Pages

















Thursday, November 1, 2012

Tabahkan Hatimu Wahai Teman



Ucapan salam kepada teman-teman yang mungkin berada dalam keadaan diberi nikmat dari Allah,dan mungkin juga diberi musibah kerana Cinta-Nya,Assalamualaikum.. :)

Alhamdulillah diucapkan ke hadrat Ilahi kerana masih diberi nikmat dari-Nya,dan Alhamdulillah juga ke atas-Nya kerana masih diberi ujian. Kenapa kita juga kena ucapkan Alhamdulillah,walhal kita diberi ujian? Temanku,fitrah kita bila diberi ujian,mesti kita ingat pada-Nya,cuba tanya pada diri,pernah tak kita cakap “Ya Allah..susahnya nak dapatkan bende tu..”,ataupun”Ya Allah..sakitnya kaki ni..”. pernah kan? Itulah dia manusia,fitrahnya adalah kembali kpda tuhan ketika dalam keadaan sakit,atau kesusahan. Sebab tu,kita kena bersyukur pda Allah kerana ujian yang menimpa diri,kita kembali mengingatinya. Cuba kita tengah seronok2,susah bagi kita nak mengingati. Tapi ade masanya juga,kita susah nak bersyukur bila ditimpa musibah,balik-balik fikir “kenapalah benda ni berlaku kat aku”,kadang-kala sampai tak terima ujian tu.

Teman-teman,percayalah setiap ujian itu pasti ade kebaikannya,pasti ade diselitkan cinta Allah untuk kita. Cuma terletak pada kita mcm mana kita memandang ujian itu,dari sudut mana kita perhatikan masalah yg menimpa diri. Dalam memahami dan mencari dimana cinta Allah dlm ujian tu,kita kena perhatikan dari setiap sudut,setiap ruang. Kalau hanya lihat 1 arah saja,mungkin keburukan saja yg kita nampak. Ana bagi 1 contoh,antara seorang anak sedang bermain di atas lantai dan si ibu sedang duduk di atas kerusi,si anak bertanya “ape yang ibu buat?” kemudian ibunya m’jawab “ibu sedang menyulam nak..” Anak itu bertanya lagi,”kenapa ibu menyulam sedangkan kain itu xcantik,dengan benang2 nya yang terkeluar” Si ibu hanya tersenyum lalu berkata “bangunlah wahai anakku,cuba lihat dari atas..”. Lalu anak itu terkejut apabila melihat dari atas sebab keadaan kain pada permukaan atas sangat cantik berbanding lihat dari bawah. Begitulah perumpamaan yg msti kita jadikan contoh,lihat ujian Allah itu bukan hanya pada 1 sudut,tpi kita fikir dan renungkan apa yg tersirat dan tersurat. Mungkin ada diantara kita yang patah kakinya,cuba fikirkan kenapa Allah takdirkan pada dirinya mcm tu?mungkin sbb Allah tahu,kalau kakinya kuat,sihat,dia akan pergi ke tempat2 maksiat sampai mjatuhkan dirinya dlm kegelapan. Bukan ke ini 1 dari cinta Allah?Ya Allah..sayang’y Allah pada kita bukan?

 Percayalah,setiap perkara yang Allah beri adalah yang terbaik buat kita,ape saja yang dilakukan-Nya adalah tanda cinta Dia pada kita,berbeza dngn kita,yg mungkin melakukan sesuatu tidak meletakkan cinta untuk-Nya,sebaliknya mencari perhatian manusia untuk mendapat pujian. Temanku,dlm mhadapi sebarang ujian,teruslah melatih diri utk sabar,dan percaya disebalik ujian itu,pasti terselit pahala. Sebagaimana sabda Rasulullah “Setiap kesusahan,keletihan,kepayahan ada terselit pahala buatmu” Dan ingatlah,tanda org beriman adalah sentiasa sabar apabila diberi ujian sebagaimana hadis dari Imam Muslim “Sungguh aneh seseorang mukmin itu,seluruh keadaan yang menimpa dirinya adalah kebaikan baginya. Keadaan ini tidak akan ditemui kecuali pada org beriman”

Temanku,teruskanlah utk bersabar dalam segala hal,moga kita sentiasa dibawah rahmat-Nya,dan m’dapat balasan baik dari-Nya.. La Tahzan Ya Zamili..

Wallahu a'lam
Read more...

Friday, June 8, 2012

Kisah Wanita Mati dalam keadaan Mencabar Allah


Kisah yang berlaku terhadap seorang wanita ini pada musim panas di Kaherah,Mesir wajar dijadikan iktibar agar kaum wanita menjaga kesopanan terutama ketika berpakaian. Satu perjalanan jauh dari Kaherah ke Alexandria dengan sebuah bas memakan masa yang lama. Di dalam bas itu terdapat seorang wanita muda berpakaian tidak menutup aurat dan sudah tentu dia menjadi perhatian penumpang lain. Barangkali kerana ramai yang menutup aurat di dalam kenderaan itu,maka wanita itu mengambil keputusan untuk duduk dihujung kerusi berhampiran pintu keluar.

Seorang lelaki separuh usia yang kebetulan duduk berhampirannya menegur perbuatan wanita muda itu dengan lembut bicaranya. “Maafkan pak cik kerana menegur pakaian anak. Pak cik rasa anak tidak sepatutnya berpakaian seperti ini kerana ia melanggar hokum agama dan boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik terjadi kepada anak”

Namun wanita muda itu berasa tersinggung dengan teguran tadi tidak boleh menerimanya. Dia memandang wajah lelaki tadi dengan wajah yang menahan marah lalu berkata “Berpakaian adalah hak saya dan pak cik sudah mengganggu keselesaan saya!”

Lelaki tua itu terdiam seketika sebelum wanita itu berteriak dan dengan lantang bersuara “Jika tuan mahu,ini pensel saya. Tolong tempahkan untuk saya,tempatkan dineraka Tuhan.!!” Wanita itu lantas menghulurkan pensel kepada lelaki separuh usia itu seolah-olah mencabarnya. Teriakan yang kuat itu menyebabkan penumpang lain menoleh kea rah wanita muda itu. Lelaki itu hanya mampu beristighfar sambil mengucapkan kalimah Allah yang tidak didengari butirannya.

Selepas kejadian itu,sesampai di terminal bas,penumpang berpusu-pusu untuk turun. Ketika ingin turun ada penumpang yang cuba mengejutkan wanita muda yang tidak menutup aurat tadi kerana lena tidur. Tetapi setelah berkali-kali dikejutkan,wanita itu tidak bangun. Setelah dirasai nadinya,ternyata wanita tadi sudah menemui ajal. Penumpang lain hanya mampu beristighfar kerana baru sebentar tadi wanita malang itu mencabar supaya menulis namanya agar ditempatkan dineraka. Ternyata dia mati dalam keadaan menentang Allah.

*Dari kisah ini,banyak yang boleh kita ambil pelajar,salah satunya betullah berpakaian itu hak kita,terpulang kita nak pakai apa. Jubah ke,t-shirt ke,asalkan kita memenuhi hak Allah yang memerintahkan wanita menutup aurat mengikut syariat Islam. Kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai,selagi mana Allah bagi kita untuk bernafas,selagi itulah kita kena berusaha memperbaiki diri  kearah yang lebih baik.


Wallahu a’lam..
Read more...

Wednesday, May 23, 2012

Akhlak Rasulullah Terhadap Anak Yatim




Sayang dan cinta kepada anak yatim merupakan 1 daripada akhlak Rasulullah yang terpuji.Sebagaimana yang diriwayatkanoleh Anas bin Malik,beliau menceritakan “Pada suatu hari,Rasulullah keluar menuju solat. Di tengah perjalanan,baginda bertemu dengan sekumpulan kanak-kanakn yang kelihatan sedih menyebabkan baginda bertanya kepadanya :


“Hai anak,mengapa kamu bersedih hati,enggan ikut bersama bermain dengan kawan-kawanmu?”
Kanak-kanak tersebut tidak tahu bahawa ia sedang berdepan dengan Nabi Muhammad SAW. Lalu dengan linangan airmata ia pun menjawab:

“Wahai pakcik,ayah saya telah gugur dalam peperangan membela Rasulullah. Sekarang ibu saya telah berkahwin lagi. Suaminya telah mengusir saya sedang harta kekayaan saya warisan dari ayah telah habis dimakan oleh ibu. Kini saya tidak mempunyai makanan,minuman,pakaian dan rumah. Oleh kerana itu saya menangis kerana menyesali nasib yang telah menimpa diri saya. Mengapa malapetaka menimpa ayah saya sehingga saya menjadi seperti ini,tidak seperti kawan-kawan yang masih mempunyai ayah”
Mendengar jawapan si anak kecil itu,hati baginda menjadi hiba lalu baginda bersabda:

“Wahai anak kecil,sukakah kamu jika aku menjadi bapamu,Aisyah menjadi ibumu,Ali menjadi bapa saudaramu,Hasan dan Husin menjadi saudaramu?”

Kanak-kanak itu terperanjat mendengar jawapantersebut,lalu ia sedar bahawa ia sedang berhadapan dengan Rasulullah. Dengan gembira lalu ia berkata:
“Mengapa tidak suka ya Rasulullah?”

Sejak itu kanak-kanak itu menjadi tanggungan Rasulullah.
Mulianya akhlak Rasulullah. Semua yang ditunjukkan Rasulullah bertujuan sebagai petunjuk untuk kita supaya mengamalkan sifat ini. Sebagaimana sabda nabi:

“Aku dan orang yang menanggung(memelihara)anak yatim(dengan baik) ada di syurga bagaikan ini..(sambil memberi isyarat dengan merentangkan kedua-dua jari telunjuk dan jari tengahnya)”
(Riwayat Bukhari)

Selepas kita baca kisah ini,pasti timbul rasa kecintaan kepada anak-anak yatim bukan. Jom kita sama-sama berusaha untuk menyayangi golongan ini,dan moga Allah memberkati usaha kita..
Wallahu a’lam..
(petikan daripada Ibnu Sahli Abu Muhammad Saifuddin)

Read more...

Wednesday, May 16, 2012

Percubaan Mencuri Jasad Rasulullah



Pada abad ke 12 Masihi,berlaku peperangan tentera salib dengan pejuang Islam yg dikenali sbgai Perang Salib. Pelbagai usaha dlakukan bgi mencemar kesucian agama Islam termasuklah usaha untuk mencuri jasad Rasulullah. Pada tahun 557 hijrah,Sultan Nuruddin Abul Kasim Mahmud bin Imaduddin Zanki b’mimpi melihat Rasulullah menuding tangannya kea rah 2 lelaki brambut perang dan b’mata juling smbil bkata “Selamatkan Saya daripada 2 org lelaki yg jahat itu”

Beliau kmudian tjaga dari tdurnya lalu mngerjakan solat sunat tahajjud. Mimpi itu b’ulang slama 3 kali pda mlm yg sama. Sultan Nuruddin kmudian m’manggil menterinya benama Jamaludin al-Mausili dan dceritakan tentang mimpi itu kpda Jamaludin. Jamaludin bkata “Wahai Tuanku,mungkin ade sesuatu yg buruk berlaku di Madinah,tuanku tidak bleh bdiam diri,mari kte b’angkat ke Madinah”

Pada mlm itu juga Sultan Nuruddin b’angkat,sesudah tiba diMadinah,beliau pergi ke Masjid Nabi dan mendapati kamar dimana terletaknya perkuburan Rasulullah kelihatan tenang sahaja. Tiada apa-apa yg ganjil. Apabila selesai solat subuh,Sultan Nuruddin membuat pngumuman untuk mberi sedekah kpda smua penduduk Madinah. Tujuannya bgi mencari lelaki berambut perang seperti yg d’tunjukkan dlm mimpinya.
Selepas org ramai mngambil habuan,Sultan Nuruddin btanya jika ada sesiapa yg belum mndapat habuan tersebut,smua penduduk madinah mnjawab sudah dpt kcuali dua hartawan dari Maghribi yg alim. Mereka tidak mahu terima sedekah,tetapi mereka yg selalu bersedekah. “Beta mahu 2 lelaki hartawan itu m’hadap sekarang”perintah Sultan Nuruddin.

Apabila lelaki itu m’hadap,Sultan Nuruddin t’kejut merekalah lelaki yg muncul dlm mimpi beliau. Apabila dtanya,kdua-dua lelaki itu mngatakan tujuan dtg ke Madinah utk beribadah. Penduduk Madinah juga mengakui lelaki itu baik dan alim. Setiap hari dtg ke masjid utk b’ibadah.
“Kedua-dua lelaki ini berpuasa setiap hari dan sentiasa menunaikan solat di Raudhah serta sering mlawat kbur Rasulullah. Mereka jga m’ziarahi pkuburan Baqi’ setiap hari dan Masjid Quba setiap hari Sabtu”. Disebabkan itu,bebaskanlah mereka tuanku,kata Gabenor Madinah.

Sultan Nuruddin masih tdak bpuas hati lalu pergi kerumah tmpt tinggl lelaki tersebut. Tiada apa-apa yg mencurigakan dirumah tersebut. Sultan Nuruddin berdoa kpda Allah spaya diberikan petunjuk. Tiba-tiba mata Sultan Nuruddin terlihat sehelai tikar. Hati beliau tergerak utk menyelak tikar itu. Alangkah terperanjat Sultan Nuruddin apabila m’dapati ada sebuah lubang dibawah tikar itu. Beliau menyuruh pngawalnya masuk ke dalam lubang itu. Ternyata lubang itu menghala ke kamar Rasulullah di Masjid Nabi. Kmudian 2 lelaki itu dtangkap dan disoal siasat. Ternyata mereka adalah org Kristian yg dhantar angkatan perang tentera Salib(Crusaders). Mereka ddibekalkan dngn harta yg banyk dengan 1 tugas yg besar iaitu mencuri jasad Rasulullah.

Kedua-dua lelaki tersebut mnyewa rumah bhampiran dngn Masjid Nabi utk memudahkan urusan penggalian. Setiap mlm mereka mggali,dan kmudian tanah galian itu dmasukkan kedalam guni dan dibawa ke Baqi’ dan dibuang di sana yg disangka penduduk Madinah mereka itu melawat kubur. Pada setiap hari Sabtu pula,kedua-duanya ke Masjid Quba bgi melaporkan hasil kerja mereka serta mndapatkan bekalan harta yg baru.

Usaha mereka itu hmpir Berjaya apabila lubang yg digali Cuma tinggal sedepa utk smpai ke kubur Rasulullah.  Kedua-dua lelaki itu dhukum pancung atas perintah Sultan Nuruddin.Kmudia Sultan Nuruddin memerintahkan digali sebuah parity g dalam di sekeliling kamar Nabi,kemudian dituangkan dengan timah cair supaya tidak dapat lagi ditembusi sesiapa.

Petikan dari buku Umar Abdul Aziz
Read more...