Pages

















Tuesday, February 22, 2011

Nikmat Allah




Assalamualaikum w.b..

Kepada semua pembaca pasti akan merasai nikmat hidup dalam dunia ini,tidak kiralah nikmat makanan walaupun hanya makanan yang tidak mewah.Nikmat Allah pasti akan diterima oleh setiap hambanya tidak kira dia itu seorang muslim atau kafir kerana Allah itu Maha adil,yg berusaha untuk mencapai sesuatu pasti akan mencapai hasratnya cuma kadang-kala Allah tidak memakbulkan apa yg dihajatinya,tetapi kita haruslah ingat walaupun kita tidak dapat apa yg dihajati pada waktu yg diinginkan,Allah tetap akan berikan cuma pada waktu atau keadaan yg berlainan.

Nikmat Allah merupakan anugerah kepada setiap insan yg mane seharusnya kita syukuri kerana hambanya yg mensyukuri nikmat-Nya pasti akan mendapat nikmat yg lebih besar.Nikmat yg susah bagi setiap manusia untuk diperolehi ialah nikmat HIDAYAH.Hidayah ini hanya diberikan kepada hambanya yg tertentu dan ia-nya nikmat yg amat besar.Contohnya Allah memberi hidayah kepada seseorang supaya mengubah sikap dan akhlaknya ke arah yg lebih baik,jika tidak mendapat hidayah dan terus melakukan dosa pasti akan dicampakkan kedalam neraka,jadi bukan ke Hidayah merupakan nikmat yg besar?jadi kita hendaklah bersyukur akan nikmat ini.Tetapi susah bagi seseorang yg sejak lahir lagi merupakan seorang islam ingin rasa bersyukur akan nikmat hidayah ini berbanding mereka yg lahir merupakan seorang yg kafir,lalu diberikan hidayah oleh ALlah kepadanya supaya memeluk islam.Golongan ini kebiasaannya merasa ianya merupakan nikmat yg besar kerana telah menyelamatkan mereka dari menjadi ahli neraka.

Oleh itu kita hendaklah bersama-sama ingat balik akan nikmat Allah,dan ucapkan lah rasa kesyukuran akan pemberiannya.Di ingatkan kepada semua bahawa sesuatu musibah atau ujian yg menimpa diri terdapat nikmat yg telah Allah sediakan baginya kerana setiap kejadian yg Allah tentukan pasti ada baiknya.Ingatlah bahawa nikmat Allah untuk semua,nikmat Allah untuk kebaikan bersama,dan sepatutnya kita tidak lupa akan pemberiannya supaya dapat menjadi hamba-Nya yang soleh dan solehah.
Read more...

Sunday, February 20, 2011

Amal Ibadah 1




1-Kebaikan membaca surah al-ikhlas
-sabda rasulullah:barang siapa yg membaca surah al-ikhlas umpama dia membaca satu pertiga al-quran.

2-Kebaikan beristighfar
-Barang siapa yg telah melakukan dosa tetapi dia segera insaf dan beristighfar kpda Allah dengan ikhlas,insyaAllah dosa dia akan diampunkan dengn segera,tetapi ia mestilah disusuli dngn niat berazam tidak mahu mengulanginya semula.

3-Sujud berdoa sebelum tahiat akhir
-Disunnahkan oleh Nabi Muhammad supaya kita berdoa memohon hajat kepada Allah pada sujud yg t'akhir kerana pada ketika itulah Allah hampir dengan hambanya.

4-Berdoa selepas membaca al-quran
-Berdoa pada waktu ini amatlah digalakkan kerana ia merupakan waktu mustajab berdoa.

5-Kebaikan membaca surah As-Sajdah dan Mulk
-Jika kita mengamalkan membaca surah ini sebelum tdur,insyaAllah kita akan dijauhkan dari azab kubur..amalan ini merupakan amalan harian nabi muhammad dan baginda tidak akan tidur sebelum membaca surah ini.
Read more...

Friday, February 18, 2011

Pengajian Hadis Qudsi 1




Assalamualaikum w.b..
Kali ini saya ingin berkongsikan tentang hadis2 yang diriwayatkan oleh imam al-ghazali yang mana banyak isi tersirat dan tersurat yng boleh sama2 kita mengambil iktibar darinya.

1-
Allah Taala berfirman:"Wahai sekalian manusia,Aku hairan melihat orang yng meyakini kematian tetapi ia masih bergembira.Aku hairan melihat orang yg mempercayai hari hisab,tetapi ia masih terus mengumpul harta.Aku juga hairan melihat orang yang meyakini akan masuk kubur,tetapi ia masih tertawa.Aku hairan melihat orang yg meyakini akhirat,tetapi ia masih bersenang-lenang".
"Aku hairan melihat orang yg meyakini hidup dunia dan segala bencananya,tetapi ia masih terus tenteram bersamanya.Aku hairan melihat orang yg alim di lidah,tetapi jahil dihati.Aku hairan melihat org yg menyucikan dengan air,sedangkan hatinya tidak bersih."
"Aku hairan dengan org yg sibuk dengai aib dan cela org lain,tetapi dia lupa akan aib dan cela dirinya sendiri.,atau melihat org yg tahu bahawa Allah sentiasa memperhati tingkah lakunya,tetapi ia terus berbuat maksiat.Begitu juga dngan org yg tahu bahawa maut itu dilalui sendiri,tetapi ia masih berjinak-jinak dengan manusia,tidak ada tuhan selain Aku sebenarnya dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan rasul-Ku"

2-
Allah Taala berfirman:"Wahai sekalian manusia,sesiapa yg berpagi-pagi dalam keadaan berdukacita,maka Allah tidak akan menambag baginya selain kejauhan,di dunia memperoleh kesusahan dan akhirat juga memperoleh kesusahan dan Allah menetapkan didalam hatinya kedukaan yg tidak tanggal selamanya,dan kebingungan yg tidak ahilang selamanya,kefakiran dan tidak memperoleh kejayaan selama-lamanya dan angan-angan yg panjang yg menyibukkan dirinya selama-lamanya.

"Wahai manusia,setiap hari umurmu semakinberkurang,dan engkau tidak menyedarinya.Aku berikan rezekimu setiap hari,tapi Engkau tidak berterima kasih,yg sedikit tidak mencukupi dan yg banyak pun masih terasa kurang.

"Wahai manusia,setiap hari yg bakal engkau lalui,rezekimu akan sentiasa datang daripada-Ku,sementara saban malam malaikat mendatangiku dengan laporan keburukan amalanmu.Engkau makan rezeki yg Ku-berikan,tapi engkau menderhakai-Aku,lalu Aku memperkenankan engkau,Aku turunkan kebaikan kepadamu dan engkau mempersembahkan keburukan kepadaku.

"Akulah pemimpin yg paling baik bagimu,dan sejahat-jahat hamba kepad-Ku ialah engkau,engkau menanggalkan daripada-Ku apa yg Ku berikan kepadamu,dan Aku tutupi keburukan demi keburukanmu,Aku malu kepadamu tapi engkau tidak malu terhadap-Ku,engkau melupakan Aku dan mengingat yg selain-Ku,engkau takut kepada manusia dan merasa aman terhadap-Ku,engkau takut seksaan mereka tapi engkau tidak takut akan kemarahan-Ku"
Read more...

Thursday, February 17, 2011

Mendirikan RumahTangga


Assalamualaikum w.b..

perkahwinan ni merupakan sebuah ibadah yang mana jika kita lakukan,banyak pahala yang boleh diperolehi,kerana mendirikan rumah tangga umpama mendirikan masjid.Perkahwinan ini dilakukan diantara lelaki dan wanita dan bukannya diantara lelaki dengan lelaki,bukannya diantara perempuan dengan perempuan.Tetapi sekarang ini ramai orang kafir yang melakukan perkahwinan sesama jantina dan ini amat membahayakan kerana takut umat islam juga akan terpadaya.Pelik sungguh kenapa sampai ada yang suka sesama jantina padahal Allah sendiri melarang hambanya melakukan sesuatu diluar tabi'i.

Perkahwinan Adalah Ibadah

Perkahwinan ini jika dilakukan dan menjalani rumahtangga dengan panduan dari agama islam banyak memberikan peluang kepada suami isteri untuk mendapat pahala.Dalam hubungan perkahwinan,sesuatu perkara yang dilakukan antara suami isteri adalah ibadah,contohnya si suami mencium dahi si isteri merupakan suatu ibadah kerana dapat merapakatkan hubungan antara suami isteri.Seperti mana lelaki yang mencium wanita tanpa ikatan yang sah jika dilakukan ciuman pasti mereka mendapat dosa,tidak adil lah bukan bagi mereka yang mempunyai ikatan yang sah jika tidak mendapat apa2.

Perkahwinan ini seharusnya dilakukan dengan sepenuhnya dengan mengingati kepada Allah,berbeza pula dengan pasangan zaman sekarang yang mengadakan majlis perkahwinan kerana ingin menunjuk-nunjuk seperti menunjuk isterinya yang kononnya cantik,ayu,dengan membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti membiarkan isterinya tidak memakai tudung,mamakai kain yang terbelah,memakai pakaian yang terlalu ketat sehingga menunjukkan susuk tubuh badan si isteri kepada orang lain.Macam mane kita ingin mendapat keberkatan dalam perkahwinan jika permulaan dalam perkahwinan seperti majlis walimah ini dilakukan menyimpang dari ajaran dan tuntutan agama.
Read more...

Tuesday, February 15, 2011

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD



Assalamualaikum w.b..

Seperti mana yang kita tahu,setiap tahun seluruh umat islam pasti menyambut hari kelahiran kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad yang merupakan utusan terakhir dalam menyampaikan ajaran Allah.Ramai yang menyambut maulidur rasul tetapi tidak ingat akan pesan dan ajaran nabi,tetapi sekadar menyambut kerana mengingati baginda bukan kerana sebagai tanda mencintai baginda yang telah menyebarkan ajaran islam.Kelahiran baginda membawa rahmat kepada seluruh manusia yang mana telah mengubah cara hidup manusia dari jahil kepada manusia yang lebih bertamadun.Baginda juga merupakan seorang yang amat baik akhlaknya.Sebagai tanda mengingati baginda tidak salah jika kita sentiasa mengingati baginda dan mengamalkan sunnah baginda.


Biodata
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.

Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).

Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

Masa Remaja
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.
Read more...

Sunday, February 13, 2011

HARAM MENYAMBUT HARI KEKASIH




Hari kekasih atau dipanggil valentine day adalah sambutan yang diadakan setiap kaum.Sambutan ini pasti akan dilakukan oleh pasangan masing2.Dikalangan umat islam masa kini ramai golongan muda dan tua yang menyambutnya tanpa mengetahui bagaimana hari sambutan kekasih ini wujud.Seharusnya setiap umat islam yang ingin melakukan sesuatu haruslah mengkaji dan mempunyai ilmu supaya tidak terpedaya dan mengelakkan dri dari syirik kepada Allah.

Asal Wujudnya Valentine's day
Hari kekasih wujud oleh kerana sebuah peristiwa yang mana seorang paderi kristian yang menyebarkan agama telah ditangkap dan dipenjara.Semasa dipenjara dia menyebarkan ajaran kristian kepada semua banduan dan akhirnya pada suatu hari paderi tersebut jatuh hati kepada seorang wanita yang merupakan anak pegawai dipenjara itu.Akhirnya perkara ini diketahui dan paderi tersebut dikenakan hukuman mati.Pada saat akhir kehidupannya,paderi tersebut telah menulis sepucuk surat cinta kepada wanita tersebut bagi meluahkan isi hatinya,dan surat itu bertanda tangankan dengan nama VALENTINE.Hasil dari peristiwa ini orang ramai menjadikan !4 februari sebagai hari kekasih bagi memperingati paderi tersebut.

Justeru haram bagi orang muslim menyambut hari kekasih kerana seperti kita mengagungkan paderi tersebut dan Allah juga melarang hambanya dari mengikuti budaya dan cara hidup orang kafir yang menyimpang dari syariat.

Disebabkan menyambut hari kekasih ini juga banyak maksiat berlaku dikalangan orang muda sehingga lahir anak luar nikah yang mana kononnya sebagai tanda dan bukti kasih sayang tanpa memikirkan akan akibat buruk dari perbuatan tersebut.
Oleh itu haram menyambut hari kekasih kerana banyak perkara buruk boleh berlaku.

Sekian wassalamualaikum w.b
Read more...

Thursday, February 10, 2011

Knapa Hati keras





Banyak faktor yang membuatkan hati kita keras dan terus melakukan perkara yang dilarang Allah.Antaranya:
1-Apabila di beri nasihat supaya tidak mengulangi melakukan dosa,kita tidak menghiraukannya bahkan berterusan melakukan perkara mungkar.
2-Tidak takut akan dosa.Bahkan apabila mendengar perkataan dosa masih tidak gentar.
3-Meninggalkan perintah Allah yang wajib dilakukan seperti meninggalkan solat fardhu.
4-Terlalu banyak ketawa dan bersuka ria dan tidak menghiraukan orang yang dalam kesusahan.
5-Tidak bersyukur apabila mendapat nikmat,sebaliknya mengaku kejaay yg dicapai hasil dari kerja sendiri.
6-Kurang membaca al-quran.Kebanyakannya perkara ini berlaku kepada orang dewasa kerana terlalu sibuk dengan hal duniawi.
Read more...

Tanda2 Hari Kiamat




Assalamualaikum w.b..

Disini saya ingin mengingatkan kembali akan tanda2 kiamat yg mana kebanyakan kita lupa dan leka akan petunjuk yg telah Allah berikan supaya kita segara kembali kepada-Nya..Pada zaman sekarang kini bnyak tnda2 kiamaat sudah dekat tetapi msih rmai di antara kini leka dan tidak rasa takut akan hari tersebut..Antara tanda2 kiamat yg terdapat dalam al-quran ialah:

TANDA2 HARI KIAMAT:

1-Lahirnya ramai anak hasil dari perbuatan zina
2-Keluarnya suku yakjuj dan makjuj
3-Zina bermaharajalela
4-Pemimpin yang jahil dan fasik
5-Bermaharajalela alat-alat muzik
:“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah
6-Menghias masjid dan membanggakannya
:“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
7-Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang [perlu rujukan]“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Banyak lagi tanda2 kiamat yg belum ditunjukkan,tetapi disini saya ingin jelaskan bahawa perkara di atas banyak berlaku di muka bumi ini dan oleh itu seharusnya kita bersama-sama muhasabah diri dan saling memberi nasihat sesama muslim..
Read more...

Saturday, February 5, 2011

HUKUM 1





1-Hukum mendedahkan rambut bagi wanita

Bagi wanita yang mendedahkan rambutnya,mereka akan di azab di neraka selama 70 tahun yang mana sehari di neraka bersamaan 1000 tahun di dunia..

2-Hukum tidak menutup aurat

Berdosa bagi wanita yang mendedahkan aurat mereka seperti berpakaian yang nipis kainnya sehingga boleh dilihat,wanita yang tidak menutup lengan tangan'y,wanita yang berpakaian ketat sehingga terlihat bentuk tubuh badannya..golongan ini tidak akan dapat masuk syurga bahkan membaunya pdahal bau syurga dapat dihidu dari jarak yang amat jauh..Oleh itu,kaum hawa diwajibkan menutup aurat.Jangan sekadar memakai tudung tetapi lengan baju yg dipakai adalah pendek..Bagi yg masih kurang faham akan cara berpakaian bleh lah tengok gambar yg saya sediakan..

3-Hukum meninggalkan solat fardhu

a-Tinggalkan solay subuh
=Allah akan mencampakkannya kedalam neraka jahanam selama 60 tahun..

b-Tinggalkan solat zuhur
=Dosa seperti anda membunuh seribu orang muslim

c-Tinggalkan solat asar
=Dosa seperti anda meruntuhkan kaabah

d-Tinggalkan solay maghrib
=Dosa seperti berzina dengan ibu bapa anda sendiri..

e-Tinggalkan solat isyak
=Allah tidak meredhai mereka tinggal dibumi dan menikmati nikmatnya

oleh,diwajibkan kepada semua muslim supaya menjaga solat kerana tidak rugi jika anda melakukannya..

4-Hukum minum air dari cawan atau sesuatu yang bukan muhrim

Berdosa hukumnya,Contohnya seorang wanita yang minum air dari straw yang sama digunakan lelaki yg bukan muhrim dan ia dianggap zina.
Read more...

Tuesday, February 1, 2011

Etika Ketika Berpakaian dalam Islam


Etika berpakaian dalam islam

Firman Allah swt bermaksud;



“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu….”(Surah al-Maa;idah:2)



“Dan sesungguhnya, antara mereka (ahli kitab itu) ada (Ketua-ketua agamanya) yang memutarkan lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian daripada Kitab Taurat padahal ia bukanlah daripada Kitab itu. Dan mereka pula berkata: “(Bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah”, padahal ia bukanlah daripada sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)”. (Surah ali-Imran:78)



Berdasarkan ayat Allah swt dalam surah ali-Imaran telah menjelaskan kepada kita bahawa manusia sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi hawa nafsunya sekalipun mengadaikan agama dan maruah bangsanya. Ajaran Islam membentuk umatnya mengekang hawa nafsu sehingga ia terpimpin ke arah kebaikan, kesopanan dan kemuliaan.



Kita berbalik kepada intipati kandungan “Etika Berpakaian Menurut Islam”. Islam cukup indah dan cantik sekali sehinggakan adab-adab dalam berpakaian pun diterangkan kepada umatnya, bermula dari hukum harus sehinggalah hukum haram. Maha Adilnya Allah swt kepada hamba-hambaNya.

Pembaca sekalian,



Melihat generasi muda hari ini yang masih lagi kurang faham/keliru berkenaan etika berpakaian yang dibenarkan dalam Islam dan dilarang dalam Islam. Amat malang sekali, mahasiswa yang diwar-warkan merupakan perintis perjuangan kepimpinan Negara masa akan datang menjadi rosak dan hancur akhlaknya disebabkan mereka sanggup memaksa diri untuk berpakaian yang tidak senonoh yang secara tidak langsung pemakaian yang dipakai merupakan tajaan dan agenda daripada Barat. Barat-Yahudi, bertepuk tangan dengan anak-anak melayu pada hari ini disebabkan mereka berjaya memikat hati anak muda untuk memakai pakaian yang melambangkan imej Barat-Yahudi. Saya mengambil contoh jenama yang merupakan jenama yang memuja atau tanda sokongan umat Islam terhadap Israel ialah LEVI’S. Prof Yusuff Al-Qardhawi pernah berkata “Barangsiapa yang membeli barangan tajaan Yahudi-Israel mahupun Barat maka dia telah membeli sebutir peluru untuk digunakan oleh rejim yahudi/barat membunuh umat Islam di Palestin,Iraq, Sudan, Afghnistan dan sebagainya. Yang dimaksudkan dengan membeli barangan itu adalah dari segi makanan dan pakaian. Sanggupkah Kita Membunuh Saudara Kita??? Fikirkan bersama….



Sabda Nabi saw bermaksud;



“Dua golongan manusia yang termasuk ahli neraka dan aku belum pernah melihat sebelumnya iaitu: Kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi yang mereka pukulkan kepada orang-orang dan wanita yang memakai pakaian tapi bertelanjang yang berjalan lengggak-lenggok serta bergoyang-goyang kepalanya seperti kepala unta yang besar. Mereka ini tidak akan masuk syurga serta tidak akan mencium bau harumnya. Sesungguhnya bau harum syurga itu dapat tercium dari jarak perjalanan yang jauh”



Hadith di atas memberi ancaman kepada dua golongan tadi. Oleh yang demikian, yang dimaksud berpakaian tapi bertelanjang itu adalah memakai pakaian tidak menutup aurat. ‘Auzubillah Min Zaliq.



Islam telah pun menggariskan beberapa etika berpakaian bagi lelaki dan perempuan. Etika ini memenuhi batas-batas penutupan aurat sebagai seorang muslim , Namun demikian Islam ini cukup mudah sehinggakan golongan Adam mahupun Hawa diberikan kelonggaran dari segi pemakaian, Pakailah apa sekalipun yang penting pakaian itu menutup aurat dan menggambarkan yang kita adalah seorang muslim. Di antara etikanya ialah;



Lelaki



- Pakaian yang digunakan menutup aurat dari sempadan pusat sehingga lutut.

- Pakailah pakaian yang terbaik dan indah mata memandang.

- Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.

Nabi saw bersabda;

“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”

- Memakai jeans yang ketat adalah makruh bagi lelaki.

- Dilarang menyerupai pakaian perempuan. Hukumnya Haram.

Nabi saw bersabda;

“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”



Perempuan



- Pakaian yang digunakan menutup aurat iaitu menutup seluruh bentuk badan kecuali pergelangan tangan dan muka. (Memakai stoking adalah wajib)

- Pakailah pakaian yang indah dan tidak mencolok mata.

- Memakai pakaian yang longgar dan tidak menarik perhatian.

- Dilarang memakai jeans yang ketat melainkan di hadapan wanita suami sahaja. (Selain itu Hukumnya haram)

- Dilarang sama sekali memakai pakaian yang melambangkan jenama Yahudi, Salib dan Barat. Hukumnya Haram.

Nabi saw bersabda;

“Sesungguhnya pakaian ini adalah pakaian orang-orang kafir, kerana itu janganlah memakainya”

- Dilarang menyerupai pakaian lelaki. Hukumnya Haram.

Nabi saw bersabda;

“Rasulullah memakai pakaian melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang lelaki”



- Dilarang memakai wangian yang menarik perhatian.

Nabi saw bersabda;

“Wanita yang memakai wangian yang menarik perhatian lelaki di khalayak, maka wanita itu adalah penzina”

Oleh itu setiap muslim dan muslimah haruslah sedar akan adab dan etika berpakaian.Kaum hawa hendaklah tahu akan etika berpakaian kerana kaum hawalah yang di ikat dengan perintah Allah yang lebih berat berbanding kaum hawa supaya menutup aurat dan menjaga adab ketika berhias..
Read more...