Aku melangkah dan
berjalan melihat dunia. Tatkala ku perhatikan dunia,aku juga terlihat manusia
yang berbagai ragamnya. Ada yang baik akhlaknya,tetapi ada juga yang
sebaliknya. Tidak ketinggalan juga,ada yang berakhlak baik secara “Olok-Olok”.
Rentetan daripada itu,aku terfikir akan suatu persoalan. Persoalan yang dapat
menyelamatkan kita. Persoalan yang dapat mengukur tinggi mana dosa kita. Persoalan
yang dapat timbang berat dosa kita.
Persoalan itu ialah, “Sebab
apa aku buat baik”. Contoh mudah,”sebab apa aku solat,sebab apa aku baca quran,sebab
apa aku join program rohaniah”. Inilah antara persoalan yang perlu kita
timbulkan. Aku takut,takut aku tidak memikirkan akan persoalan ini,aku menjadi
hamba Allah yang beraggapan “Aku Lebih Baik”, “Aku Alim”. Hati-hati,tatkala
engkau berfikir seperti ini,engkau harus fikir neraka mana yang akan engkau
duduki.
Aku ingin berkongsi
sedikit cerita daripada beberapa riwayat. Antaranya, cerita antara seorang
hamba dengan Allah,dimana Allah berkata kepada hamba-Nya yang beribadah “engkau
pendusta”. Kenapa Allah berkata demikian? Sebab hamba Allah itu mendirikan
solat supaya orang berkata “aku alim”,sebab hamba Allah itu membaca Al-Quran
supaya orang berkata “aku qari al-quran”. Nah!!,engkau dah boleh hitung berapa
berat dosa engkau,tapi apa yang perlu engkau takuti,neraka mana yang akan jadi
MAHLIGAI engkau. Neraka yang akan jadi tempat untuk engkau berehat,tempat
engkau makan dan minum.
Cuba tanya pada diri,pernah
atau tidak kita fikir sedemikian. Selain itu, jangan lupa supaya engkau
sentiasa bersifat rendah diri. Engkau jangan pernah bangga dengan kebaikan yang
ada. Engkau jangan pernah mencaci dan menghina orang kerana engkau rasa engkau
baik. Aku teringat akan kata-kata Saidina Umar, “siapa yang berkata dirinya itu
beriman,dia itulah yang kafir,siapa yang berkata dia itu alim(pandai) dia
itulah yang jahil,siapa yang berkata dia akan masuk syurga,dia itulah yang akan
masuk neraka”. Nampak macam kena batang hidung bukan? Jangan lupa untuk kita
terus beristighfar kerana ia menghapuskan kesalahan.
Hidup ini sentiasa ada
ujian. Mahupun ujian keatas orang yang alim atau tidak. Sifat “aku lebih baik”
juga berlaku pada orang yang berasa dirinya faqih tentang agama.Jangan engkau
ingat bahawa orang yang faqih tentang agama dia tidak akan diuji. Dalam Kitab
karangan Ibnu Hajar Al-Asqalani,ada megatakan bahawa orang yang faqih agama
akan diuji dengan perasaan riak atau menunjuk-menunjuk. Pernah rasa diri kita faqih
tentang agama?Pernah fikir “aku pelajar agama,boleh bagi ceramah dan berdebat”,
“aku tahu baca quran,boleh jadi Qori”?. Nah!!,lagi sekali engkau bongkak dan
riak.
Aku tidak mahu berbicara
panjang lebar,jom kita fikirkan. Selongkar dan fahami apa yang aku cuba
kongsikan.
0 comments:
Post a Comment