Dari Ali r.a, dia berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang menziarahi saudaranya sesama Muslim yang sedang sakit, bererti (seolah-olah) ia berjalan di kebun syurga sampai ia duduk
Jika ia telah duduk maka ia akan diliputi dengan rahmat, apabila ia (menziarahinya) pada waktu pagi hari maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga petang hari.
Jika ia (menziarahinya) pada waktu petang hari maka tujuh puluh ribu malaikat akan mendoakannya hingga pagi hari.”
MasyaAllah..begitu pemurah kan pencipta kita?amalan kecil dibalas dengan sesuatu yang amat besar..cuba bayangkan,jiran sebelah kita sakit,lalu kita ziarah,cuma beberapa langkah sahaja kita menziarah,Allah membalas dengan sesuatu yang lebih jauh untuk kita pegi,umpama kita nak ke syurga,bukan ke jauh nak ke syurga kalaw dari bumi ni.
Bagi yang ade kesempatan m'ziarah org sakit,luangkanlah masa sedikit menjenguk saudara kita yang sakit,sambil2 kte b'muhasabah yang kita masih diberi kesihatan oleh Pencipta kita.. :)
Read more...
Sunday, October 23, 2011
Ya Allah,jauhkanlah Kami dari tergolong Seperti Gologan Ini
Dua Golongan di Akhir Zaman Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah s.a.w maksudnya : "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq". (Hadis Riwayat Ibnu Ady) Keterangannya : Nabi s.a.w. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang alim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orang-orang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah s.w.t. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah s.w.t yang bererti kekalahan di pihak syaitan. Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari kiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya. Moga-moga kita terhindar dari gokongan seperti ini,,Amiin2..
Read more...
Jom Beristighfar...
Ucapkanlah KALIMAH ISTIGHFAR (ASTAGHFIRULLAH) minima 70-100 sehari semalam berdasar Al-Hadis Nabi s.a.w yang bermaksud : "Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga" (Hadis Riwayat Abu Dawud). "Tidaklah (dianggap) melanjutkan (perbuatan keji) orang yang memohon ampun, meskipun dalam sehari ia ulangi sebanyak 70 kali" (Hadis Riwayat Abu Ya’la Al-Maushuli, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Bazzaar dalam Musnadnya, Ibnu Katsiir mengatakan, ia hadis hasan). "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim). Istighfar ertinya memohon ampun kepada Allah s.w.t. Islam mengajarkan kepada umatnya agar memperbanyak istighfar. Rasulallah s.a.w. sendiri sehari minima 70 kali mengucapkan Istighfar (Hadis Riwayat Bukhari). Rasulallah s.a.w. yang sudah dijamin suci dari dosa (maksum) masih melakukan hal itu, apalagi kita, mestinya lebih banyak lagi beristighfar, kerana jelas tidak dijamin suci. Bahkan mungkin lebih banyak kita melakukan dosa setiap hari. Banyak ruang waktu yang boleh kita m'amalkan amalan ini,seperti selepas mendirikan solat,sebelum tidur,dan juga waktu2 yang kita lapang seperti kita sedang menunggu makanan yang dipesan direstoran,sambil2 itu kita boleh beristighfar dari mata kita memandang-mandang benda yang boleh tambah dosa kita seperti melihat orang yang berbeza gender,dari ketawa-ketawa sampai lupa dunia,tidak salah untuk kita bersuka-suka,tapi ana rasa semua faham macam mana nak kawal cara hidup kita supaya kita tak lupa pada Yang Esa
Read more...
Saturday, October 15, 2011
Pentingnya Dalam Memberi Amanah
Dari Abu Hurairah r.a : Pada suatu ketika Nabi saw sedang berbicara dengan orang ramai (memberi ceramah atau pengajian), tiba-tiba datang seorang Arab Dusun menanyakan kepada beliau, ‘Bilakah datangnya saat (kiamat)?’ Nabi saw tidak langsung menjawab, tetapi beliau meneruskan pembicaraannya dengan orang ramai. Kerana sikap Nabi saw yang demikian itu, sementara orang mengatakan Nabi saw mendengar pertanyaan itu, tetapi beliau tidak menyukainya dan setengah lagi mengatakan beliau tidak mendengarnya. Setelah Nabi saw selesai berbicara, beliau bertanya, “Di mana orang yang bertanya perkara saat (kiamat) tadi?” Orang itu menyahut, “Saya! Ya Rasulullah!” Rasulullah saw bersabda, “Apabila amanah telah disia-siakan orang, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat).” Tanya orang itu, “Bagaimanakah caranya disia-siakannya amanah?” Jawab Nabi saw, “Apabila suatu urusan (pekerjaan) diserahkan kepada orang bukan ahlinya, maka waspadalah terhadap datangnya saat (kiamat/kehancuran) Pengajaran yang boleh kita dapat dari hadis ini,janganlah kita beri kan tugas atau tanggungjawab kepada seseorang yg tidak cekap,dan tidak jujur kerana ia akan m'nyebabkan perkara buruk pasti t;jadi.Umpama kita melantik pemimpin negara yang tidak b'pengetahuan agama,tidak jujur,ia pasti akan binasakan rakyat dia.Selain itu,ketika hendak bertanya atau b'cakap,b'tanyalah pada waktu yang sesuai untuk mengelakkan dari orang lain berasa terganggu.
Read more...



