Dalam kehidupan seharian biasanya
kita sibuk dengan kerja dan hal dunia. Persoalannya adakah setiap gerak-geri
kita terdapat papan tanda isyarat,gps,peta dunia,dan peta jalan supaya setiap
tindakan kita dan pilihan kita tidak menyimpang dari jalan yang benar dan tidak
sesat ke tempat yang hina? Maksud papan tanda,gps dan peta jalan itu hanyalah
perumapaan kepada sumber-sumber dan petunjuk yang telah Allah berikan dan
sampaikan melalui Rasulu-Nya,Nabi Muhammad sallahu alaihi wassalam
Adakah kita bertindak selari
dengan kehendak dan perintah Allah?Adakah kita ikut sunnah Rasulullah,adakah
kita letak dalam diri musuh utama kita adalah Syaitan,bukan orang yang menghina
kita,dan bukan juga orang yang pernah curi kekasih kita.Ye,musuh utama kita
syaitan sebab mereka telah berjanji pada Allah untuk sesatkan semua
hamba-Nya.Kata Allah cinta hati kita bukan?Kata Allah adalah segala-galanya
bukan?Jadi,buktikan dengan kita benci pada musuh Allah iaitu Syaitan.
Tetapi,persoalan lain yang timbul,adakah kita muslim sejati?adakah kita mukmin
yang cinta pada Ilahi.
Adakah kita bersifat sebagai muslim yang hipokrit dan pembohong dengan mengatakan kita hamba Allah
yang mengaku Allah itu Pencipta kita,tetapi kita tidak ikut perintah-Nya,malah
melakukan larangan-Nya. Mungkinkah kita membaca al-Quran tetapi kita tidak
mengamalkan isi kandungannya.Mungkin juga kita mengaku bermusuhan dengan Iblis
dan Syaitan tetapi kita ikut tuntutan mereka.Atau kita mungkin mengaku cinta
pada Nabi tetapi meninggalkan segala amalan sunnahnya.Mungkin juga kita mengaku
ingin masuk ke syurga-Nya tetapi kita tidak melakukan perbuatan untuk menuju
kepadanya. Tambahan lagi,kita juga mungkin mengaku tidak suka pada
neraka,tetapi melakukan maksiat. Allahu Ya Rabbi..moga Allah ampunkan kita
sekiranya kita tergolong dalam golongan ini. Umpama seorang yang
hipokrit,pandai berkata tetapi tidak melakukannya,umpama seorang pembohong yang
tak henti-henti,bohong pada pencipta kita,bohong pada Rasul kita.
Persoalan yang perlu ditanya pada diri,adakah kita seorang
yang hipokrit dan pembohong dengan bercirikan seperti ciri-ciri di atas??Moga
Allah ampunkan kita..Wallahu a’lam..
*(Jngn lupa ikut selawat ke atas nabi selepas dengar orang
selawat ke atas Nabi,Hadis dari Nabi yg mafhumnya:Orang yang paling kedekut
adalah mereka yg tidak selawat ke atasku setelah mendengar orang lain selawat
keatasku)