Ucapan salam
kepada teman-teman yang mungkin berada dalam keadaan diberi nikmat dari
Allah,dan mungkin juga diberi musibah kerana Cinta-Nya,Assalamualaikum.. :)
Alhamdulillah
diucapkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nikmat dari-Nya,dan Alhamdulillah
juga ke atas-Nya kerana masih diberi ujian. Kenapa kita juga kena ucapkan Alhamdulillah,walhal
kita diberi ujian? Temanku,fitrah kita bila diberi ujian,mesti kita ingat
pada-Nya,cuba tanya pada diri,pernah tak kita cakap “Ya Allah..susahnya nak
dapatkan bende tu..”,ataupun”Ya Allah..sakitnya kaki ni..”. pernah kan? Itulah dia
manusia,fitrahnya adalah kembali kpda tuhan ketika dalam keadaan sakit,atau
kesusahan. Sebab tu,kita kena bersyukur pda Allah kerana ujian yang menimpa
diri,kita kembali mengingatinya. Cuba kita tengah seronok2,susah bagi kita nak
mengingati. Tapi ade masanya juga,kita susah nak bersyukur bila ditimpa
musibah,balik-balik fikir “kenapalah benda ni berlaku kat aku”,kadang-kala
sampai tak terima ujian tu.
Teman-teman,percayalah
setiap ujian itu pasti ade kebaikannya,pasti ade diselitkan cinta Allah untuk
kita. Cuma terletak pada kita mcm mana kita memandang ujian itu,dari sudut mana
kita perhatikan masalah yg menimpa diri. Dalam memahami dan mencari dimana
cinta Allah dlm ujian tu,kita kena perhatikan dari setiap sudut,setiap ruang. Kalau
hanya lihat 1 arah saja,mungkin keburukan saja yg kita nampak. Ana bagi 1
contoh,antara seorang anak sedang bermain di atas lantai dan si ibu sedang
duduk di atas kerusi,si anak bertanya “ape yang ibu buat?” kemudian ibunya m’jawab
“ibu sedang menyulam nak..” Anak itu bertanya lagi,”kenapa ibu menyulam
sedangkan kain itu xcantik,dengan benang2 nya yang terkeluar” Si ibu hanya
tersenyum lalu berkata “bangunlah wahai anakku,cuba lihat dari atas..”. Lalu anak
itu terkejut apabila melihat dari atas sebab keadaan kain pada permukaan atas
sangat cantik berbanding lihat dari bawah. Begitulah perumpamaan yg msti kita
jadikan contoh,lihat ujian Allah itu bukan hanya pada 1 sudut,tpi kita fikir
dan renungkan apa yg tersirat dan tersurat. Mungkin ada diantara kita yang
patah kakinya,cuba fikirkan kenapa Allah takdirkan pada dirinya mcm tu?mungkin
sbb Allah tahu,kalau kakinya kuat,sihat,dia akan pergi ke tempat2 maksiat
sampai mjatuhkan dirinya dlm kegelapan. Bukan ke ini 1 dari cinta Allah?Ya
Allah..sayang’y Allah pada kita bukan?
Percayalah,setiap perkara yang Allah beri
adalah yang terbaik buat kita,ape saja yang dilakukan-Nya adalah tanda cinta
Dia pada kita,berbeza dngn kita,yg mungkin melakukan sesuatu tidak meletakkan
cinta untuk-Nya,sebaliknya mencari perhatian manusia untuk mendapat pujian.
Temanku,dlm mhadapi sebarang ujian,teruslah melatih diri utk sabar,dan percaya
disebalik ujian itu,pasti terselit pahala. Sebagaimana sabda Rasulullah “Setiap
kesusahan,keletihan,kepayahan ada terselit pahala buatmu” Dan ingatlah,tanda
org beriman adalah sentiasa sabar apabila diberi ujian sebagaimana hadis dari
Imam Muslim “Sungguh aneh seseorang mukmin itu,seluruh keadaan yang menimpa
dirinya adalah kebaikan baginya. Keadaan ini tidak akan ditemui kecuali pada
org beriman”
Temanku,teruskanlah
utk bersabar dalam segala hal,moga kita sentiasa dibawah rahmat-Nya,dan m’dapat
balasan baik dari-Nya.. La Tahzan Ya Zamili..
Wallahu a'lam
Wallahu a'lam
0 comments:
Post a Comment