Pages

















Wednesday, November 23, 2011

Neraka Jahannam Mencari Penghuninya




Abu Said menceritakan,dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Jika Allah sudah menghimpunkan manusia di satu dataran yang tinggi pada hari kiamat,maka neraka didatangkan dalam keadaan bertompok-tompok dan para penjaganya memegangnya. Neraka itu berkata, ‘Demi kemuliaan Tuhanku,aku mengosongkan diri untuk para penghuni atau aku merengkuh manusia dengan satu rengkuhan’”
Mereka bertanya,”Siapa para penghunimu?”
Neraka menjawab “Setiap orang yang takabbur”
Lalu neraka mengeluarkan lidahnya dan menyambar mereka dari tengah manusia dan melemparkan ke dalamnya. Kemudian neraka datang lagi dalam keadaan berlapis-lapis. Para penjaganya menahannya. Neraka berkata “Demi kemuliaan Tuhanku,aku mengosongkan diri untuk para penghuniku atau aku akan merengkuhnya dengan satu rengkuhan”
Mereka bertanya “Siapa para penghunimu?”
Neraka menjawab “Setiap orang kafir”
Lalu ia menyambar mereka dengan lidahnya dari tengah manusia dan melemparkannya ke dalamnya. Kemudian neraka datang lagi. Para pengjaganya menahannya. Neraka berkata “Demi kemuliaan Tuhanku,aku mengosongkan diri bagi para penghuniku”


Mereka bertanya “Siapa para penghunimu?”
Neraka menjawab “Setiap orang yang membanggakan diri”


Maka ia menyambar mereka dengan lidahnya dan melemparkan ke dalamnya.
Neraka tidak datang lagi dan Allah mengadili semua hamba-Nya.


 Dari kisah yang Rasulullah ceritakan ini,ada golongan yang akan terus dimasukkan ke dalam neraka tanpa di adili dan tidak ditimbang amalan mereka semasa di dunia. Ruginya lah kita kalau ada sifat seperti yang Nabi ceritakan,moga kita dihindarkan dan dimasukkan ke dalam golongan yang tidak akan pernah jejak dan bau neraka .


ؤالله اعلام
Read more...

Monday, November 21, 2011

Dahsyatnya Neraka




Umar bin Al-Khattab menceritakan Jibril menemui Nabi Muhammad SAW bukan pada saat biasanya. Nabi berdiri di hadapan Jibril dan berkata “Wahai Jibril,saya lihat engkau berubah rona”
Jibril berkata “Saya tidak datang kepadamu hingga Allah memerintahkan mendatangkan kunci-kunci neraka”


Beliau berkata “Wahai Jibril,sampaikan kepadaku gambaran neraka dan sifat jahanam”


Jibril berkata “Sesungguhnya Allah memerintahkan neraka Jahanam agar dinyalakan selama seribu tahun hingga menjadi putih. Kemudian diperintahkan lagi untuk dinyalakan selama seribu tahun hingga menjadi merah. Kemudian diperintahkan lagi untuk dinyalkan selama seribu tahun hingga menjadi hitam,maka ia menjadi hitam dan kelam. Lidah apinya tidak dapat menerangi dan baranya tidak dapt dipadamkan. Demi yang mengutuskan dengan kebenaran,sekiranya seukuran lubang jarum dibukakan dari Jahanam,tentu mati semua penghuni bumi kerana panasnya. Demi yang mengutusmu dengan kebenaran,sekiranya salah seorang malaikat penjaga neraka menampakkan diri kepada para penghuni bumi,lalu mereka memandangnya,tentu mati semua penghuni bumi kerana rupa wajahnya yang buruk dan bau busuknya.


Demi yang mengutusmu dengan kebenaran,sekiranya satu rantai dari rantai penghuni neraka seperti yang disebutkan Allah di dalam kitab-Nya diletakkan di atas sebuah gunung,tentu gunung itu menjadi berkeping-keping dan ia tidak akan berhenti hingga kedasar bumi”


Rasulullah berkata “Cukup wahai Jibril. Jangan sampai saya terkejut hingga mati”


Rasulullah memandang Jibril yang ternyata sedang menangis. Baginda berkata “Engkau menangis wahai Jibril,sedangkan engkau mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah?”
Jibril berkata “ Bagaimana mungkin saya tidak menangis? Sayaa lebih patut untuk menangis,kerana siapa tahu saya akan diuji seperti halnya iblis,yang dahulunya termasuk daripada malaikat. “


Maka Rasulullah turut menangis bersama Jibril. Mereka berdua terus menangis hingga ada seruan “Wahai Jibril dan Muhammad,sesungguhnya Allah melindungi kalian berdua untuk tidak derhaka kepada-Nya”


Bila kita baca kisah ini antara Rasulullah dan Jibril,cuba kita renungkan sama ada selalu ke kita ingat akan seksa neraka-Nya,kadangkala kita sampai terlupa akan pemusnah nikmat dunia ni sehingga terleka dengan dunia. Moga kita sentiasa ingat akan azab Allah supaya kita kuat untuk beribadah dan ikhlas kerana Allah.
Read more...

Sunday, November 20, 2011

Wasiat Rasulullah kepada Abu Hurairah



Rasulullah ada berpesan kepada Abu Hurairah supaya beliau mengamalkan 4 perkara selagi masih hidup. 4 amalan yang digalakkan Rasulullah adalah supaya mandi pada hari jumaat,berpuasa tiga hari dalam sebulan kerana ia umpama berpuasa sepanjang tahu. Selain itu baginda Rasulullah ade berpesan supaya solat witir sebelum tidur dan jangan meninggalkan solat fajar kerana ianya membawa kebaikan dalam hidup seharian kita.
Pesanan nabi ini bukan hanya ditekankan kepada Abu Hurairah,tetapi ia juga digalakkan keatas umat Islam yang lain,moga-moga setiap anggota tubuh badan kita diberi kekuatan untuk mengamalkan amalan ini,dan hati kita diberi ketabahan supaya sentiasa kuat,kerana setiap sesuatu pekerjaan,bermula dari terdetiknya dalam hati kita.
Read more...

Saturday, November 19, 2011

Nikmat Syurga



Ali menceritakan,dia pernah mendengar Rasulullah berkata:


“Demi yang diriku di Tangan-Nya(kekuasaan Allah),mereka yang keluar dari kubur mereka,laulu datang sambil menunggang unta putih yang memiliki sayap,yang di atasnya ada pelana emas. Sandal mereka adalah cahaya yang berkilau. Setiap langkah kakinya sejauh mata memandang. Mereka tiba di depan pintu syurga. Di sana ada rantai dari yakut merah di atas lempeng-lempeng emas, di depan pintu syurga juga ada sebatang pohon yang dari akarnya memancar dua mata air. Sekiranya mereka minum dari salah satu dari mata air itu,wajah mereka tampak bersinar terang. Sekiranya mereka wuduk dari mata air yang satunya lagi,maka kegembiraan mereka tidak pernah punah. Mereka memukul lantai dengan lempeng emas,sehingga saya dapat mendengar dengungan rantai itu wahai Ali.
Setiap bidadari mendengar suaminya datang. Maka mereka terburu-buru mempersiapkan diri dan mengirim utusan untuk membukakan pintu baginya. Sekiranya Allah tidak memperkenalkan dirinya,tentu dia akan sujud kepadanya,kerana cahaya dan keindahan dirinya”
Utusan itu berkata “Aku adalah wakilmu yang bertugas membantu urusanmu”


Dia mengikut di belakangnya hingga tiba di tempat isterinya. Bidadari yang menjadi isterinya keluar dari tenda dan memeluknya,seraya berkata “Engkau adalah kekasihku dan aku mencintaimu.Aku adalah isteri yang redha dan tidak pernah marah,aku menyenangkan dan tidak pernah bermasam muka. Aku adalah isteri yang kekal dan tidak pernah pergi menjauh” lalu dia memasuki sebuah rumah yang jarak lantainya dan atapnya sejauh seratus ribu hasta,yang dibangunkan di atas batu-batu permata dan jalannya dari yakut merah,hijau dan kuning. Tidak ada satu jalan yg menyesatkan pemiliknya.
Dia menghampiri sofa besar yang di atasnya ada tempat tidur,di atas tempat tidur ada 70 tilam,di atas setiap tilam ada 70 isteri,setiap isteri mengenakan tujuh puluh perhiasan,lengannya tembus pandang.
Di bawah mereka mengalir sungai yang mengalir,sungai-sungai yang airnya tidak berubah-ubah,tidak keruh,ada sungai dari madu yang tidak keluar dari perut lebah,ada sungai dari arak yang menyegarkan bagi orang yang meminumnya. Jika mereka menginginkan makanan,mereka didatangi seekor burung putih yang mengepakkan sayapnya,lalu mereka makan dari sisinya,apa pun jenis makanan yang mereka kehendaki.Kemudian burung itu terbang lagi.


Rasulullah juga ada menyatakan “ di dalamnya ada buah-buahan yang bergelantungan. Sekiranya mereka mengkehendaki,dahannya melengkung mendekati mereka lalu mereka makan dari buah itu menurut kehendak mereka sambil berdiri,atau pun telentang.”


MasyaAllah,besarnya nikmat Allah kat syurga,di dunia kita menahan diri,di akhirat kita amat dikasihi dan disayangi sehingga segala-galanya Allah berikan.
Read more...

Saturday, November 12, 2011

Anjuran mengingati Kematian dan Kubur

Abu Said Al-Khudri menceritakan,Rasulullah pernah datang ke masjid dan melihat beberapa orang sedang melakukan sesuatu pekerjaan. Lalu Rasulullah berkata: “sekiranya kamu banyak mengingati perosak kelazatan,sudah tentu kamu tidak sibuk melakukan perkara seperti ini. Oleh itu,banyakan mengingati perosak kelazatan,iaitu kematian. Kubur sentiasa berkata “aku adalah rumah terasing,aku adalah rumah sendirian,aku adalah rumah tanah,aku adalah rumah ulat-ulat” Sekiranya seorang hamba yang beriman dikuburkan,kubur berkata kepadanya, “selamat datang. Engkau adalah orang yang bejalan di atas belakangku yang palin aku suka. Hari ini,engkau diserahkan kepadaku untuk diuruskan. Engkau akan melihat apa yang aku lakukan kepadamu. Rasulullah berkata lagi: “lalu kubur itu menjadi lapang seluas mata memandang,lalu dibukakan pintu ke syurga”. Sekiranya seorang hamba yg jahat atau kafir dikuburkan,lalu kubur berkata: “Aku tidak mengalu-alukan kamu. Engkau adalah hamba yang berjalan di atas belakangku yang palin aku tidak benci. Pada hari ini aku diberikan tugas bagi menguruskan kamu,engkau akan lihat apa aku lakukan kepada kamu”. Kemudian sisi kubur pun menghimpitnya sehingga tulang-tulangnya hancur. Setelah itu Rasulullah berkata lagi: “ Didatangkan kepadanya 70 ekor ular. Sekiranya seekor ular itu menyemburkan racunnya ke bumi,tiada tumbuhan yg dapat tumbuh di atasnya. Lalu ular itu mematuknya sehingga dia dibawa untuk dihisab” Rasulullah berkata: “ kubur itu boleh menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga,atau menjadi sebuah lubang dari lubang-lubang neraka” ( Direkodkan oleh at-Tarmizi) Dari kata-kata nabi ini,mengingati mati adalah terapi yg bagus dalam melawan nafsu dan elak dari melakukan maksiat. Moga-moga kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa dan sentiasa mengingati akan kematian supaya kita berkerja keras melakukan amal ibadah.
Read more...

Friday, November 11, 2011

Apabila Mati Lebih Baik atau Hidup Lebih Baik

Abu Hurairah menceritakan,Rasulullah SAW berkata: “ Apabila pemimpin kamu adalah mereka yang paling baik daripada kalangan kamu,orang kaya yang ada pada ketika itu bersikap dermawan,dan apabila urusan kamu dibincangkan sesame kalian,ketika itu hidup adalah lebih baik daripada mati. Tetapi sekiranya pemimpin kamu adalah golongan paling jahat,orang kaya pula terlalu kedekut,dan urusan masyarakat Islam ditentukan oleh orang perempuan,ketika itu kematian adalah lebih baik daripada hidup” Melalui kata2 nabi ini,ia menunjukkan pemimpin mestilah dipilih dari kalangan yang baik,dan orang kaya haruslah membantu orang yang miskin,dan urusan masyarakat Islam tidak boleh diserahkan sepenuhnya kepada pemimpin wanita,kerana jika tidak,jika perkara yang sebaliknya berlaku,kematian adalah lebih baik daripada hidup kerana jika kita hidup,dan tidak berbuat apa-apa,tidak menasihat,atau berdakwah untuk memperbaiki keadaan tersebut,malanglah bagi kita kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk saling mengingati dan mengajak kepada kebaikan.
Read more...

Wednesday, November 9, 2011

Pemerintah Tidak boleh Menghalang Rakyat Berjumpa dengannya

Abu al-dahdah menceritakan dia pernah mendengar Rasulullah SAW berkata: “Wahai manusia,siapa yang mewakili saya menangani urusan kamu(menjadi pemimpin),laulu dia menutup pintunya daripada orang Islam yang memerlukan bantuannya,Allah pasti menghalangnya daripda memasuki syurga. Siapa yg menginginkan dunia,Allah mengharamkan baginya bidadari” Dari kata-kata Rasulullah ini,Baginda m’beri peringatan kpda pmimpin Islam supaya sentiasa mendengar dan menolong rakyatnya yg dlm kesusahan,dan sentiasa menganggap pemimpin itu sama seperti rakyat biasa tanpa menyombong diri dengan tidak membenarkan rakyat berjumpanya. Pemimpin yg mangabaikan masalah dan tidak mendengar aduan rakyatnya juga nabi berpesan pemimpin itu tidak dibenarkan masuk ke syurga.Moga-moga pemimpin kita sedar akan pesan nabi ini,dan moga2 jika ada diantara kita yg m’jadi p’mimpin suatu hari nanti,kita ingat akan pesan nabi.
Read more...

Galakan Patuh kepada Pemimpin dari Rasulullah

Abu hurairah menceritakan bahawa Rasulullah pernah berkata: “ Selepas peninggalan saya,akan muncul pemimpin-pemimpin. Antara pemimpin ini,terdapat mereka yang baik dan juga yang jahat. Taati dan pemimpin-pemimpin ini selagi mereka mengarahkan perkara yang baik. Solat dibelakang mereka. Sekiranya pemimpin ini melakukan kebaikan,ganjaran bagi kamu semua dan pemimipin tersebut,tetapi sekiranya pemimpin melakukan keburukan,kalian tetap mendapat pahala tetapi pemimpin tersebut mendapat dosa” Dari kata-kta Rasulullah ini,baginda memberi peringatan supaya kita taat akan pemimpin yang baik,dan pemimpin seharusnya menjadi imam dalam solat untuk rakyatnya. Rakyat juga bertanggungjawab memilih pemimpin yang baik kerana jika pemimpin itu melakukan kebaikan,rakyat juga mendapat ganjaran pahala.Rasulullah juga menenangkan umatnya dengan mengatakan sekiranya pemimpin melakukan kejahatan dan zalim terhadap rakyatnya,mereka tidak mendapat dosa,tetapi tetap mendapat balasan pahala tetapi pemimpin tersebut mendapat dosa.Kata-kata Rasulullah ini juga ingin menegaskan kepada pemimpin yang zalim,bahawa mereka akan mendapat balasan atas perbuatan mereka.
Read more...

Hormatilah Pemimpin

Setiap umat manusia mestilah sentiasa hormat akan pemimpin,tetapi hendaklah menghormatinya selagi mana tidak terpesong dari ajaran Islam. Menghormati pemimpin merupakan pesanan Nabi Muhammad kepada umatnya seperti kisah ini yang mana Abu Zar ketika menunaikan haji,dia ternampak Uthman bin Affan mengerjakan solat empat rakaat.Abu Zar tidak bersetuju dengan perbuatan Uthman bin Affan dan mengkritiknya : “Saya pernah bersoalt bersama Rasulullah,dan beliau hanya bersolat dua rakaat.Begitu juga pengalaman saya bersolat bersama Abu Bakar dan Umar” Tetapi selepas itu ,Abu Zar bangun dan mengerjakan solat empat rakaat. Lantas salah seorang yang menyaksikan peristiwa itu bertanya kepadanya: “Saudara mengkritik perbuatan Amirul Mukminin,tetapi mengapa saudara melakukan perbuatan yang sama?” Abu Zar menyatakan bahawa perbezaan pendapat sudah semakin serius. Dia menceritakan kepada kami pidato yang pernah didengarnya daripada Rasulullah yang berkata: “Seorang pemimpin akan muncul selepas saya. Jangan sesekali kamu menghinanya. Siapa menghinanya,bererti dia melepaskan ikatan-ikatan Islam daripadanya,dan taubatnya tidak diterima” Menurut Abu Zar,selepas itu,Rasulullah berpesan kepada mereka: “Jangan kamu kalah dengan kami dalam tiga perkara,iaitu mengajak melakukan kebaikan,menyekat kejahatan,dan mengajar orang ramai mengamalkan sunnah” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad) Melalui kisah ini,ia menunjukkan kita dilarang menghina pemimpin Islam atau merendah-rendahkannya,dan juga pemi mpin dan rakyat harus bekerjasama melakukan kebaikan.
Read more...

Cintanya Rasulullah Kepada Umatnya.

Semua diantara kita tahu bahawa Rasulullah amat mencintai akan umat-umatnya.Ada sebuah kisah yang menunjukkan Baginda amat menyayangi kita umatnya meskipun pada masa itu masih ada yang belum memeluk Islam.Suatu hari ketika nabi baru dilantik menjadi utusan Allah,ramai bangsa arab yang mempersoalkan kerasulan Baginda.Seperti zaman sebelumnya,pasti yang akan ada meminta bukti seperti Mukjizat. Mereka meminta kepada Rasulullah supaya minta kepada Allah mengeluarkan emas supaya mereka tidak perlu lagi berdagang,meminta doakan supaya menghidupkan orang yang sudah mati,dan mengalirkan sebatang sungai supaya mereka mudah untuk bercucuk tanam. Lalu Rasulullah pun menjawab dengan nada yang tenang dan senang hati dengan mengatakan Allah akan tunaikan semua permintaan itu jika Baginda Rasulullah meminta akan sedemikian.Tetapi Allah terlebih dahulu memberi peringatan bahawa Allah akan timpakan ke atas mereka bala bencana yang tidak pernah wujud sepeti kaum sebelum mereka sekiranya masih ada diantara mereka yang tidak mempercayai kata-kata baginda. Disebabkan cinta dan kasih sayang Rasulullah kepada umatnya,Baginda tidak meminta kepada Allah untuk menunaikan apa yang diminta oleh orang arab ketika itu,kerana Rasulullah tahu pasti akan ada yang masih tidak mempercayai kata-katanya,dan pasti akan ada yang tidak mahu menerima islam,dan ini akan menyebabkan umat Baginda akan ditimba bala bencana dari Allah kerana masih menolak Islam.Bagi mengelakkan mereka ditimpa bala bencana,baginda tidak memohon kepada Allah supaya tunaikan apa yang diminta orang arab. MasyaAllah,besarnya kasih Rasulullah kepada umatnya meskipun masih ramai yang tidak menerima Islam.Besarnya cinta rasulullah yang tidak menginginkan umatnya ditimpa bala dan azab dari Allah. Moga-moga kita juga sentiasa cuba mencintai Rasulullah dan penciptanya lebih dari yang lain.
Read more...