Assalamualaikum,ahlan wa sahlan bikum..entry kali ni ana nak
kongsi ckit tentang“Mulakanlah Dengan Rasa CINTA”. Apepun,sebelum 2 mohon kpda
p’baca smua,mulakan bacaan entry ni dengan rasa cinta ye,bukan rase cinta pada
ana,bukan-bukan,tapi mulakan dengan rasa cinta ingin meraih redha dari-Nya dngn
menambah ilmu dlm jiwa kita. Kan tuntut ilmu 2 fardhu atas setiap
muslim,sebagai mana sabda Rasulullah “Tuntut ilmu adalah fardhu keatas setiap
muslim”. Tak kisahlah ilmu tentang apa,yang penting,ilmu yang m’bawa manfaat
pada kita.
Maashi,dah mula dngn cinta??dah?Alhamdulillah..lgi skali nak
ingatkan,bukan rase cinta pada ana taw,hehe..Rasenya semua dah tawu ape yg ana
nak ckpkan tentang entry ni kn,btllah 2,maksud’y setiap pekerjaan kita,kita
lakukan demi Dia yang tercinta,dengan rasa Cinta pada-Nya. Sebelum kita pergi
jauh,nak ckp ckit tentang Cinta,cinta ni 1 perkataan yang indah bila d’sebut,dan
bila dialami ,kita dengar je perkataan CINTA,dah dpt rase indah je p’kataan ni
kn,senang cter smua bnde2 yg indah perkataan’y pun indah2,sedap didengar. Mane
ade bende yg indah tapi perkataan’y buruk kan,contoh..”Jijik”,dengar je
perkataan ni bagi kita x indah,2 baru dengar,blum rase lagi kn,cuba kita sebut
CINTA,waahh..sedap je dengar kan,lagi2 org yg nama’y cinta. Nak share ckit ape
itu cinta,Abu Yazid al-Bustami mengatakan cinta itu adalah membebaskan diri
dari halangan untuk beribadah kpda-Nya,dengan m’buang rasa sudah banyak membuat
amalan baik,sebaliknya selalu merasa sedikit dan lemah dalam mewajahkan amalan
dihadapan-Nya. Itulah dia cinta. Pemberi semangat utk beribadah kepada-Nya :)
Penting’y kita perlukan cinta ini sebab ianya boleh
dijadikan “Booster” utk diri kita berbuat kebaikan,dan m’jauhi kemungkaran. Dengan
cinta pada Ilahi,kita pasti ingin tarik perhatian-Nya dengan berbuat kebaikan. Mcm
sesame manusia,bila kita cintakan seseorang,kita akan buat sesuatu yg nmpak
baik pada dirinya. Samalah dlm konteks kpada tuhan,bila kita cinta pada-Nya,ia
akan m’galakkan diri kita utk jadi yg terbaik pada pandangan-Nya. Bila ade rase
cinta tu,kita akan tabah untuk hadapi dugaan,kita akan redha dengan ape yg
berlaku. Seperti kisah Nabi Yusuf dengan Zulaikha,kerana Cinta’y pada
Allah,Nabi Yusuf menolak ajakan Zulaikha yg mengajak’y berbuat maksiat. Kerana
cinta juga,Rabiatul Adawiyyah menjadi wali Allah,taat beribadah setiap masa,dan
yakin Allah pasti akan beri ganjaran bila buat kebaikan.
Tahap Cinta Rabiatul
Adawiyah dpt d’tunjukkan dlm satu kisah yg mana 1 hari ni,ade dua orang Ulama yg datang kerumah’y dalam kedaan yg sangat
lapar. Kemudian Rabiatul Adawiyah ingin m’berikan dua biji roti pada
mereka,tetapi niat itu terbatal kerana pada saat itu tiba2 ade seorang pengemis
datang meminta makanan,lalu Rabiatul Adawiyyah m’berikn roti itu padanya. Dua org
ulama tadi hairan kenapa Rabiatul Adawiyah bertindak sedemikian,dan kemudian
tidak lama selepas itu,dtg seorang wanita hamba kepada tuannya m’bawa keranjang berisi roti hangat ingin
memberi padanya,tetapi dia menolak pemberian’y apabila dikira jumlah roti itu
hanya 18 saja yg ada. Rabiatul Adawiyyah berkata supaya bawa pulang roti itu
semula kerana bagi’y roti itu bukan untuk dirinya.lalu wanita itu pun pulang
dan menceritakan hal itu pada tuannya. Lalu tuannya itu menambah bilangan roti
itu sehingga jadi 20 bilangan’y. kemudian pembantu itu pergi semula menemui
Rabiatul Adawiyyah utk mberikan roti itu. Lalu Rabiatul Adawiyyah menerima
pemberian itu kali ini. Selesai je menjamu selere,ulama tadi bertanya tentang
tindakan wali Allah itu,dan Rabiatul Adawiyyah menerangkan pada mereka. Ketika
Rabiatul Adawiyyah ingin m’beri roti itu pada pengemis,beliau berdoa kepada
Allah :Tuhanku,Engkau telah berfirman dlm Kitab SuciMu “Barangsiapa melakukan
kebaikan akan Kubalas sepuluh kali ganda”. Sebab itu Rabiatul Adawiyyah menolak
pemberian roti yg pada mulanya 18 saja,kerana keyakinannya pada Allah yg m’janjikan
10 kali ganda utk setiap kebaikan.
MasyaAllah,kerana rasa Cinta pada
Allah,Rabiatul Adawiyyah meletakkan segala-galanya pada Allah,beliau yakin pada
janji Allah. Dengan rasa Cinta itulah Rabiatul Adawiyyah beribadah kepada
Allah. Sebab itu,dlm setiap perkara,buatlah dengan rasa Cinta pada Allah
sebagai booster,p’beri semangat. Dengan rasa ingin bercinta dengan Allah,diri
kita akan bersemangat dan kuat ingin melangkahkan kaki kerumah Allah,mungkin
kita ddk d’atas bangunan yg bertingkat,tapi kerana Cinta itu,kita akan kuat
walaupun penat. Kerana Cinta pada-Nya juga,kita akan kuat utk m’jadi seorang yg
lbih baik,bkan utk org lain,tapi kerana rasa Cinta kita pada Allah utk m’jadi
yg terbaik pada pandangan-Nya…Bi sababi zalik,perlu’y kita tanamkan rasa Cinta
dlm diri kita dlm beribadah utk-Nya.
Carilah “Hubbun” itu,banyak cara yg bleh kita guna utk
dptkan rasa itu..Baca dan fahami Quran ke,atau baca buku2 ilmiah yg bnyk dijual
dibookstore. Sama-sama kita jadi seorng yang lebih baik dan lebih baik dari
hari ke hari.. moga Allah bantu kita,amiinn.. :)
Jom kita Bercinta dengan Allah kwan2..moga dngan rasa Cinta
tu,kita kuat utk mengubah diri kita kearah yg lebih baik..Mungkin masa lampau
kita seorang yg jahil,jngn biarkan masa hadapan kita,kita terus m’jadi jahil..
Love Allah Forever..
0 comments:
Post a Comment