di dalam bas itu terdapat seorang wanita muda berpakaian tidak menutup aurat dan sudah tentu dia menjadi perhatian penumpang lain. Barangkali kerana ramai yang menutup aurat di dalam kenderaan itu,maka wanita itu mengambil keputusan untuk duduk dihujung kerusi berhampiran pintu keluar.

Seorang lelaki separuh usia yang kebetulan duduk berhampirannya menegur perbuatan wanita muda itu dengan lembut bicaranya. “Maafkan pak cik kerana menegur pakaian anak. Pak cik rasa anak tidak sepatutnya berpakaian seperti ini kerana ia melanggar hokum agama dan boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik terjadi kepada anak”

Namun wanita muda itu berasa tersinggung dengan teguran tadi tidak boleh menerimanya. Dia memandang wajah lelaki tadi dengan wajah yang menahan marah lalu berkata “Berpakaian adalah hak saya dan pak cik sudah mengganggu keselesaan saya!”

Lelaki tua itu terdiam seketika sebelum wanita itu berteriak dan dengan lantang bersuara “Jika tuan mahu,ini pensel saya. Tolong tempahkan untuk saya,tempatkan dineraka Tuhan.!!” Wanita itu lantas menghulurkan pensel kepada lelaki separuh usia itu seolah-olah mencabarnya. Teriakan yang kuat itu menyebabkan penumpang lain menoleh kea rah wanita muda itu. Lelaki itu hanya mampu beristighfar sambil mengucapkan kalimah Allah yang tidak didengari butirannya.

Selepas kejadian itu,sesampai di terminal bas,penumpang berpusu-pusu untuk turun. Ketika ingin turun ada penumpang yang cuba mengejutkan wanita muda yang tidak menutup aurat tadi kerana lena tidur. Tetapi setelah berkali-kali dikejutkan,wanita itu tidak bangun. Setelah dirasai nadinya,ternyata wanita tadi sudah menemui ajal. Penumpang lain hanya mampu beristighfar kerana baru sebentar tadi wanita malang itu mencabar supaya menulis namanya agar ditempatkan dineraka. Ternyata dia mati dalam keadaan menentang Allah.

*Dari kisah ini,banyak yang boleh kita ambil pelajar,salah satunya betullah berpakaian itu hak kita,terpulang kita nak pakai apa. Jubah ke,t-shirt ke,asalkan kita memenuhi hak Allah yang memerintahkan wanita menutup aurat mengikut syariat Islam. Kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai,selagi mana Allah bagi kita untuk bernafas,selagi itulah kita kena berusaha memperbaiki diri  kearah yang lebih baik.


Wallahu a’lam..
Read more...

Wednesday, May 23, 2012

Akhlak Rasulullah Terhadap Anak Yatim




Sayang dan cinta kepada anak yatim merupakan 1 daripada akhlak Rasulullah yang terpuji.Sebagaimana yang diriwayatkanoleh Anas bin Malik,beliau menceritakan “Pada suatu hari,Rasulullah keluar menuju solat. Di tengah perjalanan,baginda bertemu dengan sekumpulan kanak-kanakn yang kelihatan sedih menyebabkan baginda bertanya kepadanya :


“Hai anak,mengapa kamu bersedih hati,enggan ikut bersama bermain dengan kawan-kawanmu?”
Kanak-kanak tersebut tidak tahu bahawa ia sedang berdepan dengan Nabi Muhammad SAW. Lalu dengan linangan airmata ia pun menjawab:

“Wahai pakcik,ayah saya telah gugur dalam peperangan membela Rasulullah. Sekarang ibu saya telah berkahwin lagi. Suaminya telah mengusir saya sedang harta kekayaan saya warisan dari ayah telah habis dimakan oleh ibu. Kini saya tidak mempunyai makanan,minuman,pakaian dan rumah. Oleh kerana itu saya menangis kerana menyesali nasib yang telah menimpa diri saya. Mengapa malapetaka menimpa ayah saya sehingga saya menjadi seperti ini,tidak seperti kawan-kawan yang masih mempunyai ayah”
Mendengar jawapan si anak kecil itu,hati baginda menjadi hiba lalu baginda bersabda:

“Wahai anak kecil,sukakah kamu jika aku menjadi bapamu,Aisyah menjadi ibumu,Ali menjadi bapa saudaramu,Hasan dan Husin menjadi saudaramu?”

Kanak-kanak itu terperanjat mendengar jawapantersebut,lalu ia sedar bahawa ia sedang berhadapan dengan Rasulullah. Dengan gembira lalu ia berkata:
“Mengapa tidak suka ya Rasulullah?”

Sejak itu kanak-kanak itu menjadi tanggungan Rasulullah.
Mulianya akhlak Rasulullah. Semua yang ditunjukkan Rasulullah bertujuan sebagai petunjuk untuk kita supaya mengamalkan sifat ini. Sebagaimana sabda nabi:

“Aku dan orang yang menanggung(memelihara)anak yatim(dengan baik) ada di syurga bagaikan ini..(sambil memberi isyarat dengan merentangkan kedua-dua jari telunjuk dan jari tengahnya)”
(Riwayat Bukhari)

Selepas kita baca kisah ini,pasti timbul rasa kecintaan kepada anak-anak yatim bukan. Jom kita sama-sama berusaha untuk menyayangi golongan ini,dan moga Allah memberkati usaha kita..
Wallahu a’lam..
(petikan daripada Ibnu Sahli Abu Muhammad Saifuddin)

Read more...

Wednesday, May 16, 2012

Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah



Pada abad ke 12 Masihi,berlaku peperangan tentera salib dengan pejuang Islam yg dikenali sbgai Perang Salib. Pelbagai usaha dlakukan bgi mencemar kesucian agama Islam termasuklah usaha untuk mencuri jasad Rasulullah. Pada tahun 557 hijrah,Sultan Nuruddin Abul Kasim Mahmud bin Imaduddin Zanki b’mimpi melihat Rasulullah menuding tangannya kea rah 2 lelaki brambut perang dan b’mata juling smbil bkata “Selamatkan Saya daripada 2 org lelaki yg jahat itu”

Beliau kmudian tjaga dari tdurnya lalu mngerjakan solat sunat tahajjud. Mimpi itu b’ulang slama 3 kali pda mlm yg sama. Sultan Nuruddin kmudian m’manggil menterinya benama Jamaludin al-Mausili dan dceritakan tentang mimpi itu kpda Jamaludin. Jamaludin bkata “Wahai Tuanku,mungkin ade sesuatu yg buruk berlaku di Madinah,tuanku tidak bleh bdiam diri,mari kte b’angkat ke Madinah”

Pada mlm itu juga Sultan Nuruddin b’angkat,sesudah tiba diMadinah,beliau pergi ke Masjid Nabi dan mendapati kamar dimana terletaknya perkuburan Rasulullah kelihatan tenang sahaja. Tiada apa-apa yg ganjil. Apabila selesai solat subuh,Sultan Nuruddin membuat pngumuman untuk mberi sedekah kpda smua penduduk Madinah. Tujuannya bgi mencari lelaki berambut perang seperti yg d’tunjukkan dlm mimpinya.
Selepas org ramai mngambil habuan,Sultan Nuruddin btanya jika ada sesiapa yg belum mndapat habuan tersebut,smua penduduk madinah mnjawab sudah dpt kcuali dua hartawan dari Maghribi yg alim. Mereka tidak mahu terima sedekah,tetapi mereka yg selalu bersedekah. “Beta mahu 2 lelaki hartawan itu m’hadap sekarang”perintah Sultan Nuruddin.

Apabila lelaki itu m’hadap,Sultan Nuruddin t’kejut merekalah lelaki yg muncul dlm mimpi beliau. Apabila dtanya,kdua-dua lelaki itu mngatakan tujuan dtg ke Madinah utk beribadah. Penduduk Madinah juga mengakui lelaki itu baik dan alim. Setiap hari dtg ke masjid utk b’ibadah.
“Kedua-dua lelaki ini berpuasa setiap hari dan sentiasa menunaikan solat di Raudhah serta sering mlawat kbur Rasulullah. Mereka jga m’ziarahi pkuburan Baqi’ setiap hari dan Masjid Quba setiap hari Sabtu”. Disebabkan itu,bebaskanlah mereka tuanku,kata Gabenor Madinah.

Sultan Nuruddin masih tdak bpuas hati lalu pergi kerumah tmpt tinggl lelaki tersebut. Tiada apa-apa yg mencurigakan dirumah tersebut. Sultan Nuruddin berdoa kpda Allah spaya diberikan petunjuk. Tiba-tiba mata Sultan Nuruddin terlihat sehelai tikar. Hati beliau tergerak utk menyelak tikar itu. Alangkah terperanjat Sultan Nuruddin apabila m’dapati ada sebuah lubang dibawah tikar itu. Beliau menyuruh pngawalnya masuk ke dalam lubang itu. Ternyata lubang itu menghala ke kamar Rasulullah di Masjid Nabi. Kmudian 2 lelaki itu dtangkap dan disoal siasat. Ternyata mereka adalah org Kristian yg dhantar angkatan perang tentera Salib(Crusaders). Mereka ddibekalkan dngn harta yg banyk dengan 1 tugas yg besar iaitu mencuri jasad Rasulullah.

Kedua-dua lelaki tersebut mnyewa rumah bhampiran dngn Masjid Nabi utk memudahkan urusan penggalian. Setiap mlm mereka mggali,dan kmudian tanah galian itu dmasukkan kedalam guni dan dibawa ke Baqi’ dan dibuang di sana yg disangka penduduk Madinah mereka itu melawat kubur. Pada setiap hari Sabtu pula,kedua-duanya ke Masjid Quba bgi melaporkan hasil kerja mereka serta mndapatkan bekalan harta yg baru.

Usaha mereka itu hmpir Berjaya apabila lubang yg digali Cuma tinggal sedepa utk smpai ke kubur Rasulullah.  Kedua-dua lelaki itu dhukum pancung atas perintah Sultan Nuruddin.Kmudia Sultan Nuruddin memerintahkan digali sebuah parity g dalam di sekeliling kamar Nabi,kemudian dituangkan dengan timah cair supaya tidak dapat lagi ditembusi sesiapa.

Petikan dari buku Umar Abdul Aziz
Read more...

Saturday, February 18, 2012

Si Miskin yg Kaya disisi Allah

Manusia lahir ada yang berasal dari keluarga yang kaya dan ada juga yang miskin. Mungkin ada yang bersedih kerana dilahirkan dari keluarga yang miskin,tapi ada juga yang bersedih dan berduka cita kerana lahir dari keluarga yang kaya.


Contohnya,Si Miskin berada di sebuah rumah yang tersergam indah,besar,cantik,kemudian berbisik dalam hati dia “kenapa lah aku miskin,kan bagus kalau aku kaya,macam-macam boleh beli”. Sedar tak sedar apa yang Si Miskin ini bisikkan,dia menunjukkan sifat rasa tidak bersyukur,nak lebih lagi. Inilah yang akan berlaku,yang mana Si Miskin bersedih lalu m’ngucapkan kata-kata seperti tadi. 1 contoh lain,Si Kaya ni berada dalam sebuah rumah teman dia,dia melihat rumah itu kosong tanpa barang-barang yang mewah,rumah tidak besar dan tidak pula cantik. Tapi Si Kaya itu melihat rumah itu penuh dengan suasana yang ceria,kasih sayang Nampak diantara keluarga teman’y itu. Kemudian berbisik dalam hati Si Kaya “kalau lah aku hidup serba sederhana kan best,gembira,bahagia,tak macam sekarang,tertekan dngn kerja,msalah anak2 lagi,isteri yg asyik enjoy”. Bukan ke ucapan kata-kata Si Kaya ni menunjukkan dia tidak gembira dengan apa yang dia ada,tpi dia sedih dan berduka cita.


Inilah kita manusia,susah nak berasa syukur dengan apa yang Allah berikan. Moga Allah ampunkan kesalahan kita ini. Kita lupa meletakkan rasa bersyukur kepada Allah sampai semua benda jadi serba tidak kena. Sampai kita salah anggap perkataan kaya itu untuk siapa. Layak diberi kpda siapa. Hampir semua diantara kita cakap orang kaya itu yang ada banyak harta,orang miskin pula yang tidak ada harta.
Jangan lupa dengan kata-kata Rasulullah yang mana Baginda bercakap orang yang paling kaya diantara kita ialah orang yang masih lagi mampu memberi(bersedekah) meskipun kita dalam keadaan yang susah dan tidak banyak harta. Manakala yg paling miskin ialah golongan yang susah untuk memberi dan mengeluarkan zakat dan berasa tidak cukup dengan apa yang dia ada meskipun dia dalam keadaan yang senang,dan banyak harta. Inilah orang yang paling miskin.


Inilah perumpamaan yang Nabi beri kpda kita untuk tahu siapa yang paling kaya,dan siapa sebenar’y yang paling miskin. Kalau kita ni dalam golongan yang suka memberi,kitalah yang kaya. Tak perlulah bersedih hanya gelaran miskin,sebab Rasulullah suka akan golongan orang miskin dan suka berdamping dengan orang miskin,kalau kita hidup susah,bayangkan lah Rasulullah ade disamping kita,meskipun baginda sudah wafat,sebagai penguat dan penenang kepada kita.
Jadi yg mana 1 kita nak,kaya pada pndangan Allah atau hanya kaya pda dunia?
 
Wallahu a’lam..
Read more...

Thursday, January 5, 2012

Ya Allah..ampunkanlah dosa kami..



Assalamualaikum teman-taman,pernah tak kita fikir,dalam liku-liku m’hadapi hidup sbgai hamba Allah,kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas. Dalam menghadapi cabaran dan tentangan orang di sekeliling,Allah sentiasa ada di samping kita untuk menemani kita. Allah lah yg paling hampir dngn kita,lbih dkat dngan kita b’banding urat dileher kita ini. Bayangkan lah dekat’y Allah dngn kita,klaw kita byangkan,pasti kita akan tangisi dosa-dosa yg kita lakukan. Setiap pagi kita bangun,p’kara pertama yg kita fikirkan dulu apa dia?adakah assignment yg blom dselesaikan,adakah kita bangun2 tidur je fkir “text si dia lah ucapkan morning”. Berapa kali dlm seminggu kita ucapkan “Selamat pagi Tuhanku yg mciptakan ku,dan mberi nikmat utk aku teruskan hidup ini”mungkin ada di antara kita yg xpernah ingat Allah tatkala bangun dari tidur. Setidaknya kita ingatlah Allah dengan berdating dengan-Nya dalam solat subuh,kita bersms dengan Allah tatkala berdoa dalam waktu subuh,kita lakukan dengan sedaya upaya untuk mendapatkan khusyuk,walaupun tidak sempurna khusyuk kita,tetapi kita lupa,Allah m’hargai setiap usaha hamba-Nya yg berusaha utk m’hampiri-Nya.Setidak’y kita mulakan hari kita dngn mengingati Allah.


Teman-teman,mungkin ada diantara kita yg dalam hidupnya dia sentiasa d’beri musibah,musibah dlm soal kerja,rumah tangga,soal hati dan perasaan,sampai kita sering mengeluh dalam hidup kita ini,ada kala’y hampir setiap hari kita mengeluh,sehingga bangun2 pagi je kita berduka cita. Mungkin ada yg pernah b’bisik dlm hati’y dipagi hari dengan b’kata “apalah tujuan hidup aku ni,semua yg aku buat xmjadi”,dngn b’dukacitai dpagi hari,ingatlah,Allah melaknat setiap hamba’y yg berduka cita dipagi hari,sebagaimana yg diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dlm buku’y “Hadis-hadis Qudsi”. Sama-samalah kita melatih diri utk tidak berduka cita,sedih,cntoh’y,jngn lah kita sedih klaw kita b’jauhan dngn keluarga,janganlah kita sedih bila Allah menurunkan p’nyakit ke atas kita,dan mslah yg sering buat kita sdih adalah mslah perasaan,xperlulah kita b’sedih tentang jodoh kita.,kerana Allah sentiasa bersama kita,cukuplah fikirkan Cinta Allah terhadap hamba-Nya dah cukup buat kita bahagia.. Ya Allah..sayang’y Allah kat kita..Pemurah’y Allah kat kita..Dia yg beri mata utk kita melihat ciptaan-Nya,utk kita mbaca bahan2 ilmiah,tanpa mata ni,mcm mana lah kita nak tambah ilmu,Dia lah yg beri telinga utk kita m’dengar ajaran-Nya..Dia lah segala-gala’y buat kita..tanpa Dia,hidup kita tidak bermakna teman-teman..tanpa Dia,siapalah kita..bukan dngn b’kata pada psangan “Tanpe engkau kekasih,hidup aku tak bermakna lagi”. Sama-samalah kita beristighfar kpda Allah..


Ya Allah,maafkanlah kami..ampunkanlah kami..terimalah amalan kami..janganlah Engkau tarik nyawa kami dlm keadaan amalan dosa kami lebih berat dari amalan baik kami..sekira’y kami ditakdirkan esok atau lusa meninggalkan dunia ini,tariklah nyawa kami dlm keadaan amalan pahala kami lebih berat dari dosa kami..kami redha Ya Allah sekiranya Nyawa kami ditarik tapi dibalas dengan SyurgaMu..(Doa yg pernah dbaca Umar al-Khattab)

Read more...

Friday, December 30, 2011

Tiada Pahala Bagi Tentera Upahan

Abu Ayyub melaporkan,Nabi Muhammad Saw bersabda:


“Berbagai wilayah akan ditakhluki bagi kalian dan akan dikerahkan pasukan yg besar,diputuskan adanya pengiriman pasukan kpda kalian. Lalu seseorang di antara kalian merasa enggan untuk dikirim dalam pasukan. Maka dia ingin membebaskan diri dari kaumnya,kemudian dia mendatangi beberapa kabilah,menawarkan dirinya dengan berkata “Siapa yg mahu mewakili aku dalam pengiriman pasukan ini” Itu adalah org upahan hingga akhir tetesan darahnya”


Ada seseorang bertanya “Wahai Rasulullah,apa pendapat engkau tentang seorang yg berperang kerana mencari upah dan agar disebut-sebut?Apa yg dia dapat?”
Baginda mjawab “Dia tdak mdapatkan apa-apa” Baginda mengucapkan tiga kali,lalu bsabda lagi “Dia tidak mdapatkan apa2. Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali yg tuls kerana-Nya dan mencari keredaan-Nya”


(Diriwayatkan oleh An-Nasai dan Abu Daud)


Kalau kita phatikan hadis ini,mungkin ada yg terlintas mcm mana pula askar upahan yg diberi perintah utk b’perang,adakah mereka b’perang kerana Allah,atau b’perang niat nak p’tahankan pemimpin,atau berperang kerana negara dalam bahaya, boleh jadi ada diantara askar2 yg meletakkan niat lain dahulu,tapi lupa berniat kerana Allah. Moga mereka berada dalam Rahmat dan jagaan Allah.
Read more...

Monday, December 26, 2011

Dajjal,Nabi Isa,Yakjuj dan Makjuj

An-Nuwwas bin Sam’an menceritakan,Rasulullah memperkatakan mengenai Dajjal,kadang kala beliau merendahkan nada suara dan kadang kala baginda meninggikannya,hingga kami merasa seperti berada bersama sekumpulan lebah. Pada petang hari itu,kami menemuinya dan kami dapat melihat kesan kesedihan pada muka Rasulullah SAW.

“Bagaimana keadaan kalian?” tanya Rasulullah.
Kami menjawab, “Wahai Rasulullah,pagi tadi tuan membicarakan mengenai Dajjal. Sesekali tuan merendahkan suara dan sesekali tuan meninggikannya,sehingga kami seakan-akan berada di tengah kerumunan lebah.”

Rasulullah Saw berkata kpda mereka “Bukan dajal yg saya bimbangkan terhadap kalian. Sekiranya dia muncul dan saya berada di tengah kalian,tentu saya akan membela kalian dengan hujah-hjah saya. Tapi jika dia tidak muncul,sedangkan saya tidk lagi berada dalam kalangan kalian,setiap orang akan membela diri’y dengan hujah sendiri,sedang Allah merupakan penggantiku bagi membalas setiap org muslim. Dajal adalah seorang pemuda yg rambut’y keriting dan mata’y sepet. Pada saya ia kelihatan seperti Abdul Uzza bin Qathan. Siapa yg bertenu dengannya,hendaklah dia membaca permulaan surah al-Kahfi.
Dia akan membuat kerosakan,wahai hamba-hamba Allah,teguhkanlah hati kalian”

Kami bertanya, “Wahai Rsulullah,berapa lama ia akan tinggal di bumi?”
Rasulullah m;jawab “Empat puluh hari. Sehari seperti setahun,sehari seperti sebulan,sehari seperti seminggu dan seluruh hari’y seperti hari-hari kalian”

Kami bertanya “Wahai Rasulullah,sekiranya sehari seperti setahun itu,apakah cukup bagi kami mendirikan solat seperti solat kami dalam sehari?”
Rasulullah mjawab “Tidak,tetapi hitung sebagaimana mestinya menurut hitungan hari itu”

Kami bertanya”berapa kepantasan dajal berjalan di bumi?”
Rasulullah m’jwb “Seperti hujan yg ditiup angin kencang. Ia datang kpda kaum dan menyeru mereka,sehingga mereka beriman kepadanya. Ia menyuruh langit menurunkan hujan,lalu hujan turun. Ia menyuruh bumi menumbuhkan tanaman,lalu tanaman pun tumbuh. Binatang ternak mereka pulang pada waktu petang,lebih panjang dan lebih gemuk dari keadaan sebelumnya serta lebih besar kantung susunya. Kemudian ia mendatangi suatu kaum dan menyerunya,namun mereka menolak seruannya. Ia meninggalkan mereka dan pada keesokan harinya mereka kekeringan dan smua harta yg mereka miliki lenyap entah ke mana.
Dajal melewati suatu tempat yg kosong. Dia berkata “Kelur harta simpananmu!”Maka kekayaan tempat itu mengikuti dajal seperti sekumpulan lebah yg mengikuti pemimpinnya. Kemudian Dajjal memanggil seorang  pemuda,menetaknya dengan pedang hingga tubuhnya terbelah menjadi dua bahagian. Kedua-dua bahagian yg terbelah ini terpisah sejauh lemparan anak panah. Dajal kemudian memanggil tubuh yg terbelah itu itu sehingga ia kembali semula dengan wajah yg berseri sambil tersenyum. Ketika itu,Allah mengutus Isa putera mariam,yg turun bhampiran menra putih di sebelah timur damaskus,dengan memakai dua pakaian yg berwarna seperti celupan kunyit. Dia meletakkan telapak tangannya di atas sayap malaikat. Sekiranya dia menundukkan kepala,hujan turun. Jika dia mengangkat kepalanya,gugur butir-butir  mutiara. Orang kafir tidak dibolehkan membau,melainkan dia langsung mati sebaik sahaja pandangannya tertuju kepadanya.

Nabi Isa mencari dajal hingga menemukannya berhampiran pintu Lud dan membunuhnya
. Kemudian,nabi Isa menemui suatu kaum yg dipelihara Allah dari Dajjal itu. Lalu dia mengusap muka mereka dan memberitahu kedudukan mereka di syurga. Selagi keadaannya seperti itu,Allah memberikan wahyu kpda Nabi Isa,

“Sesungguhnya Aku sudah mengeluarkan hamba-hamba-Ku yg tidak dpt ditundukkan oleh sesiapa pun yg memerangi mereka. Kerana itu,selamatkan hamba-hamba-Ku dengancara menaiki bukit.”
Kemudian Allah mengutus yakjuj dan makjuj berserta pasukannya yg datang dari tempat yg tinggi. Bahagian depan pasukan berada ditelaga Tibriyah lalu meminum seluruh airnya. Ketika bahagian akhir pasukan melalui tempat ini,mereka berkata “Sebelumnya di tempat ini ada airnya”

Nabi Isa berserta rakan-rakannya terkepung,hingga kepala salah seorang di antara mereka lebih berharga daripada seratus dinar milik kamu pada hari ini. Nabi Allah Isa dan rakan-rakannya berdoa kepada Allah,sehingga Allah mengirim cacing yg biasa menjangkiti hidung binatang ke tengkuk mereka,sehingga secara serentak mereka mati seperti matinya satu jiwa.

Kemudia Nabi Isa dan rakan-rakannya turun kebumi. (darat). Mereka mendapati semua tempat di bumi dipenuhi bangkai yg busuk. Nabi Isa dan rakan-rakannya berdoa kpda Allah,lalu Allah mengirim burung-burung sebesar bonggol unta lalu membawa bangkai itu. Kemudian Allah mengirimkan hujan,sehingga setiap rumah disirami air hujan,dan bumu dibersihkan hingga seperti cermin.

Kemudian dikatakn kepada bumi “Tumbuhkan tanaman-tanamanmu “
Maka pada hari itu sekolompok manusia memakan buah delima dan mereka bernaung dibwah kulitnya.  Air susunya diberkati sehingga seekor unta cukup bagi sekumpulan org ramai,seekor lembu cukup bagi penduduk sebuah kabilah,seekor kambing cukup bagi sekumpulan orang. Dalam keadaan seperti itu,Allah mengirim angin yg baik,lalu mengambil mereka di bawah hembusannya dan mencabut roh setiap Mukmin dan Muslim,sedangkan orang kafir melakukan hubungan seksual seperti keldai bersanggama. Kepada mereka ini kiamat ditimpakan.

(Diriwayatkan Muslim-At-Tirmizi,dan Abu Daud)
Read more...

Wednesday, December 21, 2011

Wasiat Nabi Nuh kepada Anaknya

Abdullah Bin Amr berkata,kami ada berhampiran Nabi,lalu baginda bersabda


"Sesungguhnya Nabi Allah Allah,Nuh berkata kepada anaknya sebelum ajal, ' Sesungguhnya aku menyampaikan wasiat kepadamu,aku menyuruhmu dua hal dan melarang dua hal. aku menyuruhmu mengucapkan lailahaillallah dan subhanallah wabihamdhi,kerana ucapan ini merupakan solatnya segala sesuatu dan kerananya makhluk diberi rezeki. Aku melarangmu dari syirik dan takabbur'


Aku berkata "Wahai Rasulullah,kami sudah tahu syirik. Lalu apakah takabbur itu?Apakah kerana salah seorang diantara kami mempunyai sandal yang bagus dan dua tali yang bagus pula?
Beliau menjawab "Tidak"
"Apakah kerana salah seorang diantara kami mempunyai haiwan yang ditungganginya?"
Baginda menjawab "Tidak"


Ada yang bertanya "Wahai Rasulullah,lalu apakah takabbur itu?
Baginda menjawab "Iaitu tidak mahu mengetahui kebenaran dan meremehkan manusia"


Dalam sebuah riwayat lain darinya,Baginda berkata


"Sesungguhnya ketika Nuh hampir kepada kematian,beliau memanggil anaknya dan berkata 'Aku mahu menyampaikan nasihat kepada kalian berdua. Aku perintahkan dua hal dan melarang dari dua hal.Aku melarang kamu daripada syirik dan takabbur,dan aku menyuruh kalian mengucapkan lailahaillallah,kerana langit yang tujuh langit dan bumi serta apa sahaja yang ada di antara keduanya,sekiranya diletakkan dibidang timbangan,dan lailahaillallah diletakkan dibidang timbangan satunya lagi,maka lailahaillallah lebih berat. Sekiranya langit dan bumi merupakan lingkaran gelang,lalu lailahaillallah diletakkan padanya,maka ia dapat meremukkannya berkeping-keping atau meremukkannya tidak sampai berkeping-keping'


Diriwayatkan Ahmad dan at-Tobrani
Read more...

Saturday, December 10, 2011

Wasiat Rasulullah kepada Abu Hurairah

Abu Hurairah berkata,Rasulullah bersabda kepadanya:


“Wahai Abu Hurairah,saya wasiatkan kepada kamu empat perkara,janganlah sekali-kali engkau meninggalkannya selagi engkau masih hidup. Hendaklah engkau mandi pada hari jumaat,jangan engkau lalai dan lupa. Saya wasiatkan kepada kamu puasa tiga hari setiap bulannya,kerana itu adalah puasa sepanjang tahun. Saya wasiatkan kepada kamu solat witir sebelum tidur. Saya wasiatkan kepada kamu dua rakaat fajar. Janganlah engkau meninggalkannya meskipun engkau mendirikan solat sepanjang malam,kerana dalam dua rakaat fajar itu ada hal-hal yg diiginkan”


Dari apa yag Rasulullah katakana kepada umatnya,kita juga digalakkan supaya mandi sunat jumaat,berpuasa 3 hari dalam sebulan,kerana ianya seperti kita berpuasa selama setahun,bersolat witir sebelum tidur dan tidak meninggalkan solat sunat fajar meskipun sudah melakukan qiamullail.
Read more...

Thursday, December 8, 2011

Nasihat Rasulullah kepada Pemimpin


Abu Umamah menceritakan,Rasulullah ada bersabda”

“Saya wasiatkan kepada khalifah selepas saya agar bertakwa kepada Allah dan saya wasiatkan kepadanya tentang jemaah muslim,agar dia menghormati orang yang dewasa di antara mereka,menyayangi anak kecil diantara mereka,memuliakan orang yg berilmu diantara mereka,tidak memukul mereka sehingga menghinakan mereka,agar tidak menutup pintu di hadapan mereka,sehingga yg kuat diantara mereka memakan orang yang lemah”


Huzaifah menyatakan,Rasulullah bersabda:

“Sesiapa pun seorang lelaki yg diangkat menjadi pemimpin atas sepuluh orang,sedangkan diantara yg sepuluh itu ada orang yg lebih baik dari orang yg diangkat menjadi pemimpin itu,maka dia telah menipu Allah,Rasul-Nya dan jemaah orang muslim”


Abu Qilabah melaporkan,Rasulullah ade berkata”

“Kebajikan itu tidak akan usang,dosa tidak akan dilalaikn dan orang yg berhutang tidak akan mati. Berbuat sesukamu,sebagaimana engkau berhutang,maka engkau akan ditagih”


Dari apa yg boleh kita ambil pengajaran dari sabda Rasulullah ini,pertama,seorang pemimpin perlu sentiasa bertakwa kepada Allah,pemimpin orang islam perlu menjaga maslahat masyarakat Islam. Selain itu,seorang pemimpin yg baik akan menghormati orang dewasa,menyayangi anak kecil,dan memuliakan para ilmuan,dan tidak memukul dan menghina rakyatnya. Perkara lain yg cuba disampaikan Rasulullah ialah,pemimpin tidak boleh menghalang rakyatnya daripada berjumpa dengannya bagi mengadu masalah mereka,serta tidak membiarkan rakyat yg berkuasa menindas rakyat yg lemah dan miskin,serta orang yg berkelayakan boleh menjadi pemimpin sebuah masyarakat. Akhir sekajli yg boleh kita pelajari,segala dosa yg dilakukan akan tetap mendapat balasannya,jika tidak dibumu,akan dibalas di akhirat.

Moga kata2 Rasulullah ini,kita ingat supaya jika dilantik menjadi pemimpin suatu hari nanti,tidak kiralah sebagai ketua keluarga ke,ketua jabatan kebersihan ke,ketua sebuah masyarakat yg kecil ke,kita amalkan apa yg dikata Rasulullah.
Read more...