Pages

















Friday, June 8, 2012

Kisah Wanita Mati dalam keadaan Mencabar Allah


Kisah yang berlaku terhadap seorang wanita ini pada musim panas di Kaherah,Mesir wajar dijadikan iktibar agar kaum wanita menjaga kesopanan terutama ketika berpakaian. Satu perjalanan jauh dari Kaherah ke Alexandria dengan sebuah bas memakan masa yang lama. Di dalam bas itu terdapat seorang wanita muda berpakaian tidak menutup aurat dan sudah tentu dia menjadi perhatian penumpang lain. Barangkali kerana ramai yang menutup aurat di dalam kenderaan itu,maka wanita itu mengambil keputusan untuk duduk dihujung kerusi berhampiran pintu keluar.

Seorang lelaki separuh usia yang kebetulan duduk berhampirannya menegur perbuatan wanita muda itu dengan lembut bicaranya. “Maafkan pak cik kerana menegur pakaian anak. Pak cik rasa anak tidak sepatutnya berpakaian seperti ini kerana ia melanggar hokum agama dan boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik terjadi kepada anak”

Namun wanita muda itu berasa tersinggung dengan teguran tadi tidak boleh menerimanya. Dia memandang wajah lelaki tadi dengan wajah yang menahan marah lalu berkata “Berpakaian adalah hak saya dan pak cik sudah mengganggu keselesaan saya!”

Lelaki tua itu terdiam seketika sebelum wanita itu berteriak dan dengan lantang bersuara “Jika tuan mahu,ini pensel saya. Tolong tempahkan untuk saya,tempatkan dineraka Tuhan.!!” Wanita itu lantas menghulurkan pensel kepada lelaki separuh usia itu seolah-olah mencabarnya. Teriakan yang kuat itu menyebabkan penumpang lain menoleh kea rah wanita muda itu. Lelaki itu hanya mampu beristighfar sambil mengucapkan kalimah Allah yang tidak didengari butirannya.

Selepas kejadian itu,sesampai di terminal bas,penumpang berpusu-pusu untuk turun. Ketika ingin turun ada penumpang yang cuba mengejutkan wanita muda yang tidak menutup aurat tadi kerana lena tidur. Tetapi setelah berkali-kali dikejutkan,wanita itu tidak bangun. Setelah dirasai nadinya,ternyata wanita tadi sudah menemui ajal. Penumpang lain hanya mampu beristighfar kerana baru sebentar tadi wanita malang itu mencabar supaya menulis namanya agar ditempatkan dineraka. Ternyata dia mati dalam keadaan menentang Allah.

*Dari kisah ini,banyak yang boleh kita ambil pelajar,salah satunya betullah berpakaian itu hak kita,terpulang kita nak pakai apa. Jubah ke,t-shirt ke,asalkan kita memenuhi hak Allah yang memerintahkan wanita menutup aurat mengikut syariat Islam. Kita tidak tahu bila ajal kita akan sampai,selagi mana Allah bagi kita untuk bernafas,selagi itulah kita kena berusaha memperbaiki diri  kearah yang lebih baik.


Wallahu a’lam..
Read more...