“Memanglah enta muda lagi..tapi tak salahkan kalau enta
kawin muda??kalau soal tentang takut ganggu pelajaran,ana dengar ramai yang
kahwin time belajar ni,result imtihan mereka meningkat,yelah kan dah ade
booster,bleh belajar sama-sama..tak ke gitu Hakim?”kata Haikal. Hakim tersenyum
melihat Haikal,sampai masuk ke bab kawin muda pula, “enta ni,macam ada pape
je..tak habis-habis cakap pasal kawin muda?enta mahu nikah muda ke
ni?oowh..dalam senyap-senyap ye enta,sape calonnya tu?hehe..”gelak Hakim. “Beginilah
ye encik Haikal oii,ana tak ada halangan dan tiada bantahan pun bagi sesiapa
yang mahu nikah waktu belajar. Lagi 1,Enta kena faham,ade sedikit perbezaan
antara nikah waktu muda dan nikah semasa belajar ni..”. Haikal berkerut dahi.
Jawab Hakim “hah,ana tahu mesti enta nak tanye ape perbezaannya kan?macam
ni,kalau dalam konteks nikah muda ni,rasenya enta tahu average umur orang muda
kan,biasanya antara 19-23 tahun yang dikatakan nikah waktu muda. Masa ni
mestilah pasangan itu sedang melanjutkan pelajaran,dan yang paling penting
belum ada pekerjaan yang tetap. Tapi kalau dalam konteks nikah waktu
belajar,kita boleh katakan ianya boleh jadi dia sudah berkerja tetap,kemudian
dia nikah,kemudian dia sambung belajar lagi,mungkin dalam peringkat Master or
Phd. Nampakkan perbezaannya?Kalau ana,ana lebih prefer bernikah selepas habis
belajar. Sekadar nak kurangkan masalah yg mungkin terjadi katakan,tapi kalau
bertunang semasa belajar ana tiada halangan,yelahkan,takot2 terlepas mawar yang
kita nak miliki tu,kan kita dilarang untuk mengganggu tunang orang,apetah lagi
nak merisik,haram..kecuali wanita itu ingin putus tunang. Benda ni depends lah
pada seseorang,pada ana,better mcm ni,lagipun Rasulullah ade berpesan supaya
kita tinggalkan sesuatu yang kita rasa akan memudaratkan diri kita pada masa
akan datang,ana takot bila nikah muda ni,mudarat pada kehidupan ana dengan
isteri ana,ekonomi belim tetap,ana takot ana xdapat penuhi keperluan isteri
ana,ana tak mahu dia dibelenggu dosa kalau mengadu tentang ana,kan Rasulullah
pernah ckp,antara sbb kenapa ramai wanita yg masuk neraka kerana mereka derhaka
dan bercakap yg buruk tentang suami mereka,ana tak mahu isteri ana termasuk
dalam golongan ini.” Jelas Hakim kepada Haikal.
Haikal kagum melihat Hakim,hujah yang kuat,bernas sambil
tidak meninggalkan kata-kata hikmah dari Rasulullah sebagai panduan dan penguat
hujah. “Enta memang hebatlah,sesuai dah ni kalau enta dijodohkan dngn Aisyah
tu,hehe”. Ketawa Haikal. Lagi sekali Hakim merasa seperti dirinya ditusuk jarum
ke hatinya,merasa hina dengan pujian sahabatnya. “Aisyah..sedap namanya,dan
sedap juga mata memandang tuan punya nama ni. Suka berbaju labuh,bertudung
labuh,menjaga pergaulan,berkata bila perlu,MasyaAllah..dirinya umpama mutiara
yang tersimpan rapi dalam lautan tanpa diusik oleh manusia. Umpama bidadari
diSyurga yang dipelihara Allah,tidak pernah disentuh oleh mana-mana
makhluk,terjaga rapi demi penghuni syurga yang akan ditentukan Allah untuk
bersamanya,tapii..”
“Ehem,tiba-tiba senyap ni kenapa..teringat mawar tu
ke..hehe,asif Hakim,ana bergurau je..tapi yang tentang ana doakan enta dengan
Aisyah tu betul taw,amiin..ok lah,ana ade urusan..ana beransur
dulu,Assalamualaikum..” Hakim menjawab
salam dengan senyuman sambil melihat sahabatnya itu hilang dari pandangan
matanya. “Ya Allah..aku sama seperti lelaki yang lain,menginginkan wanita yang
baik,bukan mencari yang sempurna,tetapi sekadar yang baik buat diriku dan buat dirinya. Aku ingin
mengikut pesan Rasulullah, “Pilihlah tempat untuk kamu menanam benih kamu”,aku
tak nak bila diberi zuriat,anakku menuntut haknya dariku kerana tidak memilih
seorang ibu yang baik buatnya Ya Allah..aku ingin m’jaga hak anakku dengan m’cari
seorang wanita yang solehah supaya dapat m’jadi ibu yang baik buat dirinya,inilah
pesan Kekasih-Mu Ya Allah..tetapi,adakah aku layak Ya Allah untuk memiliki
bidadari dunia ini,Engkau lebih mengenali diriku..aku masih melakukan dosa-dosa
Ya Allah,tapi manusia disekelilingku menganggap aku ni seorang yang
baik,walhal..aku tawu,pasti malaikat,tumbuhan,dan binatang ciptaan-Mu semua m’hina
diriku ini..bantulah aku supaya jadi seorang yang lebih baik untuk mendapatkan
peneman hidup yang baik juga,aku yakin pada janji-Mu Ya Allah,wanita yang baik
utk lelaki yg baik,dan juga sebaliknya..jodohkanlah aku dengan seorang yg solehah
Ya Rabb,sekiranya aku ditakdirkan meninggalkan dunia ini sebelum permintaanku
terjadi,bantulah aku untuk berhadapan dengn jodoh yang semua org tahu siapa
jodohnya,iaitu kematian..aku tawu,semua manusia telah bertunang dengan kematian
semasa hidup,dan pasti akan dijodohkan dengan kematian bila tiba saat
malaikat-Mu menarik nyawaku..sehingga itu,bantulah aku m’jadi hamba-Mu yang
soleh,amiin”
Tamat.
1 comments:
alhamdulillah baru shja tamat baca cerpen ni.. tahniah! semoga ianya bermanfaat juga pd yg lain..mati itu psti..
Post a Comment