Kisah yang berlaku terhadap seorang wanita ini pada musim
panas di Kaherah,Mesir wajar dijadikan iktibar agar kaum wanita menjaga
kesopanan terutama ketika berpakaian. Satu perjalanan jauh dari Kaherah ke
Alexandria dengan sebuah bas memakan masa yang lama. Di dalam bas itu terdapat
seorang wanita muda berpakaian tidak menutup aurat dan sudah tentu dia menjadi
perhatian penumpang lain. Barangkali kerana ramai yang menutup aurat di dalam
kenderaan itu,maka wanita itu mengambil keputusan untuk duduk dihujung kerusi
berhampiran pintu keluar.
Seorang lelaki separuh usia yang kebetulan duduk
berhampirannya menegur perbuatan wanita muda itu dengan lembut bicaranya. “Maafkan
pak cik kerana menegur pakaian anak. Pak cik rasa anak tidak sepatutnya
berpakaian seperti ini kerana ia melanggar hokum agama dan boleh mengakibatkan
sesuatu yang tidak baik terjadi kepada anak”
Namun wanita muda itu berasa tersinggung dengan teguran tadi
tidak boleh menerimanya. Dia memandang wajah lelaki tadi dengan wajah yang
menahan marah lalu berkata “Berpakaian adalah hak saya dan pak cik sudah
mengganggu keselesaan saya!”
Lelaki tua itu terdiam seketika sebelum wanita itu berteriak
dan dengan lantang bersuara “Jika tuan mahu,ini pensel saya. Tolong tempahkan
untuk saya,tempatkan dineraka Tuhan.!!” Wanita itu lantas menghulurkan pensel
kepada lelaki separuh usia itu seolah-olah mencabarnya. Teriakan yang kuat itu
menyebabkan penumpang lain menoleh kea rah wanita muda itu. Lelaki itu hanya
mampu beristighfar sambil mengucapkan kalimah Allah yang tidak didengari
butirannya.
Selepas kejadian itu,sesampai di terminal bas,penumpang
berpusu-pusu untuk turun. Ketika ingin turun ada penumpang yang cuba
mengejutkan wanita muda yang tidak menutup aurat tadi kerana lena tidur. Tetapi
setelah berkali-kali dikejutkan,wanita itu tidak bangun. Setelah dirasai
nadinya,ternyata wanita tadi sudah menemui ajal. Penumpang lain hanya mampu
beristighfar kerana baru sebentar tadi wanita malang itu mencabar supaya
menulis namanya agar ditempatkan dineraka. Ternyata dia mati dalam keadaan
menentang Allah.
*Dari kisah ini,banyak yang boleh kita ambil pelajar,salah
satunya betullah berpakaian itu hak kita,terpulang kita nak pakai apa. Jubah ke,t-shirt
ke,asalkan kita memenuhi hak Allah yang memerintahkan wanita menutup aurat
mengikut syariat Islam. Kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai,selagi mana
Allah bagi kita untuk bernafas,selagi itulah kita kena berusaha memperbaiki
diri kearah yang lebih baik.
Wallahu a’lam..
Wallahu a’lam..