Sayang dan cinta kepada anak yatim merupakan 1 daripada
akhlak Rasulullah yang terpuji.Sebagaimana yang diriwayatkanoleh Anas bin
Malik,beliau menceritakan “Pada suatu hari,Rasulullah keluar menuju solat. Di tengah
perjalanan,baginda bertemu dengan sekumpulan kanak-kanakn yang kelihatan sedih
menyebabkan baginda bertanya kepadanya :
“Hai anak,mengapa kamu bersedih hati,enggan ikut bersama
bermain dengan kawan-kawanmu?”
Kanak-kanak tersebut tidak tahu bahawa ia sedang berdepan
dengan Nabi Muhammad SAW. Lalu dengan linangan airmata ia pun menjawab:
“Wahai pakcik,ayah saya telah gugur dalam peperangan membela
Rasulullah. Sekarang ibu saya telah berkahwin lagi. Suaminya telah mengusir
saya sedang harta kekayaan saya warisan dari ayah telah habis dimakan oleh ibu.
Kini saya tidak mempunyai makanan,minuman,pakaian dan rumah. Oleh kerana itu
saya menangis kerana menyesali nasib yang telah menimpa diri saya. Mengapa malapetaka
menimpa ayah saya sehingga saya menjadi seperti ini,tidak seperti kawan-kawan
yang masih mempunyai ayah”
Mendengar jawapan si anak kecil itu,hati baginda menjadi
hiba lalu baginda bersabda:
“Wahai anak kecil,sukakah kamu jika aku menjadi bapamu,Aisyah
menjadi ibumu,Ali menjadi bapa saudaramu,Hasan dan Husin menjadi saudaramu?”
Kanak-kanak itu terperanjat mendengar jawapantersebut,lalu
ia sedar bahawa ia sedang berhadapan dengan Rasulullah. Dengan gembira lalu ia
berkata:
“Mengapa tidak suka ya Rasulullah?”
Sejak itu kanak-kanak itu menjadi tanggungan Rasulullah.
Mulianya akhlak Rasulullah. Semua yang ditunjukkan
Rasulullah bertujuan sebagai petunjuk untuk kita supaya mengamalkan sifat ini. Sebagaimana
sabda nabi:
“Aku dan orang yang menanggung(memelihara)anak yatim(dengan
baik) ada di syurga bagaikan ini..(sambil memberi isyarat dengan merentangkan
kedua-dua jari telunjuk dan jari tengahnya)”
(Riwayat Bukhari)
Selepas kita baca kisah ini,pasti timbul rasa kecintaan
kepada anak-anak yatim bukan. Jom kita sama-sama berusaha untuk menyayangi
golongan ini,dan moga Allah memberkati usaha kita..
Wallahu a’lam..
(petikan daripada Ibnu Sahli Abu Muhammad Saifuddin)
0 comments:
Post a Comment